chapter 29

562 49 0
                                    

Setelah 2 hari bermalam di rumah daddynya, Melina kembali membuat rutinnya seperti biasa.

"Tya, apa schedule saya hari ini?" Tanya Melina sambil menaip sesuatu di laptopnya.

"Pukul 2 boss ada meeting dengan budak kita je and lepas je habis meeting tu, boss terus ada meeting dengan Dato' Kamal." Terang Tya kepada Melina.

"Untuk apa saya ada meeting dengan Dato' Kamal?" Tanya Melina

"Untuk bincang pasal stok stok hotel boss"

"Hhmmm, okay. You may go" kata Melina.

Tya menundukkan badannya sebelum keluar daripada pejabat Melina.

' aduhh, kene jumpa lagi dengan orang tua tak sedar diri tu.' Melina memicit kepalanya.

Melina bukan apa, tetapi Dato' Kamal merupakan orang tua gatal. Pernah Dato Kamal meraba peha Melina sesuka hati. Tindakan nya itu menyebabkan jarinya dipatahkan oleh Melina. Sebab itu, banyak meeting nya di cancelkan.

Bagi orang lain memang akan lihat Dato' Kamal seorang baik tapi di sebalik kebaikannya itu pasti ada sesuatu.

Tok! Tok! Bilik pintu meeting itu diketuk.

"Boss, Dato' dah sampai." Kata Tya.

"Okay, boleh panggil dia masuk"

Dato' Kamal pun masuk dan mengambil tempat duduk di sebelah Melina. Melina sedikit risau apabila Dato' Kamal mengambil tempat duduk di sisinya.

'its okay Mel. Dont judge a book by its cover.'

"Can we start?" Tanya Melina selepas itu Dato' Kamal menganggukkan kepalanya.

Sedang Melina leka dengan perbincangannya, Dato' Kamal mula mengambil tindakan. Tangan nya sudah mula merayap di peha Melina.

Melina tersentak dan terus menepis tangan Dato' Kamal.

"Dato'?? Please, saya tak nak perkara sebelum ni berlaku." Kata Melina. Dia tidak mahu berlaku kasar.

"I think tu je perkara yang perlu kita bincang kan. And i gotta go. Excuse me." Kata Melina dan terus melangkah ke pintu.

Dato' Kamal mengenggam tangannya dan terus menarik rambut Melina dan menolak Melina sehingga ke meja.

"Dato'!!" Jerit Melina. Pinggangnya terasa sangat sakit kerana hentakan di meja. Orang tua itu terus menindih Melina.

"Kau dah buat jari aku macam ni...lepas tu nak pergi macam tu je?" Kata Dato' Kamal sebelum membenamkan wajahnya ke leher Melina.

Melina meronta ronta dan terus menyepak celah kangkang orang tua itu. Dia terus bangun dan melarikan diri.

Tetapi Dato' Kamal tidak mengalah, dia terus menarik baju Melina sehinggakan lengan bajunya terkoyak.
Melina melihat bahunya sudah terdedah.

'kurang ajar punya orang tua. Aku elok elok tak nak bagi kau masuk hospital, tapi kau nak juga kan..'
Melina sudah tidak tahan.

Melina terus menarik rambut Dato' Kamal yang separuh beruban itu lalu dihentaknya ke atas meja. Selepas itu, dia terus menolak kuat Dato' Kamal sehingga jatuh ke lantai. Dato' Kamal pula sudah tidak bertenaga dan mengerutkan dahinya menahan sakit.

"Kau kurang ajar dengan aku kan..." Kata Melina sebelum sebuah penumbuk di tujukan ke wajah Dato' Kamal sehingga kan hidungnya berdarah.

Aryan masuk ke bilik meeting itu untuk berjumpa dengan Melina. Sebaik sahaja dia membuka pintu, dia terus terkejut dengan keadaan disitu. Dato' Kamal sudah terbaring di lantai dengan hidungnya sudah berdarah dan nampak sangat lemah.

Aryan melihat pula Melina yang rambutnya sudah berserabut dan lengan bajunya yang sudah terkoyak. Dia juga melihat Melina mengambil sebatang kayu yang terletak dihujung bilik itu.

'ya allah, macam mana pula kayu tu ada dekat situ?' monolog Aryan. Dia sudah mengagak apa yang akan dibuat oleh Melina dengan kayu itu.

Melina menghampiri Dato' Kamal dengan kayunya. Dia tersenyum sinis.

"e ora il tempo di gioco è finito. vai all'inferno puttana. ( And now playtime is over. Go to hell b*tch).
Kata Melina sebelum mengangkat kayu itu untuk memukul Dato' Kamal.

Aryan cepat cepat memegang kayu itu dan terus merampasnya daripada Melina.

"Melina! Calm down!" Kata Aryan dan terus menarik Melina ke pelukannya.

"Arrgh! Orang tua tu memang patut mampus!!" Marah Melina.

"Lepas lah aku!" Kata Melina sebelum terus melepaskan pelukan Aryan daripadanya. Dia kembali semula ke Dato' Kamal.

"Kau nasib baik tau, kalau tak....menangis semua perempuan simpanan kau." Kata Melina dan terus keluar daripada bilik meeting tersebut.

Aryan sudah meraup rambutnya dan memandang ke arah orang tua yang sudah terkulai itu. Sangkanya Dato' Kamal seorang yang baik tetapi....

Aryan terus meminta pekerja Melina yang lain untuk membantu Dato' Kamal.

Melina mengemas barang barangnya dan terus melangkah ke pintu pejabatnya. Panas barannya masih lagi melonjak lonjak.

Aryan melangkah masuk ke pejabat Melina dan terus menghalang Melina.

"Kau nak pergi mana?" Tanya Aryan.

"Aku nak baliklah"

"Apa yang kau dah buat dekat dato'?" Tanya Aryan.

"Kau tak nampak ke apa yang aku buat tadi? Its obviously aku belasah dia." Kata Melina dengan selamba.

"Ye, aku tahu tapi kenapa kau buat sampai macam tu? Tu kalau aku tak ambil kayu tadi, tak pasal pasal orang tua tu mampus kau tahu tak??" Kata Aryan.

"Dia cabul aku!!! Kau tahu tak!!" Jerit Melina. Marahnya masih lagi belum hilang. Aryan tersentak dengan jeritan Melina dan tidak sangka Dato' Kamal sanggup buat perkara terkutuk itu.

"Dah lah...stress aku!!" Kata Melina dan terus merempuh tubuh Aryan.

Aryan tersentak apabila pintu bilik itu dihentak dengan kuat. Dia meraup rambutnya ke belakang.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now