chapter 60

535 35 0
                                    

Aryan mendekatkan wajahnya ke telinga Melisa.

"Kau..." Melisa sudah menutup matanya. Kalau rahsianya sudah terbongkar..redha jelah.

"Kau...sukakan aku kan?" Terus berubah wajah Melisa. Daripada takut 😖😖 terus menjadi 😒😒.

'buat aku sakit jantung je.' monolog Melisa.

Terdengar ketawa kecil Aryan. Aryan menyebamkan mukanya ke leher Melisa. Tersentak Melisa.

"Awak..." Melisa menolak sedikit bahu Aryan. Dia melihat Aryan dengan hujung matanya dan terdengar dengkuran halus Aryan.

"Laa..boleh pula dia tidur?" Kata Melisa perlahan. Terus ditolaknya tubuh Aryan sehingga Aryan terlentang di atas katil. Melisa mengeluh.

Dia bangun dan melihat Aryan yang sudah dibuai mimpi.

"Apalah nak jadi dengan kau ni.." ujar Melisa sambil menggelengkan kepalanya.

Dia tahu bahawa Aryan memang sudah berubah. Kali ni mabuk..nanti..mesti bawa perempuan lain datang rumah.

Apa pun yang terjadi, dia sudah bersedia.

'nasib kau lah Melisa..'

***

"You.." pangggil Kay dengan lenggok gediknya. Dia memeluk erat lengan Aryan dan melentokkan kepalanya ke bahu Aryan. Aryan pula hanya membiarkannya sahaja.

"Hmm."

"Bila you nak lepaskan perempuan tu?" Tanya Kay. Aryan tahu bahawa perempuan yang dimaksudkan oleh Kay ialah Melisa.

"Nantilah. Baru lagi kot i kahwin dengan dia." Jawab Aryan. Tak tahulah kenapa, hati dia resah apabila Kay menyuruhnya melepaskan Melisa.

Kay memonyokkan mukanya.

"Janganlah buat muka macam tu...tak lawa dah muka you." Tegur Aryan.

"Okaylah...nasib baik i ada you." Kata Kay sebelum menyandarkan kepalanya ke bahu Aryan.

***

"Hah Mak Mah!" Sergah Melisa. Terkejut Mak Mah dibuatnya.

"Mak kau makan senduk!" Melatah Mak Mah. Dia menolehkan badannya memandang ke arah Melisa yang sudah tersengih sengih seperti kerang busuk.

"Kamu ni..terkejutlah Mak Mah. Nasib baiklah tak kena makan senduk" Mak Mah mengangkat senduk yang dipegangnya dan ditunjukkan di hadapan Melisa.

"Ala Mak Mah ni. Main main je lagipun bukan selalu Lisa dapat kacau Mak Mah." Kata Melisa.

Mak Mah hanya menggelengkan kepalanya sebelum sambung membuat kerjanya.

"Err, Lisa."

"Ye Mak Mah"

Mak Mah kembali memandang Melisa.

"Kenapa Lisa buat macam ni? Tanya Mak Mah. Melisa hanya mendiamkan diri.

"Mak Mah dah tahu dah. Tak payah nak sembunyikan lagi
" Sambung Mak Mah. Melisa mengangkat mukanya dan memandang Mak Mah dengan pandangan yang sayu.

"Lisa kena buat juga Mak Mah. I have no choice." Jawab Melisa.

"Kesian dengan Ryan,"

"Ye, Lisa tahu."

"Tapi Mak Mah jangan risau Melisa akan bagitahu Aryan nanti. But, not now." Sambung Melisa. Mak Mah mengeluh sebelum memeluk erat tubuh Melisa. Melisa membalas pelukan tersebut. Sudah lama dia tidak merasa pelukan tersebut.

***

Terus mati senyuman Melisa sebaik sahaja melihat Aryan sedang bergelak tawa dengan seorang perempuan. Entah dari mana datang. Dah lah miskin. Pakai baju pun tak cukup kain. Pengemis pun lagi kaya. At least, baju diaorang pakai cukup kain.

Melisa menarik nafas dalam dalam sebelum mengukirkan senyuman.

'okay, get ready Lisa' Melisa melangkah ke ruang tamu.

"Awak dah balik?" Tegur Melisa. Senyuman yang paling manis diberikan walaupun didalam hatinya sudah bercakap buruk tentang Aryan.

Aryan dan Kay masing masing memandang ke arah Melisa.

"Wait, i think i know her." Kata Kay sebelum bangun daripada tempat duduknya dan menghampiri Melisa.

"Nope, yang you kenal tu her twin sister Melina. Yang ini namanya Melisa." Kata Aryan.

"Ooo, patutlah."

"Ehh, perempuan. Kau tahu tak apa yang kembar kau buat dekat aku dulu?" Tanya Kay.

Melisa hanya menggelengkan kepalanya.

"Dia buat aku macam ni!" Terus sahaja ditolaknya tubuh Melisa sehingga terjatuh ke atas lantai.

"Aduhh!" Melisa mengaduh sakit. Tak sakit pun sebenarnya tapi kita kenalah tunjuk naifkan..

Kay tersenyum sinis. Dapat juga dia membalas dendam walaupun orangnya tidak sama.

"You buat lah dulu apa yang patut. I nak ambil air sekejap." Kata Aryan sebelum melangkah pergi meninggalkan Kay dan Melisa.

'ehh,dia boleh pula tinggal kan aku dengan minah miskin ni?' monolog Melisa.

"Woi perempuan.." panggil Kay dengan selambanya.

"Kau dengar sini ehh, tak lama lagi Ryan akan tinggalkan kau. So, i just want to remind you. Bersedia lah ye. Kalau boleh, aku nak kau sendiri yang minta dia lepaskan kau. Lagi senang." Kata Kay sambil menunjal nunjal kepala Melisa.

Melisa mendiamkan diri.

Kebisuan itu membuatkan Kay berasa  geram.

"Kau dengar tak ni?" Marah Kay.

Melisa terus memandang Kay dengan pandangan yang sangat tajam. Terbeliak mata Kay melihat perubahan wajah Melina. Daripada wajah ingin menangis kepada wajah ingin memakan mangsa.

Kay meneguk air liurnya. Teringat pula dia kepada wajah Melina dahulu.

"Lo sai che sei andato troppo lontano? Se la mia matrigna sta cercando di litigare con me, va bene di nuovo ... non sei tu che stai cercando di litigare con me. Sbagliato... non giocare con il fuoco, sorella. ( kau tahu tak yang kau ni dah melampau? kalau mak tiri aku yang cari gaduh dengan aku okay lagi lah...ni tak kau yang cari gaduh dengan aku. silap lah...dont play with fire, sis.)" Kata Melisa sambil tersenyum sinis.

Kay mengerutkan dahinya.

"Apa yang kau cakap ni?" Tanya Kay.

"Aku cakap...go to hell, bitch!"

Buk!

BERSAMBUNG

***

memang tak hidup lama Kay ni...

Jangan lupa vomment!!

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now