chapter 44

518 36 0
                                    

Bang!!

Melina sempat mengelak daripada tembakan itu. Dia melihat semula ke arah penembak itu. Rupa rupanya penembak itu sudah tumbang. Patutlah senyap.

'ehh jap. Siapa pula yang tembak dia?' fikir Melina. Dia sedikit terkejut dengan kedatangan Lisa daripada entah mana.

"Lisa? kau buat apa dekat sini?" Tanya Melina sambil memandang Lisa yang menghampirinya dengan sepucuk pistol ditangannya.

"selamatkan kaulah." jawab Lisa.

"Nah kau ambil pistol ni lepastu kau pergi balik Malaysia." kata Lisa dan menghulurkan sepucuk pistol kepada Melina. Melina memandang pistol itu lama sebelum menyambut huluran Lisa. Melina menganggukkan kepalanya.

"Nanti ada apa apa, kau bagitahu aku." pesan Melina. Lisa menganggukkan kepalanya.

"Kau pun sama. Hati hati. Konco konco Melina ada lagi dekat sini. Kau kene pastikan kau keluar daripada negara ni dengan selamat. Dah sampai sana kau bagitahu aku." kata Lisa. Melina mengukirkan senyumannya.

"thanks" ucap Melina.

"No hal lah sis." kata Lisa. Melina terus menyimpan pistol yang diberi oleh Lisa tadi di belakang seluarnya dan menghampiri. Aryan terus bangun apabila melihat Melina menghampirinya.

"Mel.." panggil Aryan dan terus memeluk isterinya. Syukur Melina selamat.

"Dah jom. Kita kena cepat." kata Melina dan terus pergi ke arah keretanya. Kali ini, Melina yang memandu. Aryan hanya mengikuti arahan Melina.

Sedang Melina memandu, tiba tiba sahaja keretanya ditembak daripada belakang. Cermin kereta belakang sudah mula retak. Aryan dan Melina masing masing terkejut dengan tembakan itu. Terus sahaja Melina meningkatkan kelajuan keretanya. Aryan sudah memegang tali pinggannya dengan erat.

'Ya allah!!! Apa ni?' jerit Aryan di dalam hati. Nak menangis pun ada. Tapi digagahkan juga.

Bang! Sekali lagi cermin belakang keretanya ditembak menyebabkan cermin itu terus pecah.

"Sh*t!! Suami aku ada dekat dalam ni!!" marah Melina. Aryan terkejut mendengar Melina mencarut. Dia memandang Melina.

'Bini aku ke ni?? Ni ke Melina yang aku kenal?' monolog Aryan.

Bukk! Belakang kereta dirempuh oleh sebuah kereta lain. Melina sudah mula gelisah.

"apa aku nak buat ni?" tanya Melina kepada dirinya sendiri. Konco konco Damia masih lagi setia mengejarnya.

"Ryan." panggil Aryan.

"ye."

"Kau kawal stereng ni." kata Melina.

"hah??" Aryan sudah pelik.

"take over tempat aku!" Marah Melina.

"ala...tak payah lah marah marah.." Kata Aryan dan terus membuat apa yang Melina suruh. Terkejut Aryan apabila melihat Melina mengeluarkan pistol daripada belakangnya. Tercengang dia.

"mana kau dapat benda tu?" tanya Aryan.

"Buat jelah kerja kau." kata Melina dan terus mengeluarkan kepalanya daripada tingkap. Aryan sudah membuat muka masamnya.

"orang tanya je pun.." kata Aryan dengan perlahan tapi masih lagi boleh didengari oleh Melina. Melina hanya membiarkannya sahaja.

Bang! Bang! Beberapa das ditembak oleh Melina ke tayar kereta konco konco Damia. Akhirnya, berjaya juga kereta konco konco Damia hilang kawalan akibat daripada tembakan Melina.

Melina masuk kembali ke dalam keretanya dan mengeluh lega. Dia kembali memandu keretanya.

Sampai sahaja di airport, terus Melina dan Aryan berlari untuk masuk ke dalam private jet yang sudah disediakan oleh Lisa. Melina terus merebahkan badannya ke atas kerusi. Dia sudah lega apabila Aryan dan dirinya sudah selamat.

Melina keluarkan telefonnya lalu memberi mesej kepada Lisa untuk memaklumkan bahawa dia sudah selamat. Melina memandang ke arah Aryan yang sedang khusyuk memandangnya. Dia tahu Aryan pasti mahu dia menceritakan hal sebenar.

"Nanti aku explain." kata Melina sebelum melelapkan matanya. Aryan pula hanya mengeluarkan keluhannya.

Dia tahu Melina mesti ada simpan sesuatu rahsia yang dia sendiri tidak tahu. Akhirnya, Aryan mengambil keputusan untuk merehatkan badannya.

'Dugaan apakah ini?' tanya Aryan.

Sebaik sahaja Melina dan Aryan mendarat di Malaysia, terus Melina menyuruh drivernya menghantarnya ke rumah Tengku Halim.

Aryan pelik apabila Melina menyuruh drivernya ke rumah Tengku Halim terlebih dahulu.

"Kenapa kita pergi rumah daddy?" tanya Aryan kepada Melina.

"Aku nak bunuh betina tu." kata Melina dengan selamba. Aryan yang mendengarnya sudah tercengang.

"Tak apa, kau ikut je aku." pesan Melina dan memandang Aryan. Aryan pun menganggukkan kepalanya.

tok!! tok!! pintu rumah Tengku Halim diketuk dengan kuat oleh Melina.

"Mel, sabarlah.." kata Aryan.

Tengku Sofea membuka pintu tersebut.

"kau kenapa ni?? kau nak bayar ke kalau pintu aku ni roboh!" marah Tengku Sofea. Melina hanya memandang Tengku Sofea dengan pandangan yang dingin.

"aku mampu belilah yang baru. Pembetulan ni rumah bapak aku. So kau, shut up." kata Melina dengan serious. Tengku Sofea terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Melina. Aryan pula hanya mendiamkan diri.

"kau..." Tengku Sofea tidak sempat menghabis ayatnya. Terus Tengku Halim datang.

"Mel?? kenapa ni?" tanya Tengku Halim sambil memandang Melina dan Aryan silih berganti.

"Mel nak jumpa dengan perempuan sundal tu." kata Melina. Tengku Halim sudah mengerutkan dahinya.

" siapa yang kau panggil perempuan sundal? anak aku?" ujar Tengku Sofea. Dia tidak puas hati dengan apa yang Melina kata.

"Tahu pun perempuan sundal tu anak kau." kata Melina dengan selamba. Tangannya sudah berpeluk tubuh. Senyuman sinis diberi kepada Tengku Sofea. Tengku Sofea mengetap bibirnya.

"Kurang ajar kau!" Tengku Sofea sudah mengangkat tangannya.

Pang!!

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now