chapter 11

686 63 0
                                    

Ding! Dong!

"Ehh, Ryan. Asal kau datang?" tanya Alia sambil menonton televisyen.

"Saja datang. Ada something yang aku nak bincang dengan Mel" kata Aryan.

"Uuu..kau nak masuk meminang ke???" gurau Alia.

"Ishh, kau ni. Kesitu pula"

"Hehehe. Mana lah tahu.." tersengih Alia.

"Dah lah. Malas aku nak layan kau. Mel ada dekat dalam bilik kerja dia ke?" tanya Aryan.

"Haah"

Aryan terus melangkah pergi meninggalkan Alia.

Tok tok. Pintu bilik kerja Melina diketuk.

"Boleh aku masuk?" tanya Aryan.

"Masuklah."

Aryan masuk ke dalam bilik itu dan terus melabuhkan punggungnya di atas sofa yang memang tersedia di dalam bilik itu.

"So, asal kau datang ni??" tanya Melina.

"Saja. Aku tak boleh nak tidurlah." Kata Aryan.

"Habis tu, apa kena mengena dengan aku?" kata Melina.

"Ala kau ni. Aku datang pun salah. Patutlah single."

"Ehh, ehh kau.. suka hati je."

Suasana kembali menjadi senyap.

Aryan hanya memandang kearah Melina yang sedang menumpukan perhatian kepada kerjanya.

Aryan memegang dadanya. Jantungnya tiba tiba sahaja berdegup dengan laju.

'Ishh, kenapa dengan aku ni?'

Aryan terus memandang wajah Melina.

"Wey, Mel" panggil Aryan.

"Apa?" Balas Melina. Matanya masih lagi menumpukan kepada laptopnya.

"Wey, pandanglah aku. Aku nak cakap ni."

"Apa??" kata Melina dengan tegas dan terus memandang ke arah Aryan.

Mereka bertentangan mata seketika.

"Aku..." Aryan tidak menyambung ayatnya. Suasana menjadi sunyi semula. Melina hanya menunggu Aryan menyambung ayatnya.

"Kau nak maggi?" tanya Melina dengan spontan.

"Haa?? Haah, aku nak maggi. Laparlah" kata Aryan sambil mengusap perutnya.

"Berapa tahun dah aku kawan dengan kau..." kata Melina sebelum keluar daripada bilik kerjanya.

"Hushh, nasib baik aku tak cakap." kata Aryan perlahan. Dia tidak tahu apa yang sudah jadi dengannya.

"Uii, buat apa tu?" tanya Alia sebaik sahaja dia nampak Melina berada di dalam dapur.

"Wahh!! Manggi. Buatkan untuk aku sekali" kata Alia sambil menjenguk Melina memasak maggi.

"Hmmm. Kau tolong ambilkan lagi satu pack maggi dekat dalam kabinet tu" kata Melina sambil menunjukkan kabinet yang dikatakannya kepada Alia.

Alia terus membuka kabinet yang dikatakan oleh Melina tadi.

"Mak aii..banyaknya stok." Terkejut Alia apabila dia nampak beberapa lagi pack maggi didalam kabinet itu.

"Memang aku beli banyak banyak. Dah tahu sangat dah kawan kau seorang tu yang datang je rumah aku mesti maggi" kata Melina.

"Lagipun, aku pun kadang kadang makan maggi." sambung Melina.

Melina teringat ketika Aryan menyuruhnya memasak maggi dan hantar ke rumahnya.

FLASHBACK

Ring!! Telefon Melina berbunyi.

"Hello" sapa Melina.

"Hello Mel."

"Hmm, kau nak apa?" tanya Melina.

'apa pula yang budak ni nak'

"Wey, tolong hantarkan maggi kau dekat rumah aku. Boleh lepak sekali. Aku laparlah." kata Aryan.

"Ish, kau ni. Yelah nanti aku sampai"

"Yes! Thank you dear!!"

Sedang Melina memasak, tiba-tiba dia mendapat satu idea.

'Hehehe. Siaplah kau Ryan. Kau nak sangat kan'

Ting! Tong!

Melina masuk ke dalam rumah Aryan sambil memegang dua bekas makanan.

"Yeay!! Maggi aku dah sampai. Thanks Mel. Sayang kau" kata Aryan dengan terujanya.

Melina hanya menggelengkan kepalanya apabila melihat kawannya yang seperti budak budak.

Mereka bersila di ruang tamu.

"Wey, tak bahaya ke aku datang rumah kau ni?" tanya Melina.

"Bahaya apa?" Aryan memandang Melina pelik.

"Taklah. Aku tak nak kahwin free dengan kau" kata Melina dengan selamba.

"Lah.. kau ni. Rileks lah. Kau ingat aku nak kahwin dengan kau ke??" kata Aryan dan mencebik.

"Manalah tahu." Melina tersenyum.

Aryan membuka penutup bekas makanan itu dan terus memasukkan satu suapan di dalam mulutnya.

Melina hanya memerhati. Senyuman jahatnya sudah di ukir.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now