chapter 23

596 47 1
                                    

Dengan secara tiba tiba, Aryan terus mendekatkan wajahnya ke wajah Melina.

Melina yang perasan tindakan Aryan itu, terus menekup mulut Aryan dengan tapak tangannya.

Aryan terus berhenti dan memandang tepat ke anak mata Melina.

Melina hanya menggelengkan kepalanya tanda dia tidak menginginkannya. Dan pintu bilik tidur mereka di ketuk daripada luar.

Aryan dan Melina masing masing memandang ke arah pintu.

"Oii, kenapa bising bising tu?? Kalau ya pun nak bersweet sweet, coverlah sikit." Tegur Tengku Halim.

"Sorry daddy." Serentak Aryan dan Melina berkata. Tengku Halim mengeluh dan terus memasuki biliknya semula. 'haish, rindunya masa muda muda dulu...' monolog Tengku Halim.

Selepas itu Melina terus melepaskan tangannya daripada menekup mulut Melina dan terus melepaskan pegangan tangan Aryan di pinggangnya. Aryan hanya mendiamkan diri.

Dia tahu bahawa dia tadi terlalu mengikut nafsunya sampaikan Melina menggeletar satu badan.

"Err, sorry" kata Aryan sambil menggosok lehernya.

"Its okay but...dont do it again." Pesan Melina sambil memandang Aryan dengan wajah yang serious. Aryan pula hanya menganggukkan kepalanya.

Melina pergi ke almari bajunya dan mengambil baju yang baharu untuk ditukar.

"Err, kau nak tukar baju ke??" Tanya Aryan. Dia sebenarnya ingin Melina memakai night gown itu setiap malam. Sedap mata memandang.

"Haahlah. Aku tak boleh lah pakai night gown ni." Kata Melina sambil melangkah ke bilik air. Langkah Melina terhenti apabila Aryan menghalang jalannya. Melina mengangkat keningnya.

"Just for today. Kau pakai bende ni hari ni je." Kata Aryan. Berharap Melina tidak menukar pakaiannya.

"Ryan.."

"Please...hari ni je." Rayu Aryan. Dia suka melihat Melina night gown itu. Cantik.

Melina mengeluh sebelum menganggukkan kepalanya. Aryan terus mengukirkan senyuman gembiranya.

Aryan terus memeluk Melina. Melina tersentak.

"Ehem." Berdehem Melina.

"Opps sorry." Kata Aryan sebelum membaringkan badannya di atas katil.

Melina meletakkan semula bajunya ke dalam almari dan menghampiri ke katil dengan perlahan sambil membetulkan skirtnya yang sangat terdedah baginya.

Aryan hanya tersenyum melihat Melina yang kelihatan tidak selesa.

Akhirnya, Melina sampai juga ke katilnya.

"Haih, kau ni. Kenapalah kau beli baju macam ni?? Menyusahkan betul. Dahlah tak cukup kain. Tak ada bende lain ke kau nak beli?? At least belikan aku coklat pun boleh lah." Bebel Melina sambil duduk membelakangi Aryan.

Aryan pula menutup telinganya apabila mendengar bebelan Melina. Aryan juga perasan belakang Melina yang sedikit terdedah.

Aryan meneguk air liurnya sendiri. 'aish, kau ni Ryan. Beli baju ni kenapa?? Tak pasal pasal kau yang teransang.' Aryan mengutuk dirinya sendiri.

Melina menyelimut badannya sehingga ke leher. Memandangkan bajunya yang tak cukup kain dan juga biliknya yang sejuk. Mati beku kan dia.

Aryan memusingkan badannya menghadap Melina manakala Melina pula memandang siling.

"Kalau honeymoon kau nak dekat mana?" Tanya Aryan kepada Melina.
Melina berfikir sebentar lokasi honeymoonnya .

"Nak dekat mana ehh??" Tanya Melina kepada dirinya sendiri.

"Tak tahulah Ryan. Aku tak pernah nak fikir pun pasal honeymoon." Kata Melina sambil mengubah posisinya supaya memandang Aryan.

"Kalau macam tu, kau nak tempat macam mana?? Maksud aku kau suka pantai ke? Teringin nak makan apa apa ke??" Tanya Aryan.

"Err, kalau ikut apa yang kau cakap. Aku suka pemandangan malam yang cantik. Maksud aku malam malam aku boleh tengok bintang dalam suasana yang tenang. And, i love bbq. Uishh sedapnya!!" Terang Melina. Dia menelan air liurnya apabila terbayang bbq nya.

Aryan tersenyum melihat Melina.

"Kau pula??" Tanya Melina.

Aryan diam seketika sebelum berkata..

" Aku suka bila ada dengan kau. Aku suka makan dengan kau, gurau dengan kau, lepak dengan kau. Mana mana jelah asalkan kau ada. Its because.." kata kata Aryan berhenti di situ. Melina menunggu Aryan menghabiskan ayatnya.

'because i love you' sayangnya kata kata itu hanya mampu dikata di dalam hati sahaja.

"Sebab..kau bff aku." Kata Aryan.

Melina mengukirkan senyuman nya dan terus mencubik pipi Aryan.

"Alahai, sweetnya bff aku ni!! Patutlah ramai yang cair" gurau Melina dan melepaskan cubitannya.

"Tapi Mel, kau kena janji dengan aku." Kata Aryan.

"Apa?"

"Just dont leave me. Apa apa benda pun kau kene bagitahu aku. Kau tak perlu sembunyikan. Im your bff and also your husband. Itu tanggungjawab aku." Kata Aryan sambil mengusap lembut pipi Melina.

Melina terdiam seketika dengan apa yang dikatakan Aryan.
"Ooo, okay." Kata Melina sambil mengalihkan tangan Aryan yang mengusap pipinya.

"Dah lah aku nak tidur" kata Melina. Dia cuba untuk menolak perasaannya yang sukar ditafsir olehnya.

Melina membetulkan selimutnya sebelum melelapkan matanya.

Aryan memandang Melina yang sudah melelapkanmata.

"Goodnight" kata Aryan sebelum melelapkan matanya.

'aku harap kau sedar perasaan aku satu hari nanti' monolog Aryan.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now