chapter 31

575 48 0
                                    

"Arrghh!! Mel sakit!!" Mengadu Aryan.

Melina pun melepaskan rambut Aryan. Dia tidak puas lagi.

Aryan terus bangun dan melarikan diri apabila Melina sudah mengambil majalah diatas meja dan menggulungnya.

"Aduhhh..kenapalah majalah tu ada dekat situ?" Merungut Aryan.

"Ryan!! Sini kau!!" Jerit Melina dan terus mengejar Aryan. Mereka berkejar kejaran di ruang tamu itu.

"Arrgh! " Menjerit Aryan apabila Melina semakin dekat dengannya.

"Lajunya kau!!" Kata Aryan.

Alia membuka pintu itu dan melangkah masuk. Terbeliak matanya apabila melihat betapa sepah nya ruang tamu Melina. Pasu pecah, Aryan pula dah macam kene kejar dengan singa. Melina pula sudah macam mahu makan mangsanya.

Melina akhirnya dapat Aryan dan terus menindih Aryan. Dia memukul tubuh badan Aryan dengan majalah itu. Aryan sudah mengadu sakit.

"Padan muka kau!" Jerit Melina.

Alia menarik nafasnya dalam dalam dan terus...

"Mel!! Ryan!!" Jerit Alia. Melina dan Aryan terus memandang Alia. Mereka boleh lihat muka Alia seperti singa kelaparan. Masing masing menelan air liur.

"Apa nak jadi dengan korang ni??" Marah Alia. Aryan dan Melina masing masing sudah berlutut di situ dan menundukkan pandangan.

"Nampak tak apa dah jadi ni?? Nampak tak??!" Tengking Alia. Mereka berdua terus menganggukkan kepalanya.

"And now, explain."

"Mel nilah. Aku terpecahkan pasu dia je." Kata Aryan.

"Ehh ehh kau. Kalau kau tak rampas remote tu, mesti pasu tu tak pecah." Kata Melina. Suka hati je tuduh orang.

"So, sekarang salah siapa??" Tanya Alia sambil berpeluk tubuh.

"Mel yang salah" kata Aryan.

"Ryan yang salah" kata Melina.

"Kau lah yang salah!" Sambung Aryan

"Ehh, kaulah yang salah!"

"Kau lah!"

"Kau lah!"

"Kau lah"

"Kau lah!"

"Sudah!!!" Jerit Alia. Melina dan Aryan terus menutup mulut mereka.

"Dua dua salah. Sekejap, aku nak mengadu dekat mak bapak korang." Kata Alia dan terus mengeluarkan telefonnya. Dia mengambil gambar semua kawasan ruang tamu yang bersepah itu.

"Garang do kawan kau." Bisik Aryan.

"Kan..." Bisik Melina sambil mengangguk.

Alia pula terus memusingkan badannya memandang Melina dan Aryan.
"Aku dengar ni." Kata Alia sambil memandang tajam ke arah kedua dua kawannya itu.

Selesai sahaja dia mengadu kepada kepada ibu bapa Melina dan Aryan terus dia menghampiri kawan kawannya itu.

"Now, apologize" kata Alia.

"Aku minta maaf" kata Aryan sambil menghulurkan tangannya.

"Aku pun." Melina menyambut huluran itu. Masing masing muka masih lagi masam mencuka.

"Peluk" mereka pun berpeluk. Apa apa arahan yang diberikan oleh Alia semua mereka ikut.

"Nak gaduh lagi tak?" Mereka pun menggelengkan kepala.

"Now, give each other a kiss." Kata Alia. Mereka terus mendiamkan diri. Alia pula sudah menahan ketawanya.

"HAHAHAHA...aku saja je. Chill lah." Kata Alia. Melina dan Aryan sudah memberikan jelingan maut kepada Alia.

"So, sekarang ni semua ni jadi disebabkan pasu tulah??" Tanya Alia.
Aryan menganggukkan kepalanya.

"Memang patutlah kau kene, pasu tu..." Belum sempat Alia menghabiskan ayatnya, terus Melina memotong.

"Alia." Melina memandang Alia. Alia menutup mulutnya.
"Opps! Sorry!" Kata Alia. Aryan pula sudah mengerutkan dahinya.

"Dahlah aku nak pergi tidur." Kata Melina dan terus melangkah pergi.

"Habis tu, siapa yang nak kemas semua ni!" Tanya Alia.

"Kau call lah cleaner ke apa! Kalau nak jimat, kau pergi kemas." Kata Melina dengan selamba. Alia pula sudha tercengang. 'aku?? Memang taklah.'

Aryan bangun dan memandang Alia.
"Apa yang kau nak cakap pasal pasu tu?" Tanya Aryan. Daripada tadi dia mahu tahu.

"Err, tak ada apa apalah. Aku nak gerak dulu." Kata Alia sebelum meninggalkan Aryan dengan tanda tanya.

Selepas membersihkan dirinya, terus je Melina merebahkan badannya ke atas katil. Penat bergaduh dengan Aryan hari ini. Apabila melihat Melina sudah ada di atas katil, terus Aryan baring di sebelah Melina.

"Mel, aku nak tanya ni."

"Hmm"

"Pasu tu ada apa apa ke yang kau tak bagitahu aku?" Tanya Aryan.

"Tak ada apa apalah pasu je." Kata Melina.

"No, kau sorokkan something daripada aku." Kata Aryan. Dia tidak berpuas hati dengan jawapan Melina.

"Tak ada apa apalah."

"Mel." Aryan mengubahkan posisi Melina supaya memandangnya.

"Kau janji kan tak nak sorokkan apa apa dekat aku. Aku perlu tahu." Kata Aryan dengan lembut.

"Ish,kau ni. Tak ada apa apalah pasal pasu tu." Kata Melina.

"And...harini, kau kene tidur dekat bawah." Kata Melina sambil menghulurkan selimut dengan bantal kepada Aryan. Aryan mendiamkan diri.

Melina bangun dan menarik Aryan supaya tidak baring di atas katil.

"But why??" Tanya Aryan.

"Sebab...kau dah pecahkan pasu tu and kau dah sakit kan hati aku." Balas Melina.

"Dah, pergi tidur. Goodnight." Kata Melina sebelum melangkah pergi ke katilnya dan terus menghempaskan badannya ke atas katil.

"Haa...leganya." kata Melina sambil mendepakan tangannya. Maklumlah dapat tidur sorang sorang.

Aryan hanya mendengus kasar dan terus membaling bantal dan selimut ke lantai.

Melina mencelikkan matanya sedikit. Dia mengukirkan senyumannya apabila melihat muka masam Aryan.

Aryan memandang semula ke arah Melina yang sudah melelapkan matanya sebelum baring di atas lantai.

"Apalah nasib aku kena tidur atas lantai. Nak cari bini lain lah." Kata Aryan.

"Tak ada yang nak kau dah. Semua dah lari. Aku jelah yang tinggal." Kata Melina. Aryan mencebik.

"I hate you Mel."

"Whatever! Sweet dream my lonely husband!" Kata Melina sebelum memejamkan matanya.

Selepas itu, Aryan turut memejamkan matanya. 'apalah nasib kena tidur bawah'.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now