chapter 54

474 36 1
                                    

Aryan turun ke dapur memandangkan perutnya boleh pula meminta waktu macam ni...
Sampai sahaja di dapur, Aryan mengangkat ke dua belah keningnya.

Melisa yang sedang di dapur tidak sedar dengan kehadiran Aryan. Dia leka dengan kerjanya sambil bernyanyi kecil...

"Because when the sun shine we shine together...told you i'll be here forever. Said i'll always be your friend...took an oath, i'ma stick it out till the end..."

"Sedap suara.." tegur Aryan sambil berpeluk tubuh mengambil tempat duduk.

Terhinjut sedikit bahu Melisa apabila ditegur secara tiba tiba oleh Aryan. Dia menoleh memandang Aryan.

"Ehh, awak. Kenapa tak tidur lagi?" Tanya Melisa sambil mengangkat mangkuk makanannya ke atas meja makan.

"Buat kerja tadi." Balas Aryan. Dia melihat makanan yang dimasak oleh Melisa. Mmmm...maggi. Sedapnya!!

"Kau pula, asal tak tidur lagi??" Tanya Aryan pula.

"Sama je dengan awak...buat kerja tiba tiba je perut minta makanan." Jawab Melisa dan mula memasukkan makanan ke dalam mulutnya.

Melisa memandang Aryan yang sedang merenung ke arahnya. Dia terus berhenti menyuap makanan ke dalam mulut.

"Errr, awak nak ke?" Tanya Melisa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Aryan tersedar daripada lamunannya...dia pun menganggukkan kepalanya.

"Boleh lah...aku tengah lapar ni."

"Hm..okaylah. Awak tunggu jap." Melisa pun mula dengan kerjanya...

Beberapa minit kemudian,

"Nah, dah siap." Melisa pun meletakkan semangkuk maggi tersebut di hadapan Aryan.

"Thanks"

"Your welcome..."

Aryan menyuapkan maggi tersebut ke dalam mulutnya dan dia terus berhenti. Melisa yang sedang memandang Aryan menegurnya.

"Okay tak?" Tanya Melisa. Pelik melihat Aryan tiba tiba sahaja berhenti makan. Tadi elok je...kena santau ke?

"Haa?? Ooo..okay je. Sedap" jawab Aryan. Melisa mengukirkan senyumannya.

"Well, Melina yang ajar saya." Kata Melisa dengan perlahan. Sangkanya Aryan tidak mendengarnya.

"Patutlah sama..." Kata Aryan. Sungguh maggi yang di makannya sekarang sama dengan maggi yang di masak oleh Melina.

Melisa memandang Aryan yang mungkin sedang sedih sekarang...terkenang kan Melina lah tu.

*****
"Rys, duduk elok elok tau dekat rumah. Mummy nak kena uruskan something. Sekejap lagi mummy balik. Okay??" Kata Melisa sambil tangannya memegang kedua belah bahu Aryssa.

"Tak payah risaulah...nanti aku bawa dia jalan jalan." Kata Aryan yang daripada tadi melihat Melisa seperti tidak mahu melepaskan anaknya.

"Really?? Okaylah..saya pergi dulu. Rys, dengar ckp uncle okay?" Pesan Melisa.

"Okay mummy!" Kata Aryssa dengan senyuman manisnya. Melisa tersenyum dan mengucup lembut pipi Aryssa.

Aryssa melambai mummynya yang sudah hilang daripada pandangannya. Terus dia menoleh memandang Aryan dengan dingin.

Terkejut Aryan dengan pandangan Aryssa.

'perggh!! Tadi elok je senyum dengan mak dia...apasal dengan aku je muka dia bapak dingin!! Aku dah sejuk dh ni...' monolog Aryan.

"Err, Rys nak pergi shopping dengan uncle tak?"

"Mmm...bolehlah." acuh tak acuh sahaja Aryssa menjawabya.

"Okay, jom!" Terus Aryan memegang tangan kecil Aryssa dan menyarungkan kasutnya.

"Abang Ryan!! Nak ikut!" Jerit Damia yang entah dari mana datangnya.

Aryan dan Aryssa memandang Damia.. Aryan sudah menggarukan kepalanya.

"Please...Damia janji, Damia tak ganggu abang shopping dengan si kecil ni" kata Damia dan mencuit pipi tembam Aryssa.

Aryssa mendengus kasar dan menepis tangan Damia yang mahu mencubit pipinya. Sibuk je!! Aryan menahan tawanya apabila Damia ditolak mentah mentah oleh Aryssa.

'budak yang tak tahu apa apa pun, tak nak kau.' monolog Aryan.

"Dah, masuklah kereta tu" kata Aryan. Malas nak bertekak dengan orang yang degil.

***

"Uncle...jomlah balik. Rys penatlah.." rengek Aryssa. Aryan pun dokong Arysaa. Sebenarnya, dia pun penat juga. Bukan dia yang shopping, Damia pula yang melebih-lebih.

Damia sudah menjeling Aryan dengan Aryssa.

"Ala...nak balik dah ke? Tunggu lah dulu. Damia tak habis shopping lagi ni." Kata Damia dengan wajah yang masam.

Aryan mengeluh dan memandang ke arah Aryssa yang sedang menguap. Penat sangat ni.

"Rys nak ais krim tak??" Tanya Aryan.

"Nak! Nak!" Teruja Aryssa dibuatnya. Aryan pun tersenyum. Comel.

"Jom kita beli..." Mereka pun kembali dengan ais krim di tangan masing masing..

Senyuman Damia terus pudar apabila ais krim untuk dirinya tiada.

"Ala...Damia punya tak ada ke??" Tanya Damia. Aryan hanya mengangkat kedua dua belah bahunya. Malas mahu melayan Damia. Makin masam wajah Damia.

"Aunty nak ke??" Tanya Aryssa. Damia terus tersenyum dan menganggukkan kepalanya...

"Nah.." Aryssa menghulurkan ais krimnya. Damia baru sahaja mahu menyambutnya tiba tiba...

Pek!!!

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now