chapter 63

463 38 0
                                    

"so, macam mana doktor?" Tanya Aryan kepada doktor peribadinya.

"Nothing serious. Just gastrik. Cik Melisa cuma perlu rehat sahaja dan diingatkan supaya jangan skip sarapan or anything else. It might be dangerous for her." Pesan doktor itu.

"Baiklah. Terima kasih doktor."

Selepas sahaja doktor peribadi keluarganya sudah berlalu pergi terus Aryan memandang ke arah Melisa yang sedang memejamkan matanya.

"Tak payahlah kau nak pura pura tidur." Tegur Aryan.

'alamak. Kantoi' monolog Melisa sebelum kembali membuka matanya dan menayangkan sengihan beruknya.

"Kau dengar kan apa yang doktor tu cakap tadi?"

"Dengar" perlahan sahaja Melisa membalasnya.

"Saya nak minta maaf.."

"Memang patut pun kau minta maaf. Menyusahkan aku je. Lepas satu satu." Marah Aryan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh Aryan itu membuatkan Melisa sedikit terasa.

"Saya minta maaflah.." sekali lagi Melisa memohon maaf. Salahnya juga kerana skip sarapan. Malam semalam pun dia tidak makan. Tak ada selera.

"Awak pergi jelah. Saya boleh jaga diri. Kesian awak. Mesti banyak kerjakan."

"Memang aku banyak kerja pun. Bertambah lagi kerja aku bila ada bini macam kau.." sekali lagi hati Melisa terasa seperti tergoris.

Melisa menggenggam tangannya. Hatinya panas mendengar sindiran Aryan.

"Awak pergi jelah kerja dulu.." kata Melisa. Dia cuba sedaya upaya untuk menahan marahnya.

"Menyusahkan orang betul...aku kesian bila teringatkan kau ni kembar Melina. Macam manalah..." Belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya terus Melisa memotong.

"Please awak..better awak pergi kerja dulu. Nak perli perli saya pun lepas awak selesaikan kerja awak semua tu." Kata Melisa sambil menundukkan kepalanya.

"Ehh, yang kau ni nak suruh aku pergi kerja ni kenapa?? Asal? Kau nak buang perangai kau yang suka menyusahkan orang tu? Tak payahlah." Kata Aryan sambil jari telunjuknya di halakan ke arah Melina.

"Aku suruh pergilah! Berambus!" Tengking Melisa sambil bantal yang berada di atas katil dibalingnya ke arah Aryan.

Aryan terkejut dengan tengkingan Melina. Belum pernah Melisa menengkingnya.

"Berambuslah kau sekarang!" Nafasnya sudah tercungap cungap.

Aryan sedikit tersentak apabila seluarnya seperti ditarik.

"Daddy. Jomlah." Ajak Aryssa yang daripada tadi melihat amukan Melisa.

Aryan terdiam seketika dan memandang Melisa dan Aryssa silih berganti.

Jelas sangat bahawa Melisa sedang marah.

Akhirnya, Aryan mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik tersebut.

"Sh*t!" Carut Melisa dengan perlahan sebelum memejamkan matanya. Nampaknya, terlepas juga kemarahannya.

Sebaik sahaja di pintu utama, Aryan memandang ke arah Aryssa.

"Daddy pergi dulu ye. Take care of your mummy." Pesan Aryan sebelum mengucup lembut pipi Aryssa.

Aryssa pun membalasnya dengan mengucup lembut pipi Aryan.

"Dont worrylah daddy. Aryssa dah biasa jaga mummy."

'dah biasa?' tertanya tanya Aryan. Maksudnya sebelum ni Melisa pernah macam tu lah?

Aryan kemudiannya kembali kepada realiti.

Dia mengukirkan senyumannya kepada Aryssa.

"Daddy pergi dulu ye! Nanti daddy bawa cookies untuk Rys." Kata Aryan sebelum melangkah masuk ke dalam keretanya.

Aryan tidak berapa fokus dengan pemanduannya. Otaknya masuh memikirkan tentang Melisa.

Dia keliru sebenarnya dengan Melisa. Sekejap macam itu, sekejap macam ini.

"Kau siapa sebenarnya?"

Pon! Tersentak Aryan dengan bunyi hon itu. Dia terlalu banyak sangat memikirkan tentang Melisa sehinggakan lampu isyarat sudah hijau pun masih lagi tidak bergerak.

Patutlah kena hon.

***

"Mummy, are you okay?" Tanya Aryssa sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Melisa.

Melisa mengukirkan senyumannya dan memeluk bahu Aryssa.

"Im okay. Mummy gastrik je tadi." Jawab Melisa.

"Tapi kenapa mummy marah daddy macam tu?" Tanya Aryssa.

Ya allah dek ooi..tak boleh bagi soalan yang lebih KBAT ke??

"Just personal thing. Nanti Rys dah besar, Rys akan faham okay?"

Aryssa pun menganggukkan kepalanya.

"Just mummy nak pesan. You must be a strong woman. Nanti Rys dah besar, banyak perkara yang akan berlaku. Sama ada yang baik ataupun buruk. You must always prepare. Bak kata pepatah.."

"Sediakan payung sebelum hujan." Serentak Aryssa dan Melisa berkata.

Mereka mengekek gelak.

"Good girl." Melisa memeluk erat puterinya yang dibesarkan dengan usahanya sendiri.

Tanpa sesiapa pun termasuklah suami..

Perkara itu memang mencabar baginya.

9 bulan dia menjaga dirinya sendiri yang berbadan dua. Mengeluarkan bayinya tanpa peneman.

Syukurlah ada seseorang yang turut sama membantunya semasa dia menjaga Aryssa sehingga lah Aryssa berusia 5 tahun.

Dia tidak akan mengalah kerana baginya..

'You can win if you want'

Dan kini, dia kembali semula ke Malaysia untuk menuntut bela kematian ibu kandungnya, Tengku Mariam.

'Tengku Sofea and Damia...get ready okay?' tersenyum sinis Melisa.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now