chapter 79

645 32 0
                                    

Bang!

Tengku Sofea terus terjelupuk ke lantai dan memegang dadanya. Sangkanya nyawa dia akan hilang.

Melina mendengus dan menolak kasar tangan Aryan yang menghalangnya untuk menembak. Peluru yang ditembaknya tadi elok sahaja tersangkut ke siling.

"Kau buat apa ni?" Marah Melina.

"Sepatutnya aku yang tanya kau. Kau buat apa? Kau boleh jadi pembunuh Mel..." Kata Aryan.

"Biar aku jadi pembunuh untuk anak aku! Kau nak tengok anak kau mampus ke?" Terus terdiam Aryan. Takkan lah dia nak bagi anaknya pula yang mati.

Melina keluar dari rumah dan memasuki keretanya. Sebelum sempat Melina mula pemanduannya, Aryan lebih pantas masuk ke dalam kereta.

"Kau buat apa dekat dalam ni?" Tanya Melina.

"Nak selamatkan Ryslah." Jawab Aryan. Melina tersenyum sinis.

"Ingatkan nak biarkan anak kau mati je tadi." Sindir Melina. Lagi sekali Aryan terdiam. Kalau asyik bertekak je dengan Melina sampai bila kereta tak bergerak.

***

Melina mematikan enjin keretanya dan memandang beberapa orang lelaki yang sedang menjaga pintu utama.

"Kau dengar ni. Aku pergi serang diorang..kau pergi cari pintu belakang. Gudang macam ni mesti ada pintu lain." Kata Melina.

"Macam mana kau tahu?" Tanya Aryan.

"Kau lupa ke pasal kebakaran 5 tahun lepas?" Tanya Melina.

"Ooo...tapi kau seriouslah nak serang seorang seorang?"

"Ni Melina lah...setakat 5 orang apalah sangat. Lagi pun aku ada bestfriend aku ni." Kata Melina sambil menunjukkan pistolnya. Aryan menelan air liur sebelum mengangguk.

Melina mengisi peluru terlebih dahulu.

"Now, permulaan bermula." Kata Melina sebelum keluar daripada kereta.

Bang!

Bang!

Bang!

3 das tembakan dilakukan dan ketiga tiga itu tepat mengenai ketiga tiga dada konco konco Damia.

That's easy.

Sekarang hanya tinggal dua orang sahaja. Tetapi kali ini, dia tidak dapat menggunakan pistolnya kerana 2 orang lelaki itu sudah menghulurkan pistol mereka ke arah Melina.

Melina memandang ke arah Aryan untuk memberi isyarat supaya Aryan mula melakukan kerjanya.

Melina memandang semula 2 orang lelaki di hadapanya.

"Let's play this game without this sh*t." Kata Melina sambil menunjukkan pistolnya.

2 orang lelaki itu memandang satu sama lain. Melina sudah melepaskan pistolnya.

2 orang lelaki tadi memandang Melina semula.

"No?"

Mereka hanya dia..

Melina mengeluh.

"Lambatlah korang ni."

Supp!

Serentak 2 orang lelaki itu tumbang. Melina hanya memandang mereka sinis. Dia boleh melihat 2 bilah pisau di dada 2 orang lelaki itu.

"Senangnya." Kata Melina sebelum melangkah masuk ke dalam gudang.

Sebaik sahaja Melina membuka pintu gudang untuk...6 orang konco Damia sudah bersedia menunggunya.

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now