chapter 34

553 49 0
                                    

"ehh, kau nak pergi mana?" Tanya Melina sebaik sahaja melihat Aryan perlahan lahan turun daripada katil.

"Aku nak pergi tandas lah." Terus sahaja Melina meletakkan laptopnya lalu memimpin Aryan.

"Panggillah aku lain kali. Kalau kau jatuh, aku buat tak tahu je nanti." Pesan Melina.

"Yelah tu. Tadi pun nangis macam aku ni nak mati." Gurau Aryan. Melina terus mencubit lengan Aryan.

"Sakitlah!" Aryan menggosok lengannya yang dicubit Melina tadi dan menjeling Melina. Melina menjeling balik kepada Aryan.

"Apa pandang pandang?" Melina mengukirkan senyuman.

"Nanti kalau dah selesai, panggil aku." Pesan Melina sebelum menutup pintu bilik air.

"Kau tak nak cucikan ke?" Tanya Aryan sambil membuat muka kesiannya. Melina membuka kembali pintu itu.

"Kau ada tangan lagikan, buatlah sendiri." Terus Melina menutup pintu itu dengan kuat. Aryan pula sudah mengeluarkan tawanya.

Melina sambung membuat kerjanya selepas selesai menguruskan Aryan. Suasana di dalam bilik wad itu sunyi sepi.

'ishh, apa aku nak buat ni? Dia ni pula buat kerja dia. Bukannya nak layan aku yang tengah sakit ni. Tak romantik langsung. Untung betul kerja dia...dengan laptop sekali.' bebel Aryan dalam hati sambil bibirnya terkumat kamit.

"Apa yang kau bebelkan tu?" Tanya Melina sambil memandang Aryan. Bukan dia tak tahu daripada tadi Aryan ada membebelkan sesuatu.

"Tak ada apa...zikir je." Tipu Aryan.

"Errr, Mel. Kau tahu tak siapa yang buat kereta kau tu?" Tanya Aryan.

"Aku tak tahu, tapi aku syak someone." Kata Melina.

"Siapa?"

"Adalah..." Melina sambung kembali menaip sesuatu di laptopnya.

"Ishh, kau ni. Bagitahu jelah. Dah lah daripada tadi sibuk dengan kerja kau. Sepatutnya kau layan lah aku. Ni tak, sibuk dengan laptoplah, tabletlah, kerjalah. Lepas tu, aku termenung seorang seorang. Bertuah betul laptop semua benda tu." Bebel Aryan panjang lebar. Segala isi hatinya diluahkan.

Melina memandang Aryan dan terus mengeluarkan tawanya.

"Hahahaha...so tadi kau membebel pasal nilah? Bukan berzikir? " Tanya Melina sambil ketawa.

Aryan hanya mendiamkan diri. Dia bersandar pada dinding dan berpeluk tubuh.

"Orang tengah serious ni. Boleh pula dia main main. Gelak lah apa lah. Aku tengah serious ni." Kata Aryan dengan serious.

Melina mengukirkan senyuman sebelum meghampiri Aryan.

"Ala..masamnya muka. Tengah marah ke bang??" Melina memandang wajah Aryan. Wajah Aryan ke kiri, Melina pun ke kiri. Wajah Aryan ke kanan, Melina pun ke kanan. Sengaja Melina membuat begitu supaya cik abang yang tengah merajuk ni memandangnya.

"Ish,  orang tengah serious ni..." Belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya, Melina terus mendekatkan wajahnya ke wajah Aryan. Aryan sudah membeliakkan matanya.

Melina mengucup lembut bibir Aryan. Lama. Kemudian, Melina meleraikan kucupan itu. Tanpa membuang masa, Melina terus naik ke atas katil dan menyuruh Aryan baring.

"Dah tak payah buat muka masam kau tu. Comel kau tahu tak bila kau buat macam tu." kata Melina sambil mengusap lembut rambut Aryan.

"Kau ni kan..." Kata Aryan sebelum terus memeluk erat tubuh Melina. Tak jadi nak marah. Melina pun membalas pelukan Aryan.

"Kenapa kau naik kereta aku? Kalau kau tak naik, kau dengar cakap aku mesti kau tak accident." Kata Melina perlahan tetapi masih lagi dapat didengari oleh Aryan.

"Apa cakap macam tu? Habis tu, kalau bukan aku yang kene. Kau yang kene tau." Marah Aryan. Melina hanya diamkan diri. Melihat kebisuan Melina, Aryan pun mengeluh.

"Aku sayang kan kau Mel. I really love you. Aku tak nak kau yang kena. Do you understand?" Kata Aryan. Melina terharu mendengar pengakuan Aryan. Melina terus menganggukkan kepalanya.

Dia pun sembamkan mukanya ke dada Aryan.
"Thank you." Ucap Melina sebelum melelapkan matanya. Aryan mengukirkan senyumannya.

"Anything for you dear." Kata Aryan sebelum mengucup ubun ubun Melina. Dia pun turut melelapkan matanya.

Tanpa mereka sedar, sepasang mata melihat mereka yang sudah melelapkan mata.

"Hello"

"Aku nak korang tangkap betina tu malam ni juga" katanya dan terus melangkah pergi. Panggilan dimatikan.

'Siap kau Damia.' monolognya sambil mengenggam tangannya kuat.

BERSAMBUNG


From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now