chapter 8

740 67 0
                                    

Aryan sedang menunggu Melina dan Alia bersiap siap. Biasalah perempuan.

'ish..mana diaorang ni?'

"Woi korang lambat lagi ke?" Jerit Aryan daripada ruang tamu.

"Im done!!" jerit Alia sambil berlari lari ke arah Aryan.

"Mana Mel?" Tanya Aryan.

"Tu." kata Alia dan menunjukkan kearah yang di beritahunya.

Aryan terpegun dengan kecantikan Melina.

'mak aii..dia nak pergi mana?'
Melina hanya memakai gaun labuh bewarna ungu dan rambutnya di dandan ala-ala gaya ponytail

"Cantik tak?" tanya Alia sambil tersengih-sengih.

"Cantik." puji Aryan perlahan. Hanya dia dan Alia sahaja yang dengar.

'Memang cantik' Aryan mengukirkan senyuman kepada Melina. Melina memang seorang yang cantik mempunyai rambut yang panjang, matanya pula berwarna coklat, hidungnya sedikit mancung dan bibirnya merah merekah.

Ramai yang meminati kawannya itu tetapi itulah, Melina mempunyai hati beku. Itu yang menyebabkan kawannya itu masih single.

"Jomlah. Buat apa lagi tu?" kata Melina kepada dua orang kawannya yang daripada tadi memandangnya tidak berkelip.

"Ooo..jom." kata Aryan selepas sahaja tersedar daripada lamunannya.

Alia mengukirkan senyuman apabila melihat perangai Aryan..

'Kalau suka cakap jelah suka'

30 minit kemudian..

"Haa, itupun Mel." kata Tengku Halim dengan gembiranya. Maklumlah anak kesayangan.

Manakala Tengku Sofea merangkap mak tiri kepada Melina hanya memberikan senyuman sinis.

"Assalamualaikum, daddy." Melina bersalaman dengan daddynya.

"Waalaikumussalam. Masuklah sekejap lagi baru party start." Kata Tengku Halim dengan senyuman tidak lekang daripada bibirnya.

Sebaik sahaja masuk ke dalam rumah, seperti biasalah mesti Damia berpura pura menjadi seorang adik yang mithali.

"Mel!" kata Damia dan terus memeluk Melina.

"Dah lama Damia tunggu tau. Jemputlah duduk. Sekejap lagi baru party start" kata Damia.

"Err, Damia pergi dulu ye?" Kata Damia sebelum melangkah pergi meninggalkan Melina dan kawan kawannya.

Melina hanya dengan muka tenangnya manakala Alia dan Aryan mencebik menyampah dengan perangai Damia.

"Sudah sudah lah tu buat muka beruk korang tu. Sakit mata aku tengok" kata Melina kepada Alia dan Aryan.

"Sakit lagi mata aku tengok minah tu" kata Alia. Melina tersenyum dengar kata Alia.

Tanpa menunggu lama mereka terus mengambil tempat duduk.

Party pun bermula dengan ucapan daripada Damia.

Selesai mengisi perutnya, Melina terus pergi ke kawasan kolam renang rumah daddynya.

"Mel, kau buat apa dekat sini?" tanya Alia.

"Saja. Dekat dalam penuh sangatlah." Balas Melina

"Ooo..aku ikut kau sekalilah. Bosan" kata Alia

"Alia, macam mana dengan Rifqi kau? Kau dah bagitahu dia ke?" tanya Melina kepada Alia yang berjalan disebelahnya.

"Belum. Takutlah. Macam mana kalau dia dah ada orang lain?" tanya Alia

"Taklah, aku tanya je. Cuma aku nak cakap, lebih baik kau bagitahu cepat sebelum orang lain yang libas. Kalau jadi betul betul, aku tak tahu." pesan Melina kepada sahabat baiknya.

"Yelah..nanti aku cuba. Dont worrylah." kata Alia sambil tersenyum.

Sedang Melina dan Alia bergelak tawa, tiba-tiba ada seseorang datang menghampiri mereka dan...

Splash!!

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now