chapter 36

568 47 0
                                    

Selepas sahaja membersihkan diri, dia terus ke bilik kerjanya memandangkan sekarang baru pukul 9 malam. Sempat lagi untuk menyiapkan kerjanya.

"Korang nampak Melina tak?" Tanya Aryan kepada Rifqi dan Alia yang sedang menonton televisyen. Mereka hanya membalasnya dengan menggelengkan kepala.

Aryan pun mencari Melina di bilik kerja Melina. Dia menjengukkan kepalanya. Terlihatlah Melina yang sedang tumpukan perhatian kepada kerjanya.

"Dekat sini rupanya kau..."

"Kenapa?" Tanya Melina dan mengangkat kepalanya memandang Aryan.

"Tak ada apa apa. Aku bosanlah."

"Ooo.." Melina pun sambung membuat kerjanya.

Aryan melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan Melina. Dia hanya memerhati Melina membuat kerjanya. 'Cantik' puji Aryan dalam hati. Melina pula sedar bahawa di sedang diperhatikan oleh Aryan tetapi dia cuba untuk concentrate membuat kerjanya.

'dia ni pun, tengok aku macam tu kenapa? Dia tahu tak bila dia tengok aku macam tu, jantung aku ni macam nak gugur' bebel Melina di dalam hati.

Setelah agak lama dia memerhatikan Melina, terus dia bangun dan mengambil tongkatnya. Melina mengeluh lega apabila melihat Aryan sudah bangun. Sangkanya Aryan akan keluar daripada bilik tersebut tetapi lain pula yang terjadi.

Aryan mengambil tongkatnya menggunakan tangan kanan manakala tangan kirinya menarik kerusi tadi lalu diletakkan di sebelah kerusi Melina. Aryan duduk semula ke kerusinya dan menarik kerusi Melina supaya menghadapnya. Melina terkejut dengan tindakan Aryan.

"Ryan, aku nak buat kerjalah.." tegur Melina. Dia cuba untuk mengalihkan kerusinya semula tetapi pegangan Aryan pada kerusinya sangat kuat.

"Ryan.." panggil Melina dengan lembut. Dia tidak mahu berkasar dengan suaminya.

"Kau memang sengaja goda aku kan.." kata Aryan dengan wajah yang serious. Melina sudah mengerutkan dahinya.

"Masa bila pula aku goda kau? Aku tak buat apa apa pun." Kata Melina. 'Masa bila pula aku goda dia? Dia yang goda aku. Tak sedar diri betul.' Melina merungut di dalam hatinya.

"Disebabkan kau yang goda aku, so bukan salah akulah." Kata Aryan.

"Hah?" Melina tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh Aryan.

Aryan sudah tidak peduli dengan soalan Melina. Dia terus memaut lembut bibir Melina. Melina membuka matanya dengan luas. Sungguh dia terkejut dengan tindakan Aryan. Melina pun merelakannya dan membalas kucupan Aryan. Mereka dalam keadaan begitu cukup lama.

Selepas itu, Aryan mula bermain di leher jinjang Melina pula. Pada mulanya Melina membiarkannya tetapi apabila tangan Aryan sudah memainkan peranannya terus Melina menolak lembut tubuh Aryan.

"Ryan.." panggil Melina. Panggilan itu tidak diendahkan.

"Ryan.." Aryan masih lagi di dalam dunianya.

"Ryan!!" Melina menguatkan sedikit suaranya dan terus menolak tubuh Aryan. Melina memandang Aryan seketika.

"Please...tengok dekat kaki kau tu." Kata Melina dengan lembut.

"Aku bukan tak nak bagi hak kau tapi...look at your leg. Lain kali ye?" Melina cuba membuat Aryan memahaminya.

"Ish...selalulah. Ada je." Aryan terus membuat muka masamnya dan berpeluk tubuh. Dia menyandarkan badannya ke kerusi dan terus memandang ke hadapan. Dia tidak memandang Melina. Merajuklah tu.

"Ala Ryan..janganlah merajuk." Pujuk Melina. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Tiba tiba dia mendapat satu idea untuk memujuk suaminya itu.

"Ryan.." panggil Melina.

"Apa?" Acuh tak acuh je Aryan berkata.

"Pandang lah sini." Aryan pun menolehkan mukanya mengadap Melina. Melina pun terus meletakkan kan ke dua dua tangannya di pipi Aryana

"Next time okay?? Promise" kata Melina.

"Promise??" Tanya Aryan menginginkan kepastian.

"Yupp. Im promise." Aryan pun menganggukkan kepalanya. Melina terus mengukirkan senyumannya. Terus dia mengucup bibir Aryan sekilas.

"Good boy." Kata Melina dan sengaja menggosok kasar kepala Aryan. Melina berjaya memujuk Aryan dan terus menyambung membuat kerjanya.

'ish..tak jadi nak merajuk lama lama' monolog Aryan.

MEANWHILE..

"Kamu tak mula lagi ke plan kamu tu? Takkan macam tu je plan kamu?" Tanya Tengku Sofea kepada Damia.

"Rileks, mummy. Dont worry. Damia tahu apa yang Damia nak buat." Kata Damia dengan tenang.

"Hmm, yelah"

'kau tunggu jelah Mel. Nikmatilah hidup bahagia kau sekarang. Nanti dah takde dah kau hidup bahagia macam ni' monolog Damia sambil tersenyum sinis. Dia meneguk sedikit air minumannya.

Tanpa Damia dan Tengku Sofea sedar, sepasang mata sedang memerhati mereka dan mendengar perbualan mereka.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now