chapter 46

519 40 0
                                    

"Argh!!" Jerit Melina apabila tiba tiba sahaja Aryan berada dibelakangnya. Mana dia tak terkejut. Melina mengusap dadanya.

"Ya allah..Ryan. Kenapa kau senyap je??" Tanya Melina. Aryan menggosok matanya.

"Sorrylah. Aku bangun bangun je kau dah tak ada dekat sebelah aku." Kata Aryan.

"Hmmm, yelah. Dah jom sambung tidur." Ajak Melina. Aryan menganggukkan kepalanya dan melangkah masuk ke dalam bilik.

***

Beberapa minggu kemudian, Damia masih lagi tidak bertindak. Perkara itu membuatkan Melina sedikit lega tetapi dia perlu sentiasa berhati hati.

"Mel, kau buat apa malam ni?" Tanya Aryan sambil mulutnya mengunyah sarapan yang dimasak oleh Melina.

"Kerja macam biasalah. Tapi malam ni aku lambat sikit balik. Kenapa kau tanya?" Melina memandang ke arah Aryan.

"Ooo, tak adalah. Alia dengan Rifqi nak bawa kita keluar makan malam ni."

"Sorrylah Ryan. Aku tak dapat pergi dengan korang."

"Hmmm, tak pelah. Nak buat macam mana" Aryan sambung menjamu selera. Dia rasa seperti tiada selera makan pula.

'Dia lupa ke harini hari apa?' monolog Aryan sambil memandang Melina yang sedang tenang bermain dengan telefonnya.

****

"Surprise!!" Terkejut Aryan dengan party kejutan yang dibuat oleh Alia dan Rifqi.

"Thank you guys!" Ucap Aryan sambil mengukirkan senyuman gembiranya.

"Ehh, mana Mel?" Tanya Alia apabila kelibat Melina pun dia tidak nampak.
Terus senyuman Aryan mula pudar.

"Mel tak dapat datang. Dia kata malam ni pun dia balik lambat." Kata Aryan dalam nada yang sedikit kecewa.

"Dia memang macam tu. Kerja je yang dia tahu." Kata Alia.

"Dahlah...jom kita potong kek. Aku dah tak sabar ni." Kata Aryan. Dia tidak mahu merosakkan suasana.

Jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Aryan sudah pulang ke rumah.

"Dia tak balik lagi ke?" Tanya Aryan. Sebaik sahaja dia masuk rumah Melina, semua lampu ditutup.

"Mel! Mel!" Panggil Aryan. Tetapi panggilan itu tidak disahut. Aryan mula bergerak dapur.

"Surprise!" Aryan terkejut melihat ruangan dapur tersebut. Penuh dengan makanan dan juga kek. Aryan memandang Melina yang sudah tersenyum ke arahnya.

Melina mendepakan tangannya. Terus sahaja Aryan melepaskan beg kerjanya dan memeluk erat tubuh Melina. Melina membalas pelukan tersebut.

"Aku ingatkan kau dah lupa. Nak nangis kau tahu tak?" Kata Aryan dan meleraikan pelukannya.

"Happy birthday!" Ucap Melina.

"Can i get my present now?" Tanya Aryan.

"Of course you can." Kata Melina. Aryan pula sudah tersenyum teruja. Senyuman teruja itu terus mati apabila Melina menghulurkan satu kotak yang sudah dibalut cantik.

"Apa ni?" Tanya Aryan.

"Hadiah kaulah..." Kata Melina. Aryan menyambut huluran itu dan memandang kotak itu sekejap sebelum dia meletakkan hadiah itu di atas meja makan. Melina mengangkat keningnya.

"Kenapa?" Tanya Melina. Aryan terus memaut pinggang Melina.

"Bukan itu hadiah yang aku cakap kan." Melina hanya memandang Aryan pelik.

"Habistu? That is your present." Kata Melina. Aryan menggelengkan kepalanya. Makin berkerut dahi Melina.

"You fool." Ucap Aryan sebelum dia memaut lembut bibir Melina. Melina terkejut dengan tindakan Aryan. Sekarang baru dia faham apa yang Aryan maksudkan.

Aryan meleraikan kucupannya.

"Now, thats what i want." Kata Aryan. Melina mengukirkan senyumannya. Nakal!!

"Dahlah. Jom makan. Daripada tadi aku tunggu kau. Kesian aku dengan..." Melina tidak menyambung ayatnya. Aryan mengangkat keningnya.

"Kenapa?" tanya Aryan. Melina hanya memandang wajah Aryan dan menggelengkan kepalanya.

"Jomlah." ajak Melina. Aryan pun melabuhkan punggung ke kerusi.

"Sedap tak?" tanya Melina. Dia hanya melihat Aryan menjamu selera sambil tangannya menongkat dagunya.

"Sedap." jawab Aryan dengan jujur. Melina tersenyum mendengar jawapan Aryan.

"Aku yang masak semua ni" mendengar apa yang dikatakan Melina, terus Aryan berhenti menyuap makanannya ke dalam mulut. Aryan mengangkat wajahnya memandang Melina.

"Really?" tanya Aryan.

"Yelah. Takkan aku nak tipu pula?"

"Dah sambung makan." kata Melina sebelum dia pun turut menjamu selera.

Sedang Melina mengemas ruangan dapur, tiba tiba Aryan mendapat satu idea. Dia menghampiri Melina dan...

Pekk!!

Melina terkejut apabila Aryan meletakkan lebihan kek tadi di atas kepalanya. Dia mengetap bibirnya.

"Ryan!" jerit Melina lalu terjadilah perang perang kek. Melina membaling kek kearah Aryan. Aryan pula membalasnya. Selesai peperangan kek, terjadinya pula kejar kejar. Melina tersenyum puas apabila dia dapat menarik rambut Aryan.

Aryan tidak berpuas hati apabila rambutnya sahaja yang ditarik kemudian dia pun turut menarik rambut Melina.

"Arghh!!" masing masing menjerit kesakitan.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now