chapter 56

465 35 0
                                    

"Well, ada apa daddy nak jumpa ni?" Tanya Damia sambil memandang Tengku Halim. Semua orang ada di ruang tamu itu. Masing masing sedang menunggu apa perkara penting yang hendak diberitahu oleh Tengku Halim.

"Okay macam ni...daddy rasa daddy nak bagi balik syarikat Mel kepada Lisa. Biar Lisa yang uruskan. I think it's better if..." Belum sempat Tengku Halim menghabiskan ayatnya, terus sahaja Damia menjerit membantah.

"No!! Kenapa dia pula yang kena ambil. Look daddy, Damia memang setuju untuk serahkan balik syarikat Melina tu tapi bukan dekat dia!!" Marah Damia. Jari telunjuknya sudah ditunjukkan kepada Melisa.

Melisa pula hanya dengan wajah innocentnya...

"Damia! Habis tu, kalau bukan Lisa yang uruskan...siapa yang akan uruskan syarikat tu??" Tanya Tengku Halim kepada anak daranya yang degil itu.

"Abang Ryan kan ada??" Terkejut Aryan apabila namanya pula yang dipanggil. Aryan terus memandang Damia dengan wajah yang berkerut.

"Ryan mana boleh....dia nak uruskan syarikat daddy lagi...syarikat dia lagi...tak kanlah syarikat Mel pun dia nak uruskan??" Kata Tengku Halim.

Damia diam seketika. Ada betul juga dengan apa yang dikatakan oleh daddynya. Damia sudah mula menggigit jarinya.

"Damia tak kira...yang Damia tahu, perempuan tu tak boleh ambil alih syarikat Mel." Bantah Damia sekali lagi.

"And..daddy pun tak kira. Lisa sahaja yang boleh ambil alih syarikat tu. Muktamad." Kata Tengku Halim dengan tegas. Damia mengerutkan dahinya dan menggenggam erat tangannya.

"Ehh, perempuan! Kau buat apa hah? Sampaikan daddy sayang kau sangat?? Sihir mana yang kau guna!" Damia terus menghampiri Melisa dan ditolaknya Melisa sehingga Melisa jatuh ke atas lantai.

"Damia!! Arghh!" Tengku Halim terus menekan dadanya yang terasa sangat sakit. Aryan terus menolong Tengku Halim yang sudah terduduk di atas lantai.

Damia dan Tengku Sofea pula, masing masing terkejut dengan Tengku Halim yang tiba tiba sahaja seperti orang yang terkena heart attack.

"Daddy!" Melisa terus mendapatkan Tengku Halim.

***

"Macam mana doktor??" Tanya Melisa sebaik sahaja doktor peribadi keluarganya keluar daripada bilik Tengku Halim.

"Tengku tadi dia kena serangan jantung..so, kamu semua kena selalu berhati hati. And maybe..." Dr. Zainal tidak dapat menyambung ayatnya.

"Maybe..." Melisa sudah berdebar debar untuk Dr. Zainal menyambung ayatnya.

"Maybe..Tengku dah tak lama." Kata Dr. Zainal. Melisa terus menekup mulutnya. Air matanya sudah bergenang.

"Saya harap..semua bersedia lah ye." Pesan Dr. Zainal. Dia pun turut bersimpati.

Melisa hanya menanggukkan kepalanya.

***

Melisa mengambil tempat disebelah Tengku Halim yang sedang terbaring di atas katil. Dia memegang erat tangan daddynya itu.

"Maafkan Mel...maafkan Lisa..." Kata Melisa dengan perlahan. Air matanya sudah jatuh.

Tengku Halim membuka matanya sedikit. Tangannya terus mengelap air nata Melisa dan segaris senyuman ditayangkan untuk anak daranya itu.

Melisa terus memandang Tengku Halim.

"Dont cry..." Kata Tengku Halim dengan perlahan. Melisa mengukirkan senyumannya.

"Mel kan kuat...tak macam Mel lah kalau menangis. Selalunya mesti dengan muka sombong Mel tu" kata Tengku Halim dan sengaja membuat muka sombong Melina.

Tergelak Melisa...

"Mel minta maaf kalau Mel menyusahkan daddy. Mel tak tahulah sama ada apa yang Mel buat ni betul ke tak." Kata Melisa

"You did a right thing. Daddy tahu, kamu mesti ada sebab nak buat benda ni. Cuma tulah..."

"Cuma apa daddy?" Tanya Melisa.

"Daddy just kesian kan Ryan..." Kata daddynya. Melisa terus menundukkan kepalanya.

"Mel tak boleh tau buat macam ni lama lama..kesian Ryan. Dia dah banyak benda yang perlu dia buat. He need someone." Kata Tengku Halim.

Melisa terdiam seketika.

"Then, daddy buatkan lah dia ada someone tu.." kata Melisa.

"What?" Tengku Halim masih lagi tak dapat tangkap dengan apa yang di maksudkan oleh Melina.

"You know what i mean.." terus dengan perlahan lahan, senyuman Tengku Halim terukir.

"Hahaha..that's my girl." Kata Tengku Halim sambil menyerabutkan rambut Melisa. Melina mengukirkan senyumannya.

Tok tok!

Tengku Halim dan Melisa terus memandang ke arah pintu.

"Haaa...panjang umur.." kata Tengku Halim sebaik sahaja melihat Aryan memasuki bilik tersebut. Aryan mengukirkan senyumannya.

"So, daddy macam mana? Okay?" Tanya Aryan.

"Just serangan jantung.." jawab Melisa. Dia tidak mahu membesarkan lagi perkara mengenai masa Tengku Halim untuk hidup.

Tengku Halim hanya memandang sayu Melisa yang sedang menundukkan kepalanya.

Aryan menganggukkan kepalanya.

"Lisa...pasal syarikat Mel tu, esok Lisa dah boleh kerja sana. Pasal Damia, biar daddy yang uruskan." Kata Tengku Halim.

"Okay daddy." Kata Melisa sambil tersenyum.

'Arghh!! Rindunya kerja ku!!' monolog Melina dalam hati.

BERSAMBUNG

***

Jangan lupa vote and comment!!

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now