chapter 18

599 47 0
                                    

Tiba tiba..

Buk!! Pintu bilik kerja Melina di buka kasar daripada luar.

Terlihatlah tubuh Aryan di situ.

"Alia!!" Jerit Aryan.

"Kenapa Ryan?" Tanya Alia.

"Err...aku nak cakap dengan kau sikit." Kata Aryan.

Melina melihat wajah Aryan seperti risau tentang sesuatu.

"Cakap jelah." Kata Alia.

"Bukan dekat sini" kata Aryan.

Alia memandang Aryan pelik.

"Kau pergilah dulu." Kata Melina.

Alia terus melangkah menghampiri Aryan dan lengannya terus ditarik laju oleh Aryan.

Aryan membawa Alia ke pantri. Setelah memastikan keadaan sudah selamat, terus Aryan melepaskan pegangannya di lengan.

"Haa, apa yang kau nak cakap sangat tu? Sampai bawa aku ke sini lagi" Tanya Alia sambil berpeluk tubuh.

"Err, aku lupa lah pula. Tak pelah" kata Aryan sambil menggosok kepalanya yang tidak gatal.

Aryan ingin melangkah keluar daripada pantri tiba tiba Alia berkata...

"Kau sukakan Mel kan??" Tanya Alia.

Aryan hanya berhenti melangkah.

"Kenapa tak bagitahu je dia?" Tanya Alia sambil memandang kearah Aryan yang sedang membelakanginya.

"Kau dah dengar kan apa yang Melina cakap." Kata Aryan.

"Ye aku tahu tapi..." Alia tidak sempat menghabiskan ayatnya

"Its impossible" kata Aryan sebelum melangkah pergi meninggalkan Alia.

Alia pula hanya mengeluh.

"Apalah kawan kawan aku ni. Lebih baik aku keluar dengan Rifqi lagi best." Alia terus mengukirkan senyuman.

Selepas itu, Aryan terus pergi ke bilik Melina.

Tok! Tok!

"Masuk" kata Melina.

Dia memandang siapa yang masuk ke dalam biliknya.

"Oo Ryan. Kenapa?" Tanya Melina dengan dingin.

'dia marah aku lagi ke sebab pagi tadi?' fikir Aryan.

"Errr, aku saja je datang. Tak ada kerja." Kata Aryan.

Melina mengangguk sebelum sambung membuat kerjanya.

Suasana menjadi sepi..

'dia tak tahu aku ada dekat sini ke?' fikir Aryan sambil merenung ke arah Melina yang sedang menumpukan perhatian pada kerjanya.

Tiba tiba, Aryan teringat perbualan Melina dengan Alia. Riak mukanya sudah berubah kepada kecewaa.

"Kenapa kau tak bagitahu dia?" Aryan teringan apa yang dikatakan Alia tadi.

Dia memandang Melina semula.

Aryan bangun dan menghampiri Melina daripada belakang kerusi.

Terus dia memeluk Melina daripada belakang. Melina pula terus berhenti melakukan kerjanya dan jantungnya sudah tidak menentu.

"Kau marah kan aku lagi ke?" Tanya Aryan sambil kepalanya dilentokkan di bahu Melina.

"Kalau kau buat macam ni, lagilah aku marah." Kata Melina

"Dahlah Ryan. Aku nak buat kerja ni" sambung Melina.

"Kau janji tak marah kan aku lagi dah baru aku lepaskan." Kata Aryan.

Melina mengeluh.

"Yelah. Aku dah maafkan kau. And aku dah tak marahkan kau." Kata Melina.

Sangkanya Aryan akan melepaskan pelukannya tetapi lain pula jadi. Aryan mengeratkan lagi pelukannya.

"Ryan.." panggil Melina.

"Memang impossible ke?" Tanya Aryan tiba tiba.

"Haa?" Tanya Melina dan terus menoleh untuk memandang Aryan.

Mereka memandang satu sama lain lama...

"Mel!" Jerit Alia dan membuka pintu tanpa ketuk.

Aryan dan Melina masing masing terkejut. Aryan terus meleraikan pelukannya manakala Melina pula sambung membuat kerjanya.

"Oopps!" Kata Alia dan menutup mulutnya.

"Err Mel, aku tunggu dekat bawahlah. Nanti kalau kau nak balik kau turun je. Aku tunggu." Kata Aryan sebelum
keluar daripada bilik itu.

Melina pula hanya mengangguk.

"Mel" panggil Alia.

"Apa?"

"Betul ke memang tak ada jadi apa apa malam semalam?" Tanya Alia.

Melina terus menjeling Alia.

"Aku bukanlah apa tapi tadi kemain kau." Kata Alia.

Melina terus terdiam apabila teringat perkara tadi.

Sedang Aryan melangkah untuk ke lif, tiba tiba dia terlanggar seseorang.

"Sorry" itu saja yang dikatakan orang yang melanggarnya.

Aryan tidak nampak mukanya kerana orang itu hanya menundukkan kepalanya.

Aryan terus mengangkat bahunya dan masuk ke dalam lif.

Sedang Melina mengemas barang barangnya di atas meja, seseorang memasuki bilik kerjanya.

"Ye?" Tanya Melina. Dia melihat pemakaian lelaki itu. Lelaki itu hanya memakai hoodie hitam dan juga seluar jean berwarna biru.

Lelaki itu hanya diam apabila ditanya Melina.

Melina semakin pelik apabila Tya tidak beritahunya bahawa ada orang yang ingin menjumpainya.

Melina sudah berdiri tegak.

"Ye?? Ada apa apa yang boleh saya bantu??" Melina cuba mengukirkan senyuman walaupun dia sudah tidak sedap hati.

Lelaki itu hanya diam dan menundukkan kepalanya...

Tanpa apa apa, lelaki itu terus berlari kearah Melina. Melina pula sudah membuka mata dengan luas.

"Argghh!!" Jerit lelaki itu sambil berlari kearah Melina bersama sama dengan sebilah pisau.

Buk!!

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now