chapter 55

494 39 0
                                    

Pekk!!

Aryan dan Aryssa terkejut...tidak lupa juga dengan mangsa keadaan, Damia.

"Rys!! What are you doing??!" Marah Damia. Dia terus mengambil tisu dan mengelap bajunya yang sudah ditumpahi oleh ais krim yang dipegang Aryssa tadi.

Aryssa pula menutup mulutnya.

"Oopps! Sorry. Tak sengaja." Kata Aryssa sambil tersenyum sinis. Well...sengaja sebenarnya.

"What! Tak sengaja? Kau kan.." Damia baru sahaja mengangkat tangannya. Aryan lebih pantas menghalang Damia.

"Rys tak sengaja kan. Budak je kot. Tak payahlah sampai nak naik tangan." Marah Aryan. Damia terus mendengus.

Aryssa dan Aryan hanya memandang Damia yang sudah menghilang pergi ke tandas.

Aryan memandang Aryssa yang sedang dalam dukungannya.

"Rys..tak baik tau buat macam tu." Kata Aryan. Bukan dia tak tahu, Aryssa sengaja buat begitu.

"Memang patut kena pun. Ala, uncle pun sukakan sebenarnya..." Kata Aryssa. Dengan perlahan lahan senyuman terukir dibibir Aryan.

"Hehehe..high five!" Aryan pun 'high five' bersama dengan Aryssa.

"Good girl. Dah jom. Baik kita pergi sekarang" kata Aryan sambil menggosok kepala Aryssa. Aryssa pun menganggukkan kepalanya.

"Jom!" Dengan gembiranya Aryan dan Aryssa pergi tinggalkan Damia..

Hehehe...sekali lagi kena tinggal. Padan muka dia...😛😛😛

****

Melisa mengusap lembut kepala Aryssa yang sudah lena. Penat sangat lah tu...

Dia mengucup lama dahi Aryssa.

"Mummy love you.." kata Melisa dengan perlahan.

Sebaik sahaja dia menutup pintu bilik Aryssa terus Melisa terkejut dengan kehadiran Aryan yang tiba tiba sahaja sudah berada di belakangnya..

"Ish, awak ni. Terkejutlah saya." Kata Melisa sambil menggosok dadanya. Aryan tersenyum sinis.

"Sorry. Rys dah tidur?" Tanya Aryan. Melisa menganggukkan kepala.

"Err, nah kau punya." Aryan menghulurkan sesuatu kepada Melisa. Melisa mengangkat keningnya.

Dia membuka kotak tersebut dan terus mengukirkan senyumannya.

"Lawa tak??" Tanya Aryan.

"So beautiful..i like it. Thank you so much." Kata Melisa sambil mengangkat rantai yang dibelikan oleh Aryan itu. Cantik.

"Sini aku pakaikan." Tak sempat Melisa membalas, terus sahaja Aryan mengambil rantai tersebut dan di sarungkan di leher Melisa.

Melisa melihat sekali lagi rantai tersebut.

"Thank you so much. Terima kasih juga sebab shopping dengan Aryssa tadi. Saya harap dia tak buat perangailah." Kata Melisa sambil memandang Aryan.

"Your welcome..tak susahlah tapi kan...." Aryan suruh Melisa mendekatkan wajahnya dan membisikkan sesuatu kepada Melisa.

Terus Melisa menutup mulutnya.

"Awak biar betul??" Tanya Melisa. Aryan menganggukkan kepalanya.

"Serious...kesian Damia tadi. Tapi bagus juga Rys buat macam tu." Kata Aryan. Dia menceritakan mengenai ais krim tadi kepada Melisa.

Melisa melepaskan tawanya. Tak sangka sampai macam tu sekali Aryssa buat. Nakal betul.

Aryan terpana apabila melihat Melisa ketawa. Dia teringatkan someone...Melina.

Melisa melambai lambai tangannya di hadapan Aryan.

"Awak...awak!" Panggil Melisa.

"Haa?"

"Awak termenung apa tu??" Tanya Melisa pelik apabila melihat Aryan.

Aryan terus menggaru kepalanya.

"Tak ada apa apalah...saya pergi masuk tidur dululah.." kata Aryan.

"Hmm..okay. Thanks again." Kata Melisa sebelum Aryan hilang daripada pandangannya.

Damia yang daripada tadi melihat kemesraan Aryan dengan Melisa terus menggigit bibirnya...

Dia terus merempuh bahu Melisa sehinggakan Melisa terjatuh ke atas lantai.

"Aduh!"

"Padan muka kau. Ehh, kau ingat sikit ehh. Ryan tu...aku punya. Kau tu..just someone yang entah dari mana datang lepas tu mengaku kau keluarga ni. Menyampah aku tengok kau." Sindir Damia sambil menunjal kepala Melisa berkali kali.

Melisa pula hanya merelakannya.

"Kau kena ingat, kalau Melina pun aku boleh bunuh..apatah lagi kalau kau. Sekejap je kau dah boleh MAMPUS!" kata Damia dan mengeluarkan tawa psikonya. Melisa sudah takut melihat Damia seperti itu.

"Dah, sana sikit. Semak je." Damia terus menolak Melisa yang sedang menghalang jalannya.

Melisa bangun semula dan menepuk sedikit seluarnya. Dia mencebik.

Tanpa Melisa sedar, seseorang sedang memerhatikannya.

"Melina?" Bergenang air mata Mak Mah apabila mendengar apa yang Melisa kata tadi...

"Mak Mah?? Kenapa tak tidur lagi ni? Kenapa Mak Mah menangis ni?" Macam macam soalan Aryan tanya kepada Mak Mah. Pelik melihat tiba tiba sahaja Mak Mah menangis.

Dia melihat semula sekeliling. Tiada apa apa pun yang terjadi.

Mak Mah terus menggosok kembali air matanya dan menggelengkan kepalanya.

" Tak ada apa apalah Ryan. Masuk habuk je tadi.." tipu Mak Mah. Dia yakin bahawa Melina pasti ada sebab untuk menyembunyikan dirinya.

"Ooo, tak apalah kalau macam tu. Risau Ryan tadi. Ryan masuk tidur dululah." Kata Aryan. Mak Mah menganggukkan kepalanya.

Dia hanya memandang sayu ke arah Aryan.

"Kamu mesti seronok bila dapat tahu perkara sebenar nanti kan??" Kata Mak Mah dengan perlahan. Cukuplah dia sahaja yang tahu.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now