chapter 35

565 45 0
                                    

Damia yang sedang tidur terus membuka matanya apabila ada sesuatu yang menekup mulutnya. Dia meronta ronta. Akhirnya, pandangannya menjadi gelap.

"Okay boss, done." Kata salah seorang konconya.

"Great. Bawa dia dekat tempat biasa"

Splash!!!

Damia terus tersedar apabila disimbah dengan sebaldi air. Nafasnya tercungap cungap. Dia melihat kawasan sekelilingnya. Ada beberapa orang yang berpakaian gelap.

"Good morning!!" Damia terus memandang ke arah suara tersebut. Dia tidak mendapat melihat dengan jelas.

"Siapa kau!! Lepaskan akulah!" Jerit Damia sambil meronta ronta. Badannya sudah diikat di atas satu kerusi.

"Hahaha... You dont know me?" Ketawa perempuan itu dan menghampiri Damia. Damia mengerutkan dahinya sebelum matanya terbuka luas.

"Mel??" Terkejut Damia apabila melihat Melina berada di hadapannya.

"Kenapa terkejut??" Tanya perempuan itu.

"Sebab kau ingat aku dah mampus??" Sambungnya lagi. Tangannya sedang bermain dengan sebilah pisau. Damia terus terkejut. 'macam mana dia boleh tahu?' monolog Damia.

"Macam mana aku boleh tahu?? Aku boleh tahu sebab...kau tu bodoh!" Terus sahaja perempuan itu mengesel sedikit peha Damia dengan pisaunya.
Damia sudah menjerit kesakitan.

"Kenapa kau buat macam tu? Kenapa kau nak bunuh aku?" Tanya perempuan itu dengan tenang ataupun lebih tepat dingin.

"Sebab aku benci dengan kau!! Aku tak suka tengok kau bahagia! Aku tak suka tengok kau senyum! Apa yang kau dapat mesti lebih daripada aku!" Luah Damia. Dia melihat perempuan di hadapannya dengan tajam.

Tetapi renungan tajam itu tidak menakutkannya. Perempuan itu masih lagi dengan riak dinginya. Kemudian dia terus mengukirkan senyuman sinisnya.

Damia sudah pelik melihat perempuan itu. Baginya depannya sekarang ini bukan Melina. Sangat berbeza.

"What ever! Tapi aku cuma nak pesan, kau sentuh family aku sekali lagi...go to hell, bitch." Kata perempuan itu sebelum berlalu pergi.

Tiba tiba dia teringat sesuatu.

"Ooo aku lupa nak bagitahu kau. Im not Melina." Damia sudah mengerutkan dahinya. Tidak berapa faham dengan apa yang dikatakan oleh perempuan itu.

****
"Yeay!! Dah boleh balik!!" Sorak Aryan apabila doktor memberitahunya dia boleh menyambung rawatannya di rumah. Melina hanya menggelengkan kepalanya. Rifqi dan Alia pula sudah mengeluarkan tawa mereka.

"Dapat balik pun kena juga jaga kaki tu elok elok. Karang, tak pasal pasal kena masuk hospital lagi." Pesan Rifqi. Aryan sudah mendengus.

"Orang tahulah...ingat orang budak kecil lagi ke?" Aryan sudah membuat muka masamnya. Melina yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri. Sudah masak dengan perangai Aryan.

"Mel, tengok Rifqi ni, dia marah tite. Mel marah lah dia. Cian tite." Mengadu Aryan kepada Melina dengan membuat perangai kebudakannya. Melina pula hanya merelakan Aryan memeluknya. Rifqi dan juga Alia yang melihatnya sudah membuat muka meluat.

"Hemm! Jelouslah tu. Lain kali kahwin lah cepat." Kata Aryan. Pelukannya masih lagi di tubuh Melina. Rifqi sudah menjeling Aryan dengan tajam. Mereka saling menjeling satu sama lain.

"Dah dah. Sekarang ni, jom balik. Barang semua dah siap kan?" Kata Melina sebelum turun daripada katil.
Aryan pula masih lagi menjeling Rifqi.

Aryan terus meletakkan punggungnya ke atas sofa. Lega apabila selamat sampai ke rumah. Dia sekarang hanya boleh berjalan menggunakan tongkat.

" Korang nak apa apa tak?" Tanya Melina kepada kawan kawannya termasuklah Aryan.

"Aku macam biasa." Jawab Aryan.

"Aku pun nak macam Ryanlah." Jawab Alia pula. Manakala Rifqi pun mahu makan maggi. 'apa kenalah kawan kawan aku ni. Kena santau agaknya sampaikan semua nak maggi.' monolog Melina.

Bahu Melina terhinjut sedikit apabila Aryan tiba tiba sahaja memeluk pinggangnya daripada belakang. Entah macam mana dia boleh tak sedar yang Aryan melangkah kearahnya.

"Ryan, aku tengah masak ni." Kata Melina. Dia tidak berapa selesa.

"Ala, kau buat jelah kerja kau. Aku buat kerja aku. Okay??" Kata Aryan. Melina pula hanya mengeluh. 'Susah nak bercakap dengan orang yang degil ni.' monolog Melina. Kemana Melina pergi, Aryan pasti membuntutinya sambil sebelah tangannya memegang tongkatnya untuk menyokong badannya. Sebelah tangannya lagi, memeluk erat pinggang Melina.

"Okay, im done!" Melina terus menghidangkan maggi tersebut. Aryan pun turut melepaskan pelukannya.

"Korang nak tidur dekat sini sekali ke?" Tanya Melina sambil memandang Alia dan Rifqi yang sedang menjamu selera.

"Boleh ke?" Tanya Alia. Melina pun menganggukkan kepalanya.

"Yeay!!" Sorak Alia. Sudah lama tidak bermalam ni rumah Melina.

BERSAMBUNG


From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now