chapter 64

470 32 0
                                    

Sepanjang seminggu Aryan tidak berada di rumah, Melisa sering dibuli oleh Tengku Sofea dan juga Tengku Damia.

"Hoi, perempuan! Kau keluar sekarang!" Di rempuhnya pintu bilik Melisa.

Melisa memandang ke arah Damia.

"Kau pergi dapur sekarang." Dengan selamba Damia memberi arahan.

"Kenapa?"

"Pergi masaklah pemalas. Kau nak aku kebulur ke?"

'heh! Pemalas? Aku ke kau yang pemalas. Takkan dah besar pun tak reti nak tengok cermin?' monolog Melisa.

"Baiklah." Terpaksalah juga dia. Tak apa..

'ada lori ada bas, lain hari aku balas.'

****

"Uhuk!" Tersembur nasi goreng yang dikunyah oleh Damia. Tengku Sofea terkejut dengan Damia. Melisa pula buat buat tidak tahu.

Pang! Damia terus membaling pinggan yang diisi nasi goreng tadi sehinggakan nasi gorang itu berterabur di atas lantai dan juga meja makan.

"Kau tak reti masak ke?!" Marah Damia.

Tengku Sofea mengerutkan dahinya.

"Kenapa ni Damia?" Tanya Tengku Sofea. Sebenarnya dia malas nak cari gaduh sekarang. Matanya masih lagi mengantuk.

Mana taknya, pergi club malam malam. Pagi lagi buta baru balik.

"Masin gila nasi goreng tu ma!"

"Masin? Okay je mama makan." Kata Tengku Sofea.

"Are you kidding ma? Mama nak protect dia ke apa ni? Damia tak bodoh lagilah."

"No..mama bukan nak protect dia tapi memang betul nasi goreng ni mana ada masin. Nah, cuba rasa." Ditolaknya pinggannya ke arah Damia.

Damia pun menyuapkan satu sudu nasi ke dalam mulutnya. Terus terdiam. Memang betul kata mamanya. Mana ada masin.

"So, macam mana?" Melihat Damia hanya mendiamkan diri membuatkan Melina tersenyum sinis.

' sah sahlah yang kau ni bodoh.' monolog Melisa.

Damia terus mendengus sebelum pergi meninggalkan meja makan tersebut.

'what you give, you take back.'

****

Aryan melihat semua maklumat yang diberikan oleh kawan karibnya

"Kau sure ke maklumat semua ni betul?" Tanya Aryan kepada Carl iaitu kawan karibnya semasa universiti dahulu.

"Ye, aku sure. Banyak kali aku check." Jawab Carl yang sedang duduk berhadapan dengan Aryan.

Aryan meneliti semua maklumat tentang Melisa. Memang betul Melina dan juga Melisa merupakan kembar. Malah muka mereka sangat sama.

Tetapi personality mereka berbeza. Melina lebih kepada seorang yang cool meanwhile Melisa pula seorang yang friendly.

Tetapi Melisa yang sedang menjadi isterinya sekarang mempunyai personality yang bercampur.

Aryan mengeluh dan menyandarkan kepalanya ke kepala kerusi sebentar.

"Apasal ni bro?" Tanya Carl.

"Tak ada apalah. Cuma, there is something suspicious about my wife. Aku pun pening." Jawab Aryan. Carl hanya menganggukkan kepalanya sebelum suasana kembali menjadi senyap.

***

Selepas sahaja Melisa memastikan Aryssa sudah dibuai mimpi, dia kembali semula ke dalam biliknya.

Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas katil, dia terus teringatkan Aryan.

"Esok dia balik.." kata Melisa perlahan.

Dia membaringkan badannya di atas katil dan memejamkan matanya. Tiba tiba..

Dum!

Melisa terus membuka matanya dengan luas.

"K..kilat!" Melisa menutup kedua dua belah telinganya dengan tangannya. Kakinya pula dirapatkan ke badannya.

"Arrgh!" Menjerit Melisa apabila mendengar kilat berdentum dengan kuat.

Air matanya sudah bergenang. Dia takut..

'i need someone.' katanya dalam hati.

Melisa sudah tidak tahu mahu membuat apa. Dia menggagahkan juga dirinya untuk mengambil telefonnya di atas meja.

Dia mendail telefon Alia.

"Hello Lisa?"

"Alia..tolong aku..hiks!"

"Wey, kau kenapa ni Lisa?"

"Aku takut! Kau kena teman aku Alia.."

"Lisa.."

Tut tut.

Alia mengeluh apabila telefonya tiba tiba sahaja habis bateri. Memang habislah, daripada tadi dia melakukan kerjanya sampaikan telefonnya yang kehabisan bateri pun dia tidak sedar.

"Hello? Alia?" Panggilan Melisa tidak disahut.

Tubuh Melisa semakin menggigil.

'ryan'

Dia kemudiannya mendail telefon Aryan.

"Please angkat.." rayu Melisa. Kadang kadang tubuhnya tersentak apabila dikejutkan dengan bunyi kilat yang sangat kuat.

"Haa..kau nak apa?"

"Awak, tolong saya.."

"Ish kau ni. Apasal pula ni?" Acuh tak acuh sahaja dia menjawab.

"Saya takut!"

"Kau takut apa pula ni? Susahkan aku jelah." Kesian juga dia apabila mendengar tangisan Melisa tetapi biasalah...ego.

"Please Ryan...i need you now. Arggh!" Terus mati panggilannya.

"Arggh!" Aryan memukul kuat stereng keretanya. Sebenarnya, dia sedang dalam perjalanan pulang ke rumah memandangkan kerjanya sudah habis.

Sekali lagi telefonnya berbunyi.

"Hello?"

"Ryan! Kau dekat mana ni?" Tanya Alia.

"Dalam perjalanan balik. Asal?"

"Kau kena cepat Ryan! Balik cepat."

"Okay okay come down. Kenapa pula aku nak kena balik cepat cepat ni?? Lisa pun call aku suruh apa entah. Malas aku nak layan."

"Astaghfirullah Ryan! Mel...ehh Lisa trauma Ryan! Bahaya wey!"

"Ish, yelah."

Panggilan pun di matikan.

Aryan semakin melajukan pemanduannya.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now