chapter 58

462 36 0
                                    

Melisa melabuhkan badan ke atas katil. Dia memejamkan matanya.

Buk!!

Melisa terus mengadu sakit dan mengurut belakangnya. Dia memandang ke arah Aryan dengan muka yang berkerut.

"Apa?? Not my fault. Siapa suruh kau baring atas katil aku??" Kata Aryan dengan selamba. Tak rasa bersalah langsung selepas menolak Melisa jatuh daripada katil

Meliza menahan marahnya.

'Sabar Lisa...sabar. Kita balas dendam nanti ye? Sekarang tak boleh...just follow your plan.' kata Melisa kepada diri sendiri.

Aryan pelik melihat mulut Melisa seperti bercakap sesuatu.

"Kau jampi apa tu??" Tanya Aryan. Melisa mengangkat kepalanya dan cuba untuk berdiri. Belakangnya masih lagi terasa sakit.

"Tak ada apalah." Balas Melisa dengan lembut. Dia tidak boleh berkasar kalau tidak hancur rancangannya.

Mendengar jawapan Melisa, Aryan terus melabuhkan badannya ke atas katil.

"Ehh..kau nak buat apa tu??" Tanya Aryan sebaik sahaja dia melihat Melisa seperti mahu baring disebelahnya.

'tak serit lagi ke aku tolak dia tadi?' monolog Aryan.

"Saya nak ambil bantal je." Jawab Melisa.

"Oooo, ingatkan nak baring sebelah aku tadi. Mimpilah kau." Kata Aryan sebelum memejamkan matanya.

Melisa mencebikkan mulutnya. Dia buat seperti dia mahu mencekik Aryan.

"Kau tunggu kau...aku akan pastikan kau menyesal nanti." Kata Melisa perlahan. Tak naklah bagi Aryan dengar.

Melisa melangkah ke arah sofa dan melabuhkan badannya. Nampaknya, mulai hari ini..terpaksalah dia tidur di atas sofa sahaja.

'haih, nasib kaulah Lisa...' monolog Melisa dan mengeluh perlahan.

***

"Awak, bangun." Melisa menolak sedikit bahu Aryan. Tetapi, Aryan masih lagi dibuai mimpi.

"Awak..bangulah.." Aryan menepis tangan Melisa yang menolak bahunya.

"Apa kau ni...kacau betullah." Aryan menarik lagi selimutnya sehingga menutup kepalanya. Melisa yang melihatnya sudah menggigit bibirnya.

"Mummy!" Panggil Aryssa yang sedang berada di pintu biliknya. Melisa memandang ke arah Aryssa dan mengukirkan senyumannya.

Tiba tiba idea jahatnya datang. Melisa sudah mengukirkan senyuman sinisnya. Kau tak nak bangun kan...

"Rys! Come here" panggil Melisa. Aryssa pun berlari anak ke arah Melisa. Melisa memegang kedua dua belah bahu Aryssa.

"Mummy nak Rys tunggu je dekat situ." Melisa menunjukkan ke arah hujung katil. Aryssa pun menganggukkan kepalanya dan pergi ke hujung katil.

Selepas sahaja melihat Aryssa sudah berada di hujung katil. Melina pun. Mengundur beberapa langkah ke belakang.

Satu...

Dua...

Tiga!!

Melisa berlari sebelum melompat ke arah Aryan.

"Arggh!" Terjerit Aryan. Terasa seperti pinggangnya patah.

Melisa terus bangun dan meletakkan Aryssa ke atas badan Aryan. Dia pula segera berlari masuk ke dalam bilik air.

Aryan mendengus geram dan melihat siapa yang berada di atas badannya.

"Daddy!" Aryssa tersenyum memandang Aryan. Terus tidak jadi dia untuk marah. Takkan nak marahkan Aryssa kot. Tetapi tadi dia rasa seperti sesuatu yang besar jatuh atasnya.

'arrgh! Biarlah' monolog Aryan.

Aryan membalas senyuman Aryssa dan menarik Aryssa ke atas dadanya.

"Good morning dear." Aryan mengucup lembut dahi Aryssa. Aryssa pula hanya tersenyum.

"Daddy, bangunlah..let's eat breakfast. Rys dah lapar dah ni.." kata Aryssa dalam nada budak budaknya dan membuat muka kesiannya.

Aryan mencubit pipi Aryssa.

"How cute!!"

Sementara itu, Melisa yang berada di dalam bilik air sudah tersenyum menahan ketawa.

"Padan muka kau! Sepatutnya biar je sampai pinggang kau patah." Kata Melisa dengan perlahan.

Seronok apabila dapat buat begitu pada Aryan. Geram betul dia dengan perangai Aryan.

***

Melisa hanya melihat Aryan yang sedang memakai tali leher di hadapan cermin.

Sedang matanya mundar-mandir di dalam bilik, dia pun ternampak satu tali leher yang menarik perhatiannya.

Melisa menghampiri Aryan.

"Awak, kenapa tak pakai tali leher ni? Its look better." Kata Melisa. Aryan menolehkan badannya dan memandang tali leher yang dipegang Melisa.

Aryan diam seketika.

"Entahlah. Aku simpan je benda tu." Kata Aryan dan kembali memandang ke cermin.

"Kenapa simpan? Pakailah yang ni" Rugilah dia beri kepada lelaki itu kalau lelaki itu tidak memakainya.

"Malaslah." Kata Aryan.

"Malas tak apa. Biar saya yang pakaikan." Tanpa menunggu maklum balas daripada Aryan, Melisa terus berdiri di hadapan Aryan.

Aryan hanya mendiamkan diri. Melisa menanggalkan tali leher yang dipakai Aryan tadi terlebih dahulu. Kemudian baru dia memakaikan tali leher yang dibelinya.

Tanpa Melisa sedar, Aryan sudah merenung ke arahnya. Dia tidak tahu mengapa jantung sudah berdegup dengan laju.

'remember Ryan, tu bukan Mel...depan kau ni, adik ipar kau Melisa.' monolog Aryan.

"Okay done!" Kata Melisa sebelum mengangkat kepalanya memandang Aryan.

Mereka memandang satu sama lain. Terpaku masing-masing dan tidak sedar bahawa ada sepasang mata yang elok memerhatikan mereka.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now