chapter 33

526 47 0
                                    

Melina yang sedang membuat kerjanya terus memandang ke arah pintu. Aryan menjengulkan mukanya.

"Yang kau terjengul dekat situ kenapa?" Tegur Melina apabila melihat Aryan sudah seperti budak budak.

Aryan mengukirkan senyumannya dan masuk ke dalam pejabat Melina.

" Awalnya kau datang??" Tanya Melina. Tengah hari tadi Aryan kata mahu balik ke rumah bersama samanya. Tak tahu pula Aryan ingin mengambilnya awal.

"Saja je." Kata Aryan sambil menghampiri belakang Melina lalu melingkarkan tangannya di bahu Melina. Melina hanya membiarkannya.

Dia akui yang dia sudah boleh menerima Aryan. Tetapi masih di dalam proses.

" Aku nak kunci kereta kau." Kata Aryan sambil dagunya diletakkan di atas bahu Melina.

"Nak buat apa?" Tanya Melina.

"Aku nak beli something untuk kau." Melina pun memandang Aryan.

"Something for me?" Tanya Melina. Pelik. Aryan pula menganggukkan kepalanya.

"Lepas tu, kenapa tak pakai kereta kau je?" Pelik Melina apabila Aryan boleh sahaja menggunakan keretanya sendiri.

Aryan hanya mendiamkan diri dan riak wajahnya seperti merisaukan sesuatu. Melina perasan dengan riak wajah Aryan. Terus dia memusingkan kerusinya dan memandang Aryan.

Dia mendongakkan wajahnya untuk melihat wajah Aryan.

"Kenapa ni??" Tanya Melina sambil meramas lembut tangan Aryan.

"Aku tak tahulah...aku tak sedap hati." Mengaku Aryan.

"Tak ada apa apa kot. Kau fikir banyak sangat ni." Kata Melina.

"Hmmm, tapi bolehlah aku pakai kereta kau" Aryan masih lagi mahu menggunakan kereta Melina.

Melina hanya memandang Aryan. Aryan pula sudah mula membuat muka comelnya. Akhirnya, Melina mengeluh.

"Yelah." Kata Melina lalu menghulurkan kunci keretanya kepada Aryan.

Aryan sudah mengukirkan senyumannya dan terus mengucup kedua dua belah pipi Melina.

"Thank you Mel!!" Kata Aryan. Melina hanya mengukirkan senyuman.

"Bye! Aku pergi dulu. Love you!" Terus Aryan keluar daripada pejabat Melina.

"Love you too." Kata Melina dengan perlahan sambil mengukirkan senyumannya. Macam budak budak.

Melina baru sahaja mengemas meja kerjanya.

Ring!! Telefon Melina berbunyi menandakan ada panggilan masuk.

"Hello?" Tanya Melina.

"Mel! Aryan accident!" Kata Alia. Melina terus mendiamkan diri. Jantungnya hampir luruh apabila mendengar berita tersebut. Matanya pula sudah bergenang air mata.

"Mel? Kau dengar tak ni?" Tanya Alia apabila Melina hanya senyap.

"Haa?? Ye ye aku dengar. Dia dekat mana sekarang?" Tanya Melina sambil melangkah laju ke keretanya.

" Aku share location dekat kau." Kata Alia. Selepas itu, panggilan terus dimatikan. Melina sudah membawa keretanya dengan laju.

Fikirannya hanya penuh dengan Aryan. Air matanya sudah menitis.
' ya allah, selamatkanlah Aryan.' monolog Melina. Melina menggenggam stereng keretanya dengan kuat.

Dia teringat kembali gelak tawa Aryan, pergaduhan mereka, hari pertama dia berjumpa dengan Aryan. Baginya, masa berlalu sangat pantas.

"Mel!!" Jerit Alia apabila nampak Melina sudah berlari ke arahnya. Mata Melina sudah penuh dengan air mata.

"Ryan mana Alia?" Tanya Melina sebaik sahaja dia bertemu dengan Alia. Dia sudah tidak sabar ingin melihat keadaan Aryan. Semoga tidak teruk.

"Dekat dalam bilik ni." Kata Alia.

"And.." Alia tidak sempat menghabiskan ayatnya terus sahaja Melina memotong.

"Kenapa Alia?" Tanya Melina. Jantungnya sudah berdegup dengan laju.

"Aryan, he is okay but..." Pada mulanya Melina lega sedikit apabila mendengar Aryan okay tetapi apabila Alia sebut 'but' Melina terus risau.

Tanpa menunggu Alia menyambung ayatnya, terus sahaja Melina masuk ke dalam bilik tersebut.

Aryan terus terkejut apabila melihat Melina seperti tidak tentu arah. Rambut yang sudah serabai dan mukanya dipenuhi dengan air mata.

"Hey, kenapa ni?" Tanya Aryan dengan lembut. Melina pula terus sahaja berlari ke arah Aryan dan terus memeluk tubuh Aryan.

Aryan membalas pelukan Melina. Dia dapat mendengar tangisan Melina . Di usapnya rambut Melina dengan lembut.

"Dah dah. Aku okaylah." Kata Aryan. Dia cuba untuk menenangkan Melina.

Aryan meleraikan pelukannya.

"Ni tengok ni. Aku okaylah." Kata Aryan sambil menunjukkan bahawa dia okay sahaja. Melina terus menepuk kuat peha Aryan.

"Apa okay nya?? Ni, apa benda ni??" Marah Melina sambil menunjukkan ke arah kaki Aryan yang sudah bersimen itu. Aryan mengukirkan senyuman sengetnya dan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Hehehe..tak ada papelah."

"Hish!" Melina memeluk tubuhnya dan memandang Aryan dengan tajam.

"Dah, dah. Buruklah muka kau kalau menangis." Terus Aryan membawa Melina ke pelukannya. Melina pun membalas pelukan itu.

"Dont make me worry again." Kata Melina.

"Ye, im so sorry. " Kata Aryan sambil mengusap lembut rambut Melina. Melina pula mengucap syukur di dalam hatinya. Sungguh berita tadi membuatkan dia sangat takut kehilangan Aryan.

BERSAMBUNG


From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now