chapter 16

626 54 0
                                    

Selepas sah je Melina menjadi isteri kepada Aryan, terus dia pulang ke rumahnya sendiri.

"Kamu ikut dia Ryan." Kata Tengku Aryan.

Aryan hanya mengangguk dan terus mengikuti Melina.

Suasana di dalam kereta menjadi senyap. Hanya kedengaran bunyi radio sahaja.

Aryan memandang Melina yang sedang termenung ke luar tingkap.

'aduh..aku nak buat macam mana ni? Macam mana nak pujuk dia?' Aryan menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Dia tidak tahu nak buat apa.

Melina terus masuk ke dalam rumahnya tanpa mempedulikan Aryan. Aryan menutup pintu dan hanya mampu memandang Melina yang sudah melangkah pergi ke dalam bilik.

Aryan pun mengangkat barang barangnya dan dibawa masuk ke dalam bilik Melina.

Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Melina pula sedang membersihkan diri di dalam bilik air.

"Tak boleh kalau macam ni je. Takkan lah nak kene diam je." Kata Aryan.
Dia perlukan rancangan untuk bercakap dengan Melina.

Melina keluar daripada bilik air sambil mengeringkan rambutnya dan terus keluar daripada bilik tanpa menoleh ke arah Aryan yang sedang memandangnya.

"Dia keluar macam tu je?" Kata Aryan perlahan dan turut mengikuti langkah Melina.

Kemana Melina pergi, Aryan pun ikut sekali.

Melina sedar yang Aryan mengikutnya tapi malas nak layan. Dia cuba untuk menenangkan hatinya.

Melina mengambil tempat di atas sofa dan membuka televisyen.

Aryan pula melabuhkan punggungnya di sebelah Melina. Dia tongkatkan dagunya dengan tangannya dan merenung wajah Melina lama.

Saja je dia nak buat begitu untuk mendapatkan attention Melina.

Melina yang sedang menonton televisyen mengeluh dan terus memandang ke arah Aryan.

"Kau nak apa?" Tanya Melina dengan wajah yang tenang.

"Yes!! Finally. Saja je, daripada tadi kau diam. Sampaikan aku yang daripada awal ikut kau, duduk sebelah kau pun kau buat macam aku tak wujud." Bebel Aryan.

"Sebab aku malas." Kata Melina dan matanya kembali menonton televisyen.

"Ala kau ni. Layan lah aku.." kata Aryan dengan manja dan meletakkan kepalanya ke bahu Melina.

Melina terus menjauhkan bahunya daripada kepala Aryan. Akibat tindakannya itu, kepala Aryan terus terjatuh ke atas riba Melina.

Melina terdiam. Aryan pula terkejut.
Tak sangka perkara seperti itu boleh berlaku.

Aryan tidak mengangkat kepalanya semula. Dia hanya membiarkan kepalanya di atas riba Melina.

Melina pula memandang wajah Aryan dengan tajam.

"Sampai bila kau nak baring dekat atas riba aku ni?" Tanya Melina.

"Sampailah kau dah okay." Kata Aryan dengan selamba. Tangannya berpeluk tubuh.

"Aku memang dah okaylah." Kata Melina

"Kalau dah okay, jom bercakap pasal kita." Cadang Aryan.

"Pasal kita??" Tanya Melina sambil memandang Aryan yang berada di atas ribanya.

"Yelah, kita kan dah kahwin. So...macam mana?" Kata Aryan.

"Ooo..ala macam biasa jelah. Kau nak macam mana lagi. Cuma aku ada satu syarat" kata Melina.

"Apa syaratnya?"

"Syaratnya, aku tak nak terlibat dengan masalah girlfriend girlfriend kau." Kata Melina.

"Okay. Dont worrylah. Lagipun aku kan dah ada kau, buat apa nak dekat yang lain" dengan selamba dia memeluk pinggang Melina dan menyandarkan kepalanya ke perut Melina.

Melina terkejut dan wajahnya sudah naik merah.

Aryan yang sedar bahawa Melina hanya mendiamkan diri terus dia memandang wajah Melina yang sedang menonton televisyen.

"Mel, are you okay?" Tanya Aryan apabila melihat Melina yang sudah seperti patung.

"Mel?" Panggil Aryan lagi sekali. Dia juga melambaikan tangannya di hadapan wajah Melina.

Setelah melihat Melina masih lagi tidak memberi respon, terus Aryan menyentuh pipi Melina.

Melina tersentak lagi sekali dan terus tersedar.

"Haa?" Melina menundukkan wajahnya untuk memandang Aryan yang masih lagi di atas ribanya.

"Are you okay?" Tanya Aryan.

"Okay okay. Aku okay je" kata Melina sambil cuba untuk menenangkan dirinya.

Melina mengalihkan tangan Aryan yang berada di pipinya.

" Wait aku ada satu lagi syarat" kata Melina.

Aryan hanya menunggu apa syarat yang mahu diberitahu Melina.

" Jangan pegang aku sesuka hati kau and no kissing. Lantaklah dekat mana mana pun tapi kau jangan buat dua perkara ni." Kata Melina.

"Seriously? Tak boleh ke kau tarik balik syarat tu? No kissing?" Kata Aryan dengan buat muka kesiannya.

"Eeiii, gatalnya kau!!" Kata Melina dan terus mengangkat kepala Aryan.

"Dah, dah. Aku nak tidur." Kata Melina dan terus melangkah pergi ke biliknya.

Aryan tersenyum dan terus mengikuti langkah Melina.

Melina meletakkan satu bantal panjang di tengah tengah katil.

"Belah sana kau punya, belah sini aku punya. So pastikan kau tak lepasi bantal ni" Melina memberi amaran sebelum melabuhkan badannya ke atas katil.

Aryan hanya tersenyum dan terus melabuhkan badannya ke atas katil.

"Tu pun nak berkira..." Bebel Aryan perlahan. Ingatkan Melina tidak mendengar apa yang di katakannya tetapi..

"Aku dengarlah.." kata Melina.

Aryan terus menutup mulutnya.

"Opps, sorry." Kata Aryan.

Selepas itu, masing masing melelapkan mata dengan senyuman di bibir.

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now