chapter 32

560 48 0
                                    

Melina membuka matanya perlahan lahan. Dia menggeliat sedikit. Dia mengerutkan dahinya apabila ada sesuatu di pinggangnya yang menyebabkan dia tidak dapat menggeliat dengan puas.

Melina melihat benda apa yang berada dipinggannya. Terkejut Melina apabila tangan Aryan yang berada di pinggangnya sekarang ini.

Buk!! Melina terus menolak tubuh Aryan sehinggakan Aryan jatuh ke atas lantai.

"Aduh!!" Adu Aryan. Aryan menggosok pinggangnya. Melina terus melihat Aryan daripada atas katil tersebut.

"Aduh!!" Masing masing mengadu sakit. Mana tak nya. Berlaga kepala.

"Mel!!" Marah Aryan sambil menggosok pinggan dan dahinya yang sedang sakit. Melina turut menggosok kepalanya.

"Kenapa tolak aku?? Pastu langgar pula dengan kau." Aryan memandang Melina dengan tajam.

"Ala , sorrylah. Kau pun tiba tiba tidur sebelah aku. Mana taknya, memang terkejutlah aku." Kata Melina.

"Hemm!! Yelah tu. Lagi pun apa salahnya aku tidur sebelah kau. Bawah tu sejuklah. Kau tak kesian ke dekat suami kau ni. Dahlah lonely." Bebel Aryan.

"Lagi satu, tak baik tau halau suami macam tu. Berdosa. Tu yang Allah balas tu. Padan muka kena hantuk" sambung Aryan.

Melina mengeluh.
"Yelah, kau je yang betul. Meh sini aku tengok." Kata Melina sambil menghampiri Aryan yang sedang berdiri.

"Cian dia ye. Dahlah girlfriend dah tak ada. Kena pula bini halau. Ish ish ish...kesian." kata Melina sambil menggeleng kan kepalanya.

Aryan sudah memandang Melina dengan tajam.
"Ni nak ubatkan aku ke perli aku ni?" Tanya Aryan.

"Ubatkan kaulah." Kata Melina sebelum mengucup lembut dahi Aryan. Selepas kucupan diberi, terus dia meniup kawasan itu.

Aryan mengukirkan senyuman apabila Melina melayannya seperti itu. Bukan selalu dapat. Kalau macam ni, hari hari terhantuk pun tak apa.

"Ryan?? Kenapa tersengih sengih ni?" Tanya Melina apabila Aryan sudah tersengih seperti orang tidak betul.

"Haa? Nothing" balas Aryan dengan ringkas sebelum mengucup lembut dahi Melina pula. Melina turut mengukirkan senyumannya.

"Dah. Aku dah bagi ubat dah." Melina mengusap lembut dahi Aryan.

"Thank you." Kata Aryan sebelum memeluk tubuh Melina. Pada mulanya Melina terkejut dengan pelukan Aryan. Makin lama, Melina terus membalas pelukan Aryan.

'its so warm' monolog Melina.

****

Tok tok!

"Masuk." Pelawa Melina. Rifqi memasuki bilik tersebut lalu melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Melina.

"So, apa benda yang kau nak bincang dengan aku ni?" Tanya Melina sambil berpeluk tubuh.

"Err..aku nak minta pertolongan kau sebenarnya." kata Rifqi.

"Tolong apa?" Melina hanya menunggu apakah pertolongan yang Rifqi mahukan.

"well, aku nak melamar Alia so..." belum sempat Rifqi menghabiskan ayatnya, terus saja Melina memotong.

"Wahh!!! Finally!!" sorak Melina dengan kuat. Rifqi pula terkejut dengan jeritan gembira Melina itu. Nak tercabut jantung aku.

"Mel!! syhhh.." panggil Rifqi dan menyuruh Melina perlahan kan suaranya. Tak jadilah surprise kalau kantoi.

"Opps. Sorry." Melina menutup mulutnya.

"So, apa rancangan kau??" tanya Melina dengan berbisik sambil memdekatkam wajahnya ke wajah Rifqi. Selepas beberapa minit Rifqi memberitahu Melina tentang rancangannya untuk melamar Alia, Melina sudah mula teruja.

"Wow!! How romantic." puji Melina sambil bibirnya masih lagi mengukirkan senyuman terujanya.

"Malam ni kan?" tanya Melina untuk mendapatkan kepastian. Rifqi menganggukkan kepalanya.

'Alia mesti suka.' monolog Melina.

"Aduh!! Bosannya tak ada diaorang. Kenapalah sekarang baru nak busy? Tak ada hari lain ke?" bebel Alia. Mana taknya, janji nak tengok movie sama sama dekat rumah Melina. Last last, Melina dengan dia sahaja yang ada. Aryan dengan Rifqi katanya busy.

Sedang Alia dan Melina menonton filem mereka, tiba tiba sahaja televisyen itu gelap seperti telah dicabut suis. Alia memandang Melina yang berada disebelahnya. Melina nampak seperti biasa. Alia mengerutkan dahinya. Pelik.

Tidak lama kemudian, televisyen itu menyala semula tetapi bukan filem tadi yang terpapar malah satu video yang terpapar di televisyen. Video itu merupakan satu video yang dipenuhi tentang Alia. Alia mengukirkan senyumannya. Melina yang berada disebelah turut mengukirkan senyuman sebelum dia bangun perlahan lahan dan berdiri dibelakang sofa.

Alia begitu terkejut apabila tiba tiba sahaja Rifqi berada dihadapannya. Rifqi mengukirkan senyuman sebelum melutu di hadapan Alia. Alia pula sudah menekup mulutnya.

"Alia, will you marry me??" tanya Rifqi sambil menghulurkan sebentuk cincin. Jantung Rifqi sudah berdegup kencang. Alia terus menganggukkan kepalanya berkali kali. Gila kau tak nak.

" Yes!!" selesai sahaja Alia memberi kata putus, terus Melina dan Aryan yang berada dibelakangnya bersorak dan menepuk tangan. Alia sudah mula malu. Melina hanya tersenyum melihat pasangan itu.

Melina tersentak apabila Aryan tiba tiba saja memeluk bahunya. Aryan mendekatkan wajahnya ke telinga Melina.

" kau nak aku melamar macam ni juga ke?" bisik Aryan sambil mengukirkan senyuman nakalnya.

"Ish kau ni. Tak nak lah." kata Melina sambil berpeluk tubuh. Matanya masih lagi tertumpu ke arah Alia dan Rifqi yang sedang gelak ketawa.

"yeke?" saja Aryan mahu menyakat Melina. Melina terus memberikan pandangan mautnya.

" Aku dah cakapkan. So, fullstop." kata Melina.

" What ever!" Aryan terus mengucup lembut pipi Melina.

" walau apa pun, you are mine." kata Aryan sambil tersenyum. Melina turut mengukirkan senyumannya.

" ish! comel!" kata Aryan sambil mengucup pipi Melina berkali kali. Melina terus memarahi Aryan. Dah lah depan Alia dan Rifqi, malulah. Alia dan Rifqi yang melihat situasi itu, terus mengeluarkan tawa mereka.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now