chapter 12

684 59 0
                                    

Melina tersenyum apabila mengingatkan peristiwa itu.

"Ehh, kau ni dah kenapa?" tanya Alia. Pelik apabila melihat Melina tiba tiba sahaja tersenyum sorang sorang.

"Tak ada apa apa" balas Melina.

"Wey Mel. Aku nak tanya ni." kata Alia.

"Tanya apa?"

"Kau memang tak nak kahwin ke?"

"Kau kenapa tanya soalan macam ni?" Melina sudah berkerut dahi.

"Tak adalah. Semua orang kau tolak. Tak ada crush pulak tu." kata Alia

"Ke...kau sukakan Ryan??" Sambung Alia.

Pakk!! Dijentiknya dahi Alia.

"Aduhh.." Alia menggosok dahinya.

"Kan dah kena. Tulah mengarut lagi" kata Melina kepada Alia.

"Ala, aku main main je. Lagipun apa salahnya kalau kau kahwin dengan Ryan. Sama sama cantik, sama sama padan" kata Alia.

"Ish, dahlah kau ni. Malas aku nak jawab. Nah ambil kau punya maggi ni" kata Melina dan terus menghulurkan semangkuk maggi kepada Alia.

"Yelah yelah" Alia menyambut huluran tersebut.

"Thanks Mel" kata Alia sebelum kembali semula ke ruang tamu.

Melina pula kembali semula ke bilik kerjanya bersama sama dengan semangkuk maggi.

"Hmm..sedapnya bau" kata Aryan sebaik sahaja Melina masuk ke dalam bilik tersebut.

"Nah, makan kau punya maggi tu. Jangan kacau aku" Melina terus meletakkan mangkuk tersebut di atas meja.

"Baik boss!" jawan Aryan.

Selesai mengisi perutnya, Aryan terus bermain dengan telefonnya. Dia sudah muka berasa bosan.

Aryan terus meletakkan telefonnya ke atas meja dan merenung Melina yang sedang melakukan kerjanya.

'Seriousnya dia buat kerja. Macam aku tak wujud dekat dalam bilik ni. Tapi, cantik' puji Aryan dan terus mengukirkan senyumannya.

Aryan masih lagi merenung Melina membuat kerja. Sampailah...

Melina perasan yang Aryan merenungnya daripada tadi.
'ish mamat nilah..kacau betullah'

Melina terus membalas pandangan Aryan.

Mereka memandang satu sama lain..agak lama. Akhirnya Aryan melarikan pandangannya.

"Kau ni kenapa? Pandang aku macam tu. Tak ada kerja lain dah?" tanya Melina.

"Haah, memang aku tak ada kerja. Kau tu pula daripada tadi kerja je yang kau buat. Macam aku tak wujud dekat dalam bilik ni" kata Aryan sambil buat pura-pura merajuk.

'ehh, mamat ni. Merajuk ke? Kau ingat kau merajuk macam tu aku nak pujuk? Never!'

Melina kembali melakukan kerjanya. Malas nak layan Aryan.

"Wey, pujuklah aku. Sepatutnya kau pujuk aku sekarang ni. Bukannya buat muka sombong kau tu lepas tu sambung balik kerja kau. Patutlah single." kata Aryan sebelum bangun dan kehulur hilir di dalam bilik itu.

"Sebab tulah aku tak nak kahwin. Nak kena pujuklah apa lah. Malas aku nak buat bende tu" kata Melina.

Aryan hanya menggeleng apabila dengar apa yang dikatakan oleh Melina.

"Kau tu, asal tak kahwin lagi? Girlfriend dah banyak tapi satu pun tak kahwin." tanya Melina kepada Aryan.

"Sebab.." Aryan menghampiri meja Melina.

"Sebab?" Melina terus menghentikan kerjanya dan terus memandang Aryan.

"Sebab...aku nak kahwin dengan kau" kat Aryan dan mendekatkan wajahnya.

"Apa?? Kau ulang balik apa yang kau cakap tadi." kata Melina dan menyuruh Aryan mendekatkan lagi wajahnya

"Sebab aku nak..." Belum sempat Aryan menghabiskan ayatnya, terus sahaja kepalanya ditolak kasar oleh Melina.

"Woi, sakitlah" mengadu Aryan.

"Padan muka. Siapa suruh main main lagi" kata Melina.

"Ala..apa salahnya kalau aku kahwin dengan kau. Boleh kan??" kata Aryan.

"Masalahnya, aku tak nak kahwin...tapi kau seriouslah nak kahwin dengan aku?" Tanya Melina.

Aryan dan Melina memandang satu sama lain.

'aku memang nak kahwin dengan dia ke? Tak tak'

"Taklah. Aku main main je. Kau tu yang serious sangat " kata Aryan

"Alhamdulillah..kush semangat" Melina menggosok dadanya tanda dia lega.

"Kemain lega kau bila aku cakap aku tak nak kahwin dengan kau. Teruk sangat ke aku ni??" tanya Aryan sambil berpeluk tubuh.

"Teruk juga lah" kata Melina.

Aryan terus menjeling Melina.
"Eleh..cakap orang dia pun sama" kata Aryan dalam nada yang perlahan.

"Aku dengar" kata Melina.

Aryan mendegus.
"Aku balik dululah. Duduk lama lama pun bukan kau nak layan"

"Hmm, pergilah."

Aryan terus menjeling Melina sebelum melangkah keluar.

Melina menggelengkan kepalanya dan terus tersenyum.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now