chapter 13

649 61 0
                                    

Melina dan kawan kawannya bertemu untuk lunch.

"Mel, next week birthday kau kan? Kali ni kau sambut dekat mana?" Tanya Alia sambil mengunyah makanannya.

"Yelah..birthday kau." Kata Aryan.

"Entahlah, aku pun tak tahu lagi nak buat dekat mana." Kata Melina kepada kawan kawannya.

"Buatlah dekat hotel kau." Cadang Alia.

"Haahkan okay jugak" Melina mengangguk setuju.

Sedang mereka berempat bergelak tawa, ada seseorang yang menghampiri meja makan mereka.

Melina terus berhenti mengunyah makanannya apabila dia dapat rasa satu cecair yang tumpah ke atas kepalanya.

"What are you doing??" Jerit Alia kepada Damia yang sedang menuangkan minuman manis ke atas kepala Melina.

Alia terus bangun dan mengambil tisu lalu diberikan kepada Melina.

Aryan dan Rifqi masing masing terkejut. Pelanggan yang berada di restoran itu juga turut terkejut.

"Opps, sorry. Tangan aku tergelincir tadi" kata Damia sambil pura pura terkejut.

Selepas itu, Damia terus memandang Melina dengan wajah yang serious.

"Ehh, perempuan. Disebabkan kau, aku tak dapat nak keluar rumah and daddy didn't give money to me!" Marah Damia sambil menunjal nunjal kepala Melina.

"Di sebabkan kaulah, aku kene mereput dekat dalam rumah." Sambung Damia.

Melina sudah hilang sabar. Dia bangun dan terus menghampiri Damia.

"Tangan yang mana tergelincir tadi?? Yang ni ke?" Tanya Melina dan tanpa menunggu lama, dia terus mengenggam kuat tangan Damia sehingga kan Damia mengadu sakit.

Melina sudah tidak peduli dengan pandangan orang lain.

"Opps, sorry. Aku sengaja" Melina sengaja meniru balik cara Damia bercakap tadi. Dia terus menolak Damia sehingga jatuh ke atas lantai.

"Kau cari pasal dengan orang yang salah" kata Melina sebelum beredar daripada situ.

' tak pasal pasal aku nak kena tukar baju' Melina mendengus kuat.

"Melina!!" Jerit Damia sambil memegang tangannya yang baru sahaja digenggam kuat oleh Melina.

'kau tunggu. Aku akan balas balik apa yang kau dah buat'. Damia mendengus dan terus keluar daripada restoran itu.

Selesai menukar baju, Melina kembali semula ke syarikatnya. Dia melabuhkan punggungnya ke atas kerusi dan mengeluh.

Tok tok! Pintunya di ketuk daripada luar.

"Masuk!"

Muncul lah wajah Rifqi di pintu biliknya.

"Ooo, kau Rifqi. Take a seat" kata Melina.

Rifqi pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang berada di hadapan meja Melina.

"Hmmm, nak apa?" Tanya Melina sambil berpeluk tubuh.

"A...aku.." Rifqi tidak menyambung ayatnya. Jantungnya sudah berdebar.

"Kau apa?" Tanya Melina.

'sejak bila pula dia ni gagap? Dia memang gagap ke? Ehh tak, sebelum ni okay je cakap dengan aku.'

"Err, aku nak ajak kau keluar lepas majlis birthday kau selesai. Boleh tak?" Tanya Rifqi. Dia takut untuk memberitahu Melina.

Melina merenung ke dalam anak mata Rifqi sekejap..

Rifqi menelan air liurnya dan melarikan pandangan.
' kenapa dia tengok aku macam tu?' tanya Rifqi dalam hati.

"Okay." Ringkas sahaja Melina menjawabnya.

"Really?? Yes!!" Sorak Rifqi.

" Yang kau gembira sangat ni kenapa?" Tanya Melina.

Rifqi tersenyum malu.
" Tak ada apa apalah. Okaylah aku pergi dulu." Kata Rifqi dan terus bangun.

Melina mengangguk dan melihat Rifqi keluar daripada biliknya.

'what's wrong with him?? Seronok sangat tu'. Melina terus mengukirkan senyuman.

Senyuman Melina terus mati apabila melihat ada seorang perempuan yang masuk ke dalam biliknya secara tiba tiba.

Tanpa salam, tanpa ketuk macam tu je dia masuk.

Melina terus meletakkan dokumen yang dipegangnya ke atas meja.

Perempuan itu tersenyum kepada Melina dan Melina membalas senyuman tersebut.

"So, kenapa kau datang sini?" Tanya Melina.

"Saja nak jenguk kau. Mana tahu kau dalam keadaan bahaya ke." Balas perempuan itu.

"Aku tahu jaga diri aku sendiri" kata Melina

"I know that but...kau tahu kan ada orang yang tak sukakan kau. Diaorang boleh buat apa apa je yang diaorang nak asalkan kau pergi daripada dunia ni" kata perempuan.

"You are my big sister. I know that" sambung perempuan itu.

Melina hanya mengeluh perlahan dan memandang perempuan itu yang berada di hadapannya.

Melina dapat melihat riak risau di wajah perempuan itu.

"Dont worry about me okay?" Kata Melina sambil tersenyum.

Perempuan itu hanya mengangguk.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now