chapter 47

510 39 0
                                    

"Arghh!" masing masing menjerit kesakitan.

"Okay okay. Kita kira sampai tiga lepas tu masing masing lepas." cadang Melina. Aryan mengangguk setuju dengan cadangan Melina.

"satu...dua...tiga!"

"Aarrgh!!" masing masing menjerit lagi.

"Asal kau tak lepas?" tanya Aryan.

"Sebab aku tak percayakan kau. Kau nanti mesti tak lepaskan rambut aku" kata Melina. Betul juga kata Melina.

"Okay lagi sekali." cadang Aryan.

"satu...dua...tiga!"

"Arghh!!" kali ini, hanya Aryan sahaja yang menjerit kesakitan. Melina masih lagi menarik rambut Aryan.

"Mel..sakitlah!!" Melina pun melepaskan pegangannya daripada rambut Melina. Melina sudah tersenyum puas.

"Padan muka" kata Melina sambil menjelirkan lidahnya. Dia pun berlalu pergi meninggalkan Aryan yang sudah menahan geram.

Daripada selesai membersihkan diri tadi sehinggalah sekarang, Aryan hanya menjeling ke arah Melina. Nampak je, mesti Melina dijelingnya. Medina mencebik.

"Tunggulah kau...jelinglah aku puas puas. Nanti aku juga yang kau cari." kata Melina dengan perlahan.

Aryan pergi ke bilik kerjanya. Terus dia teringat akan hadiah yang diberikan oleh Melina tadi. Aryan mengambil kotak yang berbentuk segi empat tepat tersebut dan membukanya.

Aryan tersenyum melihat tali leher berwarna kelabu yang mempunyai sedikit corak. Dia membelek belek tali lehernya. Barulah dia perasan terdapat sulaman di belakang tali lehernya itu.

'from M to A' Aryan tersenyum. Dia melihat balik kotak hadiah tadi. Dia mengangkat satu benda yang bersaiz agak kecil itu.

"macam pregnancy test." kata Aryan dengan perlahan. Dia berkerut melihat benda itu. Tiba tiba dia tersedar.

"pregnancy test!! pregnant!!" jerit Aryan daripada dalam bilik kerjanya. Melina yang berada di ruang tamu sudah mengukirkan senyumannya. Aryan terus berlari mencari Melina.

"Mel! Melina!" panggil Aryan. Melina sengaja tidak mahu menyahut panggilan itu. Melihat saja Melina yang sedang menonton televisyen terus sahaja Aryan berlari ke arah Melina. Dia berhenti betul betul dihadapan Melina.

"Ish Ryan...sanalah sikit" kata Melina. Sengaja dia mahu melayan Aryan seperti itu.

"ni..ni. Benda ni. Betul ke?" tanya Aryan. Melina memandang Aryan dengan wajah yang berkerut. Aryan pula sudah teruja. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya.

"Benda apanya? Meh sini aku tengok" Melina terus mengambil pregnancy test itu daripada tangan Aryan.

"mana kau dapat ni??" Tanya Melina. Mukanya sengaja di seriouskan.

"dalam hadiah kau lah." jawab Aryan.

"bukan aku punyalah. Masa bila pula aku pakai benda ni?" kata Melina dan menghulurkan benda itu kepada Aryan. Aryan mengambil benda itu dan memandangnya sayu. Hilang terus rasa terujanya tadi. Melina pula sudah menahan tawanya apabila melihat reaksi Aryan.

"Habis tu? Siapa punya?" tanya Aryan sambil memandang pregnancy test itu.

"Alia lah kot. Dia sengaja nak kena kan kau." Aryan menganggukkan kepalanya. Tiba tiba, dia berhenti menganggukkan kepalanya.

'Alia? Anak dengan siapa' fikir Aryan. Dia memandang wajah Melina. Akhirnya, terkeluar juga tawa Melina. Dia sudah tidak tahu melihat reaksi Aryan.

"Mel! Betul betullah." kata Aryan. Melina menganggukkan kepalanya.

"kau pregnant??" tanya Aryan. Melina pun menganggukkan kepalanya. Senyuman terus terukir di bibir Aryan dan dia terus memeluk tubuh Melina.

"thank you Mel!" Melina membalas pelukan Aryan.

"aku akan jadi ayah!" Sorak Aryan dengan gembira.

Cepat sahaja berita bahawa dia mengandung diketahui oleh Alia.

"Mel!" jerit Alia. Melina menjauhkan telefonnya daripada telinga.

"Woi! Pekaklah telinga aku." tegur Melina. Alia hanya mengeluarkan tawanya.

"Congratelah Mel!! Yu huu!! Aku dapat anak buah!" betapa gembiranya Alia. Melina mengukirkan senyuman. Siapa sangka dia telah berbadan dua. Melina mengusap lembut perutnya yang masih kempis.

"Mummy akan jaga kamu." kata Melina sambil memandang perutnya yang kempis itu.

****

"Damia. Mummy nak tanya ni." kata Tengku Sofea kepada Damia yang sedang khusyuk bermain telefon.

"hmm, mummy nak tanya apa?"

"Kamu nak lepaskan Melina macam tu je ke?" tanya Tengku Sofea.

"Ishh mummy ni. Memang tak lah Damia nak lepaskan dia. Mummy dulu pun mana ada lepaskan mak dia kan. Damia nak dia dapat sama macam mak dia." jawab Damia. Tengku Sofea pun menganggukkan kepalanya.

"Dia memang patut dapat macam mak dia. Mak anak sama je. Sepatutnya waktu dia kecil lagi aku dah bunuh dia. Tak adalah dia masuk campur dalam hidup kita sekarang ni. Menyusahkan orang betul!" kata Tengku Sofea. Damia mengukirkan senyuman sinisnya.

"Tak apa mummy. This game will over." kata Damia sebelum menghirup air panasnya.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now