chapter 72

535 32 0
                                    

Aryan semakin pelik apabila Melina masih lagi belum pulang ke rumah. Dia ke hulur hilir diruang tamu.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Kebiasaannya Melina akan pulang ke rumah sebelum pukul 8 malam.

"Kamu ni dah kenapa, Ryan??" Tanya Tengku Halim. Kebetulan dia baru sahaja mahu ke dapur. Sekali sekala berjalan tak salahkan. Lagipun bosan asyik terbaring je atas katil.

"Eh, daddy. Ryan tunggu Mel. Dia tak balik lagi." Jawab Aryan.

"Laaa, Mel tak bagitahu kamu ke?"

Aryan mengerutkan dahinya.

"Dia ada dekat penthouse dia sekarang ni." Sambung Tengku Halim.

"Bertuah punya budak. Suami sendiri pun dia tak bagitahu." Kata Tengku Halim sambil menggelengkan kepala.

"Ryan pergi dulu lab daddy." Kata Aryan sebelum melangkah pergi.

"Elok elok bawa kereta tu." Pesan Tengku Halim.

"Okay daddy!"

****

Sudah 30 minit Melina berlatih 'ball dance'. Bukan senang ye. Lagi lagi bila tiada pasangan. Lagilah susah. Nak harapkan Ryan? Heh! Entah entah tak mula lagi dah jatuh.

Melina memberhentikan muzik dan mengambil tempat duduk. Dia mahu berehat sebentar. Lagi beberapa hari je dia akan pergi ke Italy semula.

Melina menyandarkan kepalanya di dinding dan memejamkan matanya.

"Can i have a dance??" Terbuka mata Melina.

Aryan mengukirkan senyumannya sambil tangannya masih setia dihulurkan kepada Melina.

Melina memandang huluran Aryan seketika sebelum memandang semula wajah Aryan.

"Are you serious?" Tanya Melina. Dia tidak berapa yakin dengan Aryan. Pandai ke dia??

Aryan menganggukkan kepalanya.

"Yes, my lady."

Melina tersenyum senget apabila Aryan memanggilnya my lady.

Akhirnya, Melina menyambut huluran tangan itu. Aryan menarik Melina ke dalam pelukannya. Tangan nya sudah berada di pinggang Melina manakala sebelah tangan lagi memegang tangan Melina dengan erat.

 Tangan nya sudah berada di pinggang Melina manakala sebelah tangan lagi memegang tangan Melina dengan erat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Contoh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Contoh

Mereka berdua seperti sudah berada didalam dunia mereka sendiri.

"Aku tak tahu pula kau pandai menari" kata Melina.

"Well, this is Ryan." Kata Aryan dengan berlagaknya.

Melina membuat muka 🙄.

"Let's see." Kata Melina sebelum dia melepaskan pegangannya dan mengundurkan langkahnya ke belakang sambil badannya berputar.

Aryan hanya menunggu.

Melina mengukirkan senyuman sinis sebelum melangkah ke arah Aryan dan memutarkan sedikit badannya beberapa kali dan seperti yang Melina mahukan...sebaik sahaja Melina sudah dekat dengannya terus pinggang Melina dipegangnya lalu di angkatnya tubuh Melina ke atas sambil berpusing dengan perlahan.

Masing masing mengukirkan senyuman. Aryan dengan perlahan lahan meletakkan Melina semula. Muzik pun tidak serancak tadi.

Muzik yang perlahan itu membuatkan Melina dan Aryan terbuai. Mereka masih lagi diposisi seperti tadi tetapi kali ini Aryan merapatkan lagi tubuh Melina dengan tubuhnya. Melina hanya membiarkannya sahaja.

Dahi mereka juga sudah bertemu. Melina boleh rasa nafas Aryan di mukanya. Aryan pun sama.

"Mel, aku nak minta maaf dekat kau. Will you forgive me?" tanya Aryan dan mengangkat kepalanya memandang Melina. Melina terdiam seketika.

Aryan setia menunggu.

Melina mengeluh.

"Okay, i forgive you."

"Yeay!" Terus tersenyum Aryan dibuatnya.

"But...never do that again."

"Okay, aku janji. Aku tak akan berkasar lagi dengan kau." Kata Aryan.

"Kalau macam tu, maksudnya aku bolehlah..." Aryan tidak menyambung ayatnya. Melina mengangkat keningnya.

Aryan sudah tersenyum nakal.

"I can kiss you." Selamba sahaja Aryan berkata.

"Nope. Still lagi tak boleh." Kata Melina. Muzik berhenti maka mereka pun berhenti menari.

Cupp! Spontan sahaja Aryan mengucup sekilas bibir Melina.

"I dont care!" Kata Aryan dan menjelirkan lidahnya.

"Ryan!" Terus Aryan berlari daripada ditangkap oleh singa kelaparan itu.

Tetapi biasalah...nasib malang pastikan berlaku.

Aryan melihat belakangnya yang di kejar oleh Melina. Sebaik sahaja dia memandang ke hadapan.

Buk!! Terus terbaring Aryan di atas lantai.

"HAHAHAHA!" terbahak bahak Melina ketawakan Aryan.

Merah dahi Aryan akibat dia terhantuk dengan pintu kaca lut sinar bilik studio itu.

"Hahahaa.." Melina masih lagi mengeluarkan tawanya. Dia terduduk di atas lantai akibat ketawa banyak sangat.

Aryan mengubah posisinya daripada baring menjadi duduk.

"Aduhh! Sakitnya!" Dia cuma memegang dahinya tetapi terlalu sakit.

"Itulah...buat jahat lagi. Kan dah kena. Meh sini aku tengok." Kata Melina dan menghampiri Aryan. Aryan membuat muka masamnya.

"Teruk juga benjol kau ni." Kata Melina.

Aryan terpana apabila bibir Melina elok sahaja mendarat di dahinya.

"Dah. Aku dah bagi ubat. Esok baiklah tu." Kata Melina sambil memandang Aryan.

"Kau sengajakan."

"What?" Tanya Melina. Dia tidak faham. Salah dia ke pintu tu dekat situ?

"Come here you!" Terus ditariknya tubuh Melina dan dengan pantasnya dia memaut bibir Melina.

Melina sedikit terkejut. Lama kelamaan, Melina semakin terbuai dengan urutan di bibirnya. Dengan perlahan lahan tubuhnya dibaringkan di atas lantai dan Aryan menindihnya.

Aryan meleraikan bibir Melina dan memandang tepat anak mata Melina.

"Thank you." Ucap Aryan.

"Sebab apa?" Tanya Melina.

"Sebab terima aku." Jawab Aryan sebelum kembali memaut bibir Melina. Kali ini, Melina hanya membiarkannya. Tangannya sudah naik melingkari leher Melina.

Selepas bibir Melina dikucupnya, leher Melina pula menjadi mangsanya.

Ring! Ring!

"Ryan, telefon." Tegur Melina.

Aryan bangun daripada menindih Melina dengan muka masamnya.

"Ish! Kacaulah! Baru je nak buat baby baru." Selamba sahaja Aryan kata begitu sambil berpeluk tubuh.

Melina terus menjeling Aryan.

"Apa?" Tanya Aryan dengan tanpa rasa bersalah.

Selepas itu, terus dia tersenyum. Baby baru?? Terus naik merah mukanya.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now