chapter 77

561 35 0
                                    

Melina terus melabuhkan badannya ke atas katil. Mulai hari ini, dia akan bermalam di hotel. Dengan siapa? Of courselah dengan Aryan.

FLASHBACK

Melina mengambil tempat duduk di sebelah Melisa.

"Lisa, aku nak cakap sikit ni."

"Hmm, apa dia?"

"First of all, aku nak minta maaf dengan kau."

"Ehh, kau ni kenapa tiba tiba je minta maaf ni. Jangan buat aku suspen Mel.." kata Melisa.

"Okay macam ni. Aryan ajak aku honeymoon dekat sini so.."

"Kau tak boleh nak spend time dengan aku?" Teka Melisa. Melina pun menganggukkan kepalanya.

"No problem lah sis. Aku boleh je spend time dengan orang lain." Kata Melisa.

"Betul ke ni?" Tanya Melina meminta kepastian.

"Ye..betul. Kau spend lah dengan suami kau tu. Aku faham."

"Thank you Lisa. Kalau ada apa apa, kau salahkan Ryan bukan aku." Pesan Melina.

Melisa mengeluarkan tawanya.

"Okay."

FLASHBACK END

Melina mengeluh. Tak dapatlah dia spend time dengan kembarnya. Semua salah Ryan.

"Kenapa mengeluh?" Tanya Aryan sambil menanggalkan vestnya.

"Sebab kaulah. Tak dapat aku nak spend time dengan Lisa." Jawab Melina dengan pandangan tajam diberikan kepada Aryan.

"Dont worrylah Mel. Aku akan pastikan spend time dengan aku lagi best. And satu lagi..." Aryan tidak menyambung ayatnya. Dia menghampiri Melina dengan badanya yang separuh bogel. Seluar sahaja yang masih elok di tubuhnya.

"Aku akan pastikan..sebelum kita balik Malaysia, Aryssa bakal dapat adik." Sambung Aryan dalam keadaan berbisik di telinga Melina.

Buk! Terus Melina memukul badan Aryan dengan bantal.

"Bermimpilah kau. Dah pergi mandi." Kata Melina sebelum berdiri.

Dia menolak badan Aryan ke dalam bilik air.

"Aku akan pastikan Mel.." kata Aryan sebelum pintu bilik air itu tertutup.

Melina menyandarkan badannya ke pintu tersebut. Tangannya sudah mengibas mukanya yang terasa sangat panas.

'uissh..apasal muka aku membahang ni! Am i blushing?' monolog Melina.

***

Melina merehatkan badannya di balkoni. Angin yang bertiup dengan lembut membuatkan dia berasa sangat nyaman.

Melina tersentak apabila pinggangnya tiba tiba sahaja dipeluk daripada belakang.

"Kau nilah terkejut aku." Kata Melina.

Aryan hanya mengukirkan sengihannya.

"Ala, sekali sekala."

"Wey, Mel. Aku nak tanya kau ni." Aryan meletakkan kepalanya di atas bahu Melina

"Hmm, tanya jelah."

"Macam mana kau jaga Rys?" Tanya Aryan. Melina mengerutkan dahinya. Pelik dengan soalan Aryan.

"Macam tu jelah. Kau nak macam mana lagi?" Jawab Melina.

"Taklah. Dah lah bila kau tengah sarat aku tak ada. Kau seorang je yang jaga Rys dari dia kecil. Aku rasa kecewa dengan diri aku sendiri." Kata Aryan.

Melina memusingkan badannya dan pipi Aryan dipegangnya.

"Kau tak perlu salahkan diri kau ataupun rasa kecewa Ryan. Aku sendiri yang ambil keputusan untuk sembunyi kan diri aku. That's not your fault. Ye aku mengaku memang susah untuk aku jaga Rys tapi...Lisa and Cesar ada je dengan aku." Kata Melina.

"Ryan, look at me." Aryan yang tadi menunduk terus memandang Melina.

"You know what...setiap kali aku give up, aku akan selalu teringat kau. Sebab aku rasa macam aku buat semua ni untuk kau and aku tak bersedia lagi untuk tinggalkan kau. Aryssa pun belum juga daddy dia sendiri. Takkanlah aku nak give up macam tu je?" Sambung Melina.

Aryan memegang kedua dua belah tangan Melina yang memegang pipinya.

"Janji dengan aku, Mel. Kau tak akan tinggalkan aku lagi." Kata Aryan.

Melina hanya mengukirkan senyuman.

"Okay kecuali...memang dah datang ajal aku, aku tak boleh nak buat apa apalah." Kata Melina.

"Kau tahu tak, bila tak ada kau aku jadi orang lain Mel. Aku pergi club...minum benda kotor tu banyak lagi lah."

"Siapa yang suruh kau buat macam tu?" Tanya Melina sambil mengangkat sebelah keningnya.

"Kau lah."

"Ehh, aku pula. Kau kata kau buat semua tu bila aku tak ada. Macam mana pula aku yang suruh kau buat?" Tanya Melina. Kali ini, kedua dua belah keningnya pula diangkat.

"Adalah...secret." jawab Aryan. Melina mencebik.

"Tapikan, aku tertanya lah juga bila kau mula sukakan aku?" Tanya Melina.

Aryan menggaru kepalanya.

"Err, sebenarnya...aku suka kau bila first time kita jumpa." Jawab Aryan. Dia melarikan matanya ke tempat lain. Malu pula bila dia suka Melina pada pandang pertama.

"First time? Maksudnya...kau dah lama suka aku?" Aryan hanya menganggukkan kepala. Melina tersenyum melihat wajah Aryan yang sudah merah.

"Sayang...you are blushing right now." Sakat Melina. Dia mengukirkan senyuman nakalnya. Aryan pula sudah menutup wajahnya. Boleh pula Melina memanggilnya sayang. Makin menjadi jadilah blushing dia.

"Kenapa tutup muka kau? Tak payahlah tutup!" Melina cuba untuk membuka tangan Aryan yang menutup wajahnya.

Lama jugalah Melina bergelut akhirnya Aryan membuka wajahnya dan tangannya segera menarik Melina ke dalam pelukannya.

"Wow...so cute!" Kata Melina apabila melihat wajah blushing Aryan.

"Tak acilah kalau aku seorang je yang kena. Kau pun mestilah kena juga." Kata Aryan sebelum tangannya naik memegang pipi Melina dan dia memaut lembut bibir Melina. Melina membalasnya. Tangannya melingkari leher Aryan.

Aryan meleraikan kucupannya.

"Jom!" Ajak Aryan. Melina mengerutkan dahinya.

"Jom pergi mana?"

"Jom bagi Rys adik." Kata Aryan dengan selamba.

"Nope!"

"Kenapa pula?" Tanya Aryan.

"Sebab...aku ABC." jawab Melina. Terus masam muka Aryan. Boleh pula Melina cuti.

"Monyoknya muka... Lain kalilah." Kata Melina.

"Yelah. Nasib baik aku sayang kau." Kata Aryan.

"Ooo, kalau tak sayang kau buat apa?"

"Kalau aku tak sayang...kau ABC pun aku boleh terkam kau." Jawab Aryan. Melina mengeluarkan tawanya.

"Nilah sebab aku sayang kau." Kata Melina sambil tangannya melingkari leher Aryan.

"Ye, aku tahu!" Kata Aryan sebelum mengucup lembut pipi Melisa. Melisa hanya tergelak kecil kerana geli.

Ring! Aryan berhenti daripada mengucup pipi Melina apabila telefon Melina berbunyi.

"Hello?"

"What!!"

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now