chapter 2

1.4K 108 1
                                    

Tiba-tiba, Melina terdengar ada seseorang yang masuk ke dalam rumahnya. Tanpa membuang masa, Melina terus pergi ke arah bunyi itu untuk mengetahui siapa yang memasuki rumahnya.

Dahlah ketuk pun tak.

1...

2...

3...

Melina terus menghalakan penumbuknya.

"Wo, wo. Mel!! Kau nak hidung aku patah ke??" kata Aryan sambil mengangkat tangannya seperti ditahan polis.

"La...kau ke Ryan. Yang kau masuk tak reti nak bagi salam kenapa? At least, ketuklah pintu tu. Nasib baiklah tak kene muka kau. Kalau kene tu, aku tak tahulah apa jadi. Dah lah muka kau tu aset penting." kata Melina kepada Aryan yang berada di hadapannya sekarang.

"Hmm. Yelah aku yang salah. Yang kau ni tak tidur lagi apasal?" tanya Aryan.

"Eh, eh kau ni. Yang datang rumah aku pagi-pagi apasal? Dahlah senyap senyap. Kau sorang je ke? Gila ke datang sorang-sorang waktu pagi pagi macam ni. Karang kena tangkap basah macam mana? Kalau kene kahwin tak pelah jugak tapi masalahnya kahwin dengan kau. Tak nak aku." bebel Melina dengan riak mukanya sengaja dibuat buat geli.

"Ehh kau... Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau. Memang tak lah. Alia dengan Rifqi ada sekalilah. Kitaorang nak bermalam dekat sini hari ini. Boleh kan?" tanya Aryan.

"Mel!! Bff aku!!" Entah daripada mana Alia datang.

"Ya allah kawan aku sorang ni. Eh, betul ke korang nak tidur sini?" tanya Melina. Dia mahu mendapatkan kepastian.

"Haah. Boleh ye Mel. Please..." kata Alia sambil membuat muka 10 sennya.

Melina memandang kawan kawannya.

'Haish, dorang nilah.'

"Yelah. Dah lah tu, tak payah nak tunjuk muka 10 sen kau tu."

"Hehe. Thanks Mel." kata Alia dan terus memeluk sahabat baik sehati sejiwanya.

"Pergilah masuk bilik korang. Korang tahu kan bilik masing masing. Aku nak masuk bilik. Mengantuk" kata Melina dan menguap mulutnya.

"Ala Mel, lepaklah dulu. Esokkan cuti. Kita chit chat dululah." Kata Aryan.

Alia dan Rifqi hanya mengangguk berkali kali tanda bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Aryan.

"Yelah. Korang nak apa apa tak?" Tanya Melina.

"Macam biasalah. Hehehe..." kata Aryan sambil tersengih.

Mel menjeling Aryan. Tahu sangat dah apa yang Aryan nak. Mestilah maggi buatan Melina.

'Entah apa yang aku letak dalam maggi tu sampaikan datang rumah aku je, mesti maggi. Maggi orang lain tak nak pula. Siapkan orang lain tanya dia nak bagi ke tak nak, boleh pula dia cakap dia tak makan maggi. Peliklah aku dengan mamat ni'

"Maggi kau je yang aku makan. Aku pun tak tahu apa yang kau letak dalam maggi tu." kata Aryan dan mengukirkan senyuman.

'Aku cakap kuat sangat ke sampai dia boleh tahu apa yang aku cakap. Aku rasa aku cakap dalam hati je tadi.'

"I can read you." kata Aryan sebelum pergi ke ruang tamu. Mel diam seketika.

"Korang nak apa pula?" tanya Mel kepada Alia dan Rifqi.

"Air jelah." jawab Alia

"Same." kata Rifqi

"Hmm...oklah. Korang tunggu je dekat ruang tamu. Nanti aku hidangkan.
Alia dan Rifqi mengangguk sebelum pergi.

Melina leka memasak sehinggakan...

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now