chapter 73

522 33 0
                                    

Aryan hanya setia melihat Melina mengemas baju untuk esok. Dia sudah diberitahu bahawa Melina akan pergi ke Italy esok. Pada mulanya dia tidak mahu Melina untuk pergi tetapi ada sesuatu yang membuatkan dia memberi kebenaran untuk Melina pergi ke sana.

"Mel, berapa hari kau dekat sana?" Tanya Aryan yang sedang menongkatkan kepalanya dengan tangannya di atas katil.

"3 hari kot." Jawab Melina. Tangannya masih lagi melakukan kerjanya.

"Dah dapat hotel ke?"

"Aku duduk dengan Lisa je."

" Kenapa?"

"Sebab senang. Lagipun, aku pergi sana nak jalan jalan dengan Lisa."

Suasana kembali senyap.

"Kau tak nak tanya ke esok aku nak pergi mana?" Tanya Aryan. Kebetulan esok dia pun ada majlis.

Melina mendengus dan menolehkan badannya memandang Aryan.

"Aku tak nak and please stop asking me. Rimaslah. Itu lah..ini lah. Okay lagilah aku ni. Kalau ikutkan, aku tak nak bagitahu kau aku pergi Italy. Tapi disebabkan daddy suruh bagitahu kau so...aku terpaksalah bagitahu. Bila aku bagitahu pula ingatkan masalah dah settle. Tapi...rupanya belum lagi. Duklah tanya itu...ini. Just shut up okay!" Kali ini Melina pula yang membebel.

Aryan meneguk air liurnya dan mulutnya ditutup.

Seram juga bila Melina membebel.

Beberapa minit kemudian,

"Yes! Settle!" Melina sorak keriangan apabila dia sudah siap menyediakan bajunya. Badannya direnggangkan sedikit.

Melina mengambil keputusan untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum tidur.

Aryan yang daripada tadi bermain telefonnya berhenti bermain dengan telefon. Dia tiba tiba sahaja tertarik dengan sekeping kertas yang Melina baru sahaja letak di atas meja study sebelum melangkah ke dalam bilik air.

Aryan melangkah ke meja tersebut dan melihat gambar itu. Setelah melihat gambar tersebut, Aryan sedaya upaya menahan tawanya.

Kelakar apabila melihat wajah Alia dan Melina selfie. Sungguh hodoh!

Meanwhile...

Melina kehulur hilir di dalam bilik air apabila dia tersedar bahawa dia tidak membawa pakaian ganti.

"Aduh...macam mana ni? Takkan lah aku nak pakai tuala je?" Melina duk fikir penyelesaian masalahnya.

Setelah beberapa minit memikirkan penyelesaiannya, akhirnya Melina mengambil keputusan untuk keluar sahaja daripada bilik air tersebut. Semoga tiada apa apa yang tidak diingini terjadi.

Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik airnya, pandangannya terus ke arah Aryan yang sedang membelakanginya.

Melina melangkah menghampiri Aryan. Dia menjenguk sedikit untuk melihat apa yang Aryan sedang lakukan.

"Kau buat apa tu?" Tanya Melina sebelum kedua dua belah matanya terbuntang. OMG! gambar hodoh aku!

Melina baru sahaja ingin mencapainya tetapi Aryan lebih pantas mengelak.

"Ryan! Bagilah aku!" Aryan mengukirkan senyuman nakalnya.

"Tak nak!" Kata Aryan sambil menjelirkan lidahnya.

Melina cuba merampas lagi gambar tersebut tetapi Aryan mengangkat gambar itu ke atas. Tahulah dia tinggi.

Melina cuba untuk mendapatkannya.

"Woo..wo..elok elok. Karang terlepas tuala tu kang." Pesan Aryan kepada Melina yang hanya memakai tuala separas lutut.

Ting! Tiba tiba Melina mendapat idea.

Aryan pelik apabila melihat Melina yang sedang tersenyum nakal kepadanya.

"Weh, Mel. Kau okay tak ni?" Soalan itu tidak dihiraukan. Badannya terus ditolak kasar oleh Melina sehingga dia terduduk di atas katil.

Melina menghampiri Aryan dengan penuh menggoda.

'Astaghfirullah...aku ni lelaki!' menjerit Aryan di dalam hati.

Sampai di hujung katil Melina meletakkan sebelah lututnya di atas katil. Tangannya sudah berada di dada Aryan. Aryan pula sudah meneguk air liurnya.

Kalau hari inilah Melina mahukannya. Dia redha.

Tanpa apa apa kata daripada Melina, bibirnya terus dipaut oleh bibir Melina. Semakin lama, Aryan semakin terbuai. Sebelah tangannya sudah memegang pinggang Melina sementara dia tidak sebelah tangannya yang masih memegang gambar tadi sudah dipegang oleh Melina.

1..

2..

3..

"Yes! Gotcha!" Terus Melina berdiri dan bersorak apabila dia sudah berjaya mengambil semula gambarnya.

Aryan pula tiba tiba tersedar dan dia dapat melihat Melina yang sudah memegang gambar yang dirampasnya tadi.

"Blek.." Melina menjelirkan lidah kepada Aryan.

"Kau ni memang senang kena tipu kan.." kata Melina. Buktinya adalah tadi. Senang je Aryan terbuai dengan kucupannya. Well, im a good kisser. Ehek! Bangga pula 🤭🤭.

Aryan memandang Melina dengan geram.

"Apa pandang pandang? Ada hutang?" Tegur Melina.

"Kau tak akan menyesal buat macam tu dekat aku tadi?" Tanya Aryan. Apa yang dia maksudkan adalah ciuman tadi.

"Kenapa pula aku nak menyesal?" Soalan dijawab soalan oleh Melina.

Aryan mengukirkan senyuman sinisnya sebelum...

Dia menarik tuala yang dipakai oleh Melina sehingga tuala itu terjatuh ke atas lantai.

Melina terpana. Aryan pula sudah tersenyum menang.

"Ryan!!"

Pang!

***

Tok! Tok!

"Mel...aku minta maaf. Aku menyesal. Bukalah pintu ni!" Rayu Aryan sambil mengetuk pintu bilik tidur Melina dan juga dia.

Melina yang sedang duduk bermain telefonnya di atas katil hanya membuat tidak tahu.

"Mel..please. Aku menyesal sangat!"

"Tahu pula kau menyesal! Siapa suruh kau buat macam tu!" Marah Melina.

Aryan sudah terjelupuk ke atas lantai. Kepalanya disandarkan ke pintu.

"Mel, takkan kau nak bagi aku tidur dalam bilik air!" Kata Aryan.

FLASHBACK

Pang! Terus pipi Aryan ditamparnya. Selepas itu, Melina memakai semula tualanya.

"Mel.." panggil Aryan dalam nada yang sayu. Menyesal pula dia buat begitu kepada Melina. Pipinya terasa sangat perit. Mana bini dia dapat tangan tu?

"Kau sini kau!" Melina menarik rambut Aryan dan menuju ke bilik air.

"Arggh! Mel! Sakit. Kau nak bawa aku pergi mana ni?" Tanya Aryan.

Sampai sahaja di pintu bilik air tersebut, tubuh Aryan terus ditolaknya.

Aryan memandang Melina meminta penjelasan.

"Kau duduk dalam bilik ni!" Terus Melina menutup pintu itu dengan kasar dan dikuncinya.

FLASHBACK END

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now