chapter 39

534 43 0
                                    

Beberapa minggu kemudian...

Melina kehulur hilir di dalam pejabatnya sambil meletakkan telefonnya ke telinga. Sudha beberapa kali Melina menelefon Aryan tetapi tidak pernah diangkat.

"Angkatlah. Kenapa kau tak angkat ni?" Melina pelik apabila Aryan tidak menjawab panggilan telefonnya. Akhirnya, Melina membuat keputusan untuk pergi ke syarikat Aryan sendiri.

"Ye, apa boleh saya bantu?" Tanya receptionist di situ.

"Boleh saya jumpa dengan Tengku Aryan?" Tanya Melina.

"Err, Tengku Aryan tak ada dekat office."

"Dia dekat mana?" Pelik Melina.

"Boleh saya tahu cik siapa?" Tanya receptionist itu.

"Saya Tengku Melina his...." Melina tidak menyambut ayatnya. 'Nak cakap aku ni bini dia ke?' fikir Melina.

"Err, saya sepupu dia" kata Melina.

"Ooo, Tengku dia dah pergi oversea."

"What!?"

"Kamu biar betul??" Tanya Melina. Aryan tak bagitahu aku pun.

"Ye. Tengah hari tadi dia dah pergi." Kata receptionist itu. Melina cuba menenangkan dirinya yang sedang marah.

"Okay, thanks." Melina terus meredar daripada situ. Dia melihat telefonnya. Tiada notification pun.

"Kau tak bagitahu aku pun??" Melina terus membaling telefonnya ke kerusi sebelah. Dia geram dengan Aryan.

Sepanjang hari itu, Melina hanya mengabaikan panggilan daripada Aryan.

"Aduhh, kenapa pula dia tak angkat ni?" Aryan cuba menelefon Melina sekali lagi. Masih lagi tidak dilayan oleh Melina.

"Mestilah boss. Boss pergi tanpa bagitahu dia kan. Mesti dia tengah marah tu." Kata Marlia merangkap secretary Aryan.

"Tulah. Saya pun rasa macam tu. Macam mana ni?" Tanya Aryan kepada Marlia. Marlia pula hanya mengangkat bahunya. Aryan mengeluh sambil meraup rambutnya ke belakang.

'apa aku nak buat ni?' fikir Aryan.

Beberapa hari kemudian...

Melina masih lagi tidak melayan panggilan Aryan sehinggakah hari ini.  Dia masih lagi panas hati dengan Aryan.

Melina melihat pintunya tiba tiba sahaja diserbu. Maka, muncul lah Aryan disitu.

"Sorry boss. Saya dah cuba halang." Kata Tya.

"Its okay. You may go. Thank you." Tya menundukkan sedikit badannya sebelum berlalu keluar daripada bilik itu. Melina sambung semula menyiapkan kerjanya. Malas mahu mengambil tahu kewujudan Aryan di situ.

Aryan menelan air liurnya. Gerun juga dia apabila melihat Melina seperti mahu membunuhnya.

"Err, Mel." Panggil Aryan sambil menggosok lehernya. Takut sebenarnya. Panggilan itu tidak dijawab. Aryan mula melangkah menghampiri Melina.

"Mel.." panggil Aryan dengan lembut. Dia sudah berada di belakang Melina lalu terus melingkari leher Melina.

"Mel, sorrylah. Aku tahu salah aku tak bagitahu kau. Aku janji aku tak buat lagi dah." Kata Aryan. Melina pula masih lagi dengan wajah dinginnya dan mendiamkan diri.

"Mel, im so sorry. Please forgive me." Rayu Aryan. Sangkanya Melina akan memaafkannya tetapi lain pula yang jadi. Tangan Aryan terus ditepis kasar oleh Melina. Aryan tersentak dengan tindakan Melina. Melina mengemas mejanya. Entahlah kenapa, dia berasa rimas berada di situ.

Langkah Melina untuk keluar daripada biliknya terbantut apabila lengannya di tarik oleh Aryan. Melina tidak menolehkan badannya.

"Mel, Sampai bila kau nak macam ni? Okay, aku mengaku this is my fault. I regrate it. Please forgive me. " Kata Aryan. Harap Melina dapat memaafkannya.

Melina hanya mendiamkan diri dan terus merentap tangannya. Aryan hanya mampu melihat Melina pergi meninggalkannya.

Aryan melangkah ke pintu rumah Melina dengan lesu. Dia tak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah antara dia dengan Melina.

Aryan menekan password untuk masuk ke dalam rumah Melina. Dia terus pelik apabila password yang ditekannya salah. Dia tekan semula password tetapi tetap salah. Sudah...takkan Melina tukar password kot??

'dia nak aku tidur luar ke?' monolog Aryan. Aryan mengetuk pintu tersebut.

"Mel!! Bukalah. Kau nak aku tidur luar ke?" Tanya Aryan. Melina yang berada di dalam hanya mendiamkan diri. Dia hanya memandang ke arah pintu rumahnya.

"Mel!! Pleasee!" Rayu Aryan.

"Ryan?? Kenapa kau dekat rumah ni?" Tanya Alia sebaik sahaja melihat Aryan seperti sudah dihalau oleh bini. Aryan membuat muka sedihnya.

"Melina tak bagi aku masuk. Dia dah tukar password" mengadu Aryan. Alia hanya menggelengkan kepalanya.

"Mel, buka pintu ni. Aku dah sampai ni." Kata Alia. Melina pun mengeluh dan terus membuka pintu tersebut. Dia terus menjeling Aryan yang berada di belakang Alia. Alia terus masuk ke dalam rumah.

Melina baru sahaja mahu menutup pintu sebaik sahaja Alia masuk. Dia masih lagi mahu Aryan duduk di luar. Tetapi Alia cepat cepat menghalangnya.

"Mel..." Tegur Alia sambil memandang Melina. Melina mengeluh sekali lagi dan terus membuka pintu itu dengan luas. Aryan mengukirkan senyumannya. Melina hanya membuat reaksi menyampahnya. Terus senyuman Aryan tadi pudar.

Maklumlah, orang tengah marahkan.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now