chapter 4

1K 82 0
                                    

Andthen...

"Kurang ajar punya perempuan!" jerit Kay dan terus menarik rambut Melina dengan kuat.

'kau kan, memang dah melampau' Melina sudah hilang sabar.

Melina pun apa lagi. Dia terus menyiku perut Kay dan menolak Kay sehingga Kay jatuh ke atas lantai.

Aryan yang melihat babak action itu terus ternganga. Melina memang macam itu. Dia tidak boleh ada orang yang mengganggunya. Aryan hanya melihat melainkan Melina sudah melampaui batas.

Kay mengadu sakit. Melina terus menindih Kay.

"Sorrylah. Aku tak main dengan rambut. Kau buat sekali lagi, siap kau." kata Melina dengan muka dinginnya.

Melina bangun dan terus melangkah pergi meninggalkan Kay yang masih lagi berada di atas lantai.

Aryan pula terus mengikuti Melina.
'Dia marah aku ke? Aduh..habislah aku.'

"Hmm, Mel. Kau okay ke?" tanya Aryan sambil menuju masuk ke dalam lif.

Melina terus menolak tubuh Aryan ke dinding lif.

"Kau tanya aku okay ke tak?" kata Melina sambil tersenyum sinis kepada Aryan.

Aryan terkejut apabila di tolak ke dinding lif. Dia hanya memandang wajah Melina yang tidak jauh daripada wajahnya.

Melina kembali semula memandang pintu lif.

"Alhamdulillah, aku hidup lagi. Cuma aku tak tahulah betina tu jadi macam mana. Lagi lagi perut dia. Senak perut dia tu." kata Melina apabila teringat yang dia menyiku perut Kay tadi.

"Sorrylah. Nanti aku tak bawak lagi perempuan macam itu." kata Aryan

"Harap harap kau buat lah apa yang kau cakap ni. Macam manalah kau boleh ambil perempuan macam tu. Memang b*tch" kata Melina dengan selamba.

"Uishh. Sabar sahabatku" kata Aryan.
Ding!! Pintu lif terbuka.

Mereka berdua terus menuju ke kereta dan menuju ke kedai makan untuk lunch.

FLASHBACK END

Aryan mengukirkan senyuman.
'apalah yang jadi dekat perempuan itu setelah dikerjakan Mel'

"Yang kau tersengih sengih ni kenapa? Kene rasuk hantu dalam cerita tadi ke?" tanya Mel.

'Apahal lah kawan aku sorang ni. Macam mana perempuan boleh tergilakan dia? Hensem tu memanglah tapi perangai...subhanallah.'

"Haa? Tak ada apa apa" jawab Aryan

Aryan memandang Melina.
"Kau memang tak ada taste ke ataupun kau lesbian?" tanya Aryan.

"Mulut kau...tak adalah. Aku cuma malas nak bercinta pastu kahwin bagai" balas Melina.

"Habis tu, apa taste kau?" Aryan mula menghampiri Melina. Dia mula mengukir senyuman nakalnya.
'sekali sekala test dia, apa salahnya'. Aryan mula mahu menyakat Melina.

Langkah Aryan semakin ke depan. Melina pula mengundur ke belakang.
Sampailah Melina sudah berlanggar table top dapurnya.

'ehh mamat ni. Apasal?'. Melina cuba menunjukkan riak tenangnya.

Aryan pun meletakkan kedua dua tangannya di atas table top tersebut. Melina pula sudah berada di tengah tengah.

Aryan menundukkan sedikit wajahnya dan merapatkan wajahnya dengan wajah Melina.
"Kau nak lelaki macam aku ke?" Kata Aryan dengan suara yang perlahan. Hanya Melina dan dia sahaja yang dapat mendengarnya.

Melina membalas pandangan Aryan dengan tenang.

'Ish dia ni. Memang tak rasa apa apa ke? Kalau perempuan lain ni, memang dah menjerit dah. Dia pula boleh je selamba macam ni?'

Suasana menjadi senyap seketika.

"Korang buat apa! Ya allah, maksiat!! My eyes!" jerit Alia sambil menutup matanya.

Aryan terus berdiri tegak semula. Melina pula buat selamba.

"Kenapa ni?? Maksiat??" tanya Rifqi sambil menggosok matanya. Dia terus bangun apabila terdengar Alia menjerit.

'Comelnya! Sabar Alia sabar. Istighfar.' Alia mengurut dadanya.

"Hmm, tak ada apa-apa. Dah lah jomlah sambung tidur." kata Alia dan terus masuk ke dalam bilik Melina.

Rifqi yang tidak tahu apa apa terus melangkah masuk ke dalam bilik. Mengantuk sangat lah tu.

"Aku masuk bilik dululah" kata Aryan

'Eh mamat ni. Dia boleh je pergi macam tu? Apa aku nak buat dekat dia ehh?'
Melina memikir rancangannya. 'tadi kau kene kan aku ann...'

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now