chapter 24

584 48 1
                                    

Melina mencelikkan matanya. Dia terasa ada sesuatu di atas pinggangnya. Dia memegang bende tersebut dan melihatnya.

Melina terus terdiam apabila melihat tangan Aryan elok memeluk pinggannya dan sekarang ini dia betul betul di dada Aryan.

Melina dengan perlahan lahan mengangkat tangan Aryan tetapi tiba tiba sahaja Aryan memeluk erat tubuh Melina.

Melina melihat Aryan yang masih lagi dalam lenanya.
'aduh, macam mana ni?' fikir Melina. Sedang Melina tengah berfikir cara untuk melepaskan pelukan Aryan, tiba tiba dia terasa ada sesuatu yang turun ke pehanya yang terdedah.

Melina mengeluarkan ketawanya kerana dia terasa geli di pehanya.
"Hahaha.." gelak Melina.

Aryan membuka matanya sambil tersenyum memandang Melina yang sedang ketawa.

Aryan sengaja memainkan jarinya ke di peha Melina yang terdedah itu. Dia sebenarnya mahu melihat reaksi Melina. Sangkanya Melina akan menolaknya ataupun sudah memukuknya tetapi lain pula jadi.

"Hahaha...Ryan gelilah!" Kata Melina sambil cuba untuk melarikan jari Aryan yang bermain di pehanya. Tubuh Melina agak sensitif sebab itu dia tidak suka sesiapa pun menyentuhnya. Kalau tak macam nilah jadinya.

Aryan tidak menghiraukan kata katanya. Jarinya masih lagi bermain di peha Melina. Dia suka melihat Melina ketawa. Bukan senang untuk melihat Melina ketawa sampai macam ni sekali. Selalunya Melina dengan muka dinginnya. Jarang sangat senyum.

"Ryan, please!" Melina sudah tidak tahan. Sakit perutnya kerana ketawa banyak sangat. Aryan pun terus berhenti bermain di peha Melina. Kesian tengok Melina seperti tak cukup nafas.

Melina terus berhenti ketawa. Pipinya terasa kebas kerana daripada tadi senyum je.

Aryan pun memeluk erat Melina.
"Ala, kesian isteri aku ni." Kata Aryan sambil mengusap rambut Melina perlahan.

Melina terus menolak badan Aryan menjauh daripadanya dan memandang Aryan tajam.

"Apa?" Tanya Aryan dengan muka tak bersalahnya.

Melina mendengus geram dan terus turun daripada katilnya.

"Piwwit!! Lawa kaki." Kata Aryan sambil tangan sebelahnya diletakkan di kepala.

Melina terus menjeling Aryan dan mengambil tuala mandinya lalu bergegas ke bilik air. Aryan mengukirkan senyumannya.

Selepas itu, Aryan dan Melina terus turun ke bawah untuk sarapan.

Tengku Halim pelik melihat pasangan suami isteri itu. Sorang tersenyum, seorang lagi bermasam muka.

Melina dan Aryan megambil tempat duduk.
" Morning daddy." Kata Aryan kepada Tengku Halim.

"Morning" balas Tengku Halim sebelum memandang Melina yang hanya mendiamkan diri.

"Abang Ryan nak makan ape?? Meh Damia tolong." Kata Damia dengan tiba tiba.

Damia baru sahaja memegang senduk makanan tiba tiba tangan nya terus di tepuk oleh Melina. Melina memandang Damia dengan tajam.

"Dia dah tak ada bini dah ke sampaikan kau yang nak kene buat??" Sindir Melina. Aryan hanya mendiamkan diri. Awkward!!

Damia mendengus kasar. Melina terus menyedokkan bihun goreng di pinggan Aryan.

"Thanks." Kata Aryan.

"So, dah decide nak honeymoon dekat mana?" Tanya Tengku Halim secara tiba tiba.

Kunyahan di mulut Melina terus terhenti. Melina baru sahaja ingin membuka mulutnya tiba tiba Aryan terus memotong.

"Dah Daddy." Kata Aryan. Dia tak nak melihat reaksi Tengku Halim seperti semalam. Sebab itu, dia terus memotong Melina.

"Dekat mana?" Tanya daddynya.

"Err..." Aryan memandang Melina ingin meminta tolong. Melina pula terus sambung mengunyah makanannya.
'pandai pandailah kau jawab.' monolog Melina.

"Maybe Melbourne" kata Aryan.

Tengku Halim mengangguk kepalanya tanda setuju.
"Good choice" kata Tengku Halim.
Aryan pula mengeluh lega. Melina hanya mengukir senyuman sinisnya.
'padan muka'

Aryan yang perasan senyuman Melina itu terus meletakkan tangannya di peha Melina. Melina terus berhenti kunyahannya. Aryan sudah mengukirkan senyuman nakalnya dan sengaja bermain di peha Melina yang sensitif itu. Melina menahan ketawanya kerana di dalam mulutnya penuh makanan.

Melina terus mengunyah makanannya dengan laju dan terus menarik tangan Aryan yang bermain di pehanya. Dia menjeling ke arah Aryan.

"Siap kau nanti aku kerjakan" Melina bercakap dengan insyarat mulutnya. Dia tidak mahu yang lain mendengar.

Aryan pula menjelirkan lidahnya kepada Melina dan sambung makan sarapannya.

Sementara itu, Damia yang sedang melihat Melina dan Aryan pula sudah mengenggam kuat sudunya. Dia geram dengan kehidupan Melina. Berrduit, bahagia.
'kenapa kau boleh hidup macam tu?' monolog Damia.

Tengku Sofea pula sedar dengan pandangan Damia kepada Melina. Dia mengusap lembut tangan Damia supaya anak daranya bertenang.

'aku akan pastikan kau tak bahagia Melina.'
Rancangannya untuk membunuh Melina dulu tidak berjaya kerana ada seseorang yang menyelamatkannya. Yang membuatkan Damia pelik ialah orang yang diupahnya langsung tidak berjumpa dengannya. Entah kemana orang upahannya itu pergi.

Tahu tahu je Melina masih lagi hidup.
Dia mengetahui bahawa Melina telah diselamatkan oleh seseorang kerana salah seorang spynya yang turut berada di tempat kejadian itu memberitahu ada sekumpulan lelaki dan seorang perempuan serbu ke temlat kejadian dan spynya itu memberitahu bahawa wajah perempuan yang menyelamatkan Melina hampir serupa dengan Melina.

Selepas itu, Damia mula pelik dengan maklumat itu. Serupa?? Setahunya Melina merupakan anak tunggal kepada daddynya.

Perkara itu telah membuatkan Damia semakin musykil dengan Melina.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now