chapter 42

539 42 0
                                    

Splash!! Melina terus tarjatuh ke dalam kolam. Aryan sudah ketawa terbahak bahak.

Melina terus menjeling Aryan. Sedang Aryan leka ketawa terbahak bahak, Melina menarik kaki Aryan kemudian Aryan terus masuk ke dalam kolam. Melina mengukirkan senyumannya

"Padan muka." Kata Melina kepada Aryan dan menjelirkan lidahnya. Melina baru sahaja mahu ke tepi kolam untuk keluar daripada kolam itu tetapi Aryan lebih pantas menarik pinggang Melina. Melina tersentak apabila wajahnya dengan wajah Aryan sangat rapat.

Aryan menyelitkan rambut Melina ke telinga Melina. Dia tersenyum melihat  wajah Melina yang sudah menunduk. Malu mungkin.

"Aku tanya ni, kau sukakan aku tak?" Kata Aryan sambil memandang Melina. Melina membalas pandangan Aryan.

"Aku..." Melina tidak sempat menghabiskan ayatnya apabila...

Pang!! Mereka berdua mendengar ada sesuatu kaca yang pecah. Melina memandang ke arah tersebut.

"Aku pergi tengok dululah." Kata Melina. Aryan terus memegang tangan Melina. Sayang nak lepaslah tu. Melina memandang Aryan yang memegang tangan.

"Nanti aku jawab" kata Melina. Aryan mengeluh dan melepaskan juga pegangannya di tangan Melina.

"Sakitlah!" Kata Rifqi.

"Hey, kenapa ni?" Tanya Melina apabila melihat Alia sedang merawat kaki Rifqi yang sudah berdarah.

"Dia ni pergi pijak kaca." Kata Alia sambil matanya tertumpu ke kaki Rifqi. Melina menganggukkan kepalanya.

"Yang kau basah basah ni kenapa?"tanya Alia.

"Err, jatuh kolam." Kata Melina sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Melihat sahaja Aryan menghampirinya terus Melina naik ke atas.

"Kenapa tu?" Tanya Alia kepada Aryan.

"Adalah." Kata Aryan dan terus naik ke atas.

"Lah...apa kena dengan diaorang tu?" Kata Alia dan sambung membuat kerjanya.

"Aarghh!" Mengadu Rifqi sakit.

"Ish, tahanlah sikit." Kata Alia dengan riak yang serious. Rifqi tersenyum melihat Alia yang sedang serious merawat kakinya itu.

'comel'

Melina bermain dengan telefonnya. Aryan keluar daripada bilik air sambil mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil.

"Ryan, sini" panggil Melina lalu turun daripada katil.

"Haa?"

"Sinilah." Aryan terus menghampiri Melina yang sedang berdiri di tepi katil.

"Duduk" arah Melina. Aryan melabuhkan punggungnya di atas katil. Melina berdiri di tengah tengah Aryan dan terus mengambil tuala kecik yang di pegang oleh Aryan. Melina mengelap rambut Aryan.

Aryan hanya mendiamkan diri dan tangannya melingkari pinggang Melina lalu membawa Melina dekat dengannya. Dia menyandarkan kepada ke perut Melina.

"Aku suka kan kau...aku suka kan kau.." banyak kali Aryan berkata begitu. Melina mengeluh.

"Ye, aku tahu. Berapa kali kau nak bagitahu aku?" Kata Melina dan memandang Aryan. Tangannya berhenti mengelap rambut Aryan. Aryan mengangkat kepalanya dan membalas pandangan Melina.

"Kau pula macam mana? Do you love me?" Tanya Aryan. Melina mendiamkan diri seketika.

"Yes. Of course i love you." Balas Melina lalu mengukirkan senyumannya. Itulah kali pertama dia mengucapkan kata cinta kepada seseorang. Aryan tersenyum mendengar jawapan Melina.

Terus Aryan menarik lengan Melina menyebabkan Melina terus terduduk di atas riba Aryan. Melina terkejut.

Aryan memberanikan diri mendekatkan wajahnya dengan wajah Melina. Apabila melihat Melina hanya mendiamkan diri terus dia memaut lembut bibir Melina. Pada mulanya, Melina sedikit terkejut tetapi lama kelamaan dia mula terbuai dan terus menutup matanya. Tangannya terus melingkari leher Aryan.

Aryan meleraikan kucupannya dan memandang Melina.

"Can i?" Tanya Aryan. Melina faham dengan soalan Aryan dan terus menganggukkan kepalanya.

"I love you." Ucap Aryan sebelum bibirnya bermain di leher jinjang Melina.

"I love you too." Balas Melina. Aryan tersenyum. Bibirnya yang tadi bermain di leher Melina terus bergerak ke bibir Melina pula.

Maka, malam itulah jadinya malam pertama bagi mereka berdua. Semoga hubungan mereka berkekalan sehingga ke jannah.

"Siapa call?" Tanya Aryan sebaik sahaja Melina mematikan panggilan. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah Melina. Bahu Melina dipeluknya.

"Daddy." Balas Melina dan matanya tertumpu semula ke televisyen.

"Daddy cakap apa?"

"Daddy nak cucu." Jawab Melina.

"So, kau balas apa?" Tanya Aryan. Dia teringin mahu tahu apa yang akan dijawab oleh Melina.

"Aku tak jawab apa apa pun." Kata Melina. Aryan menganggukkan kepalanya.

Tidak lama selepas itu, Aryan tiba tiba sahaja merapatkan wajahnya ke wajah Melina.

Melina terus menghalang Aryan.

"Wo..wo..kau nak buat apa ni?" Tanya Melina sambil tangannya menolak lembut bahu Aryan.

"Buat cuculah.." jawab Aryan dengan selamba dan mengukirkan senyuman nakalnya.

"No." Melina menggelengkan kepalanya.

"Kenapa pula?" Tanya Aryan.

"Tak cukup ke malam tadi?" Tanya Melina.

"Ala, jomlah.." rengek Aryan. Terus Melina berdiri.

"No."

"Jomlah.." kata Aryan dan turut sama berdiri.  Dia sudah mendepakan tangannya untuk memeluk Melina. Melina terus berlari meninggalkan Aryan.

"No!" Jerit Melina sambil berlari masuk ke dalam biliknya. Aryan tersenyum melihat Melina.

'macam tu pun dah kalut' monolog Aryan.

Manakala, Melina yang berada di dalam bilik sudah mengurut dadanya.

"Kush semangat. Gelojoh betul" kata Melina dan terus merebahkan badannya ke atas katil.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now