chapter 52

501 36 0
                                    

"Aunty Sofea." panggil Melisa. Pandangannya yang tajam tadi terus bertukar kepada pandangan yang manis.

"Aunty tak sihat ke?" Tanya Melisa. Tengku Sofea mengeluh lega.

"Aunty pening sikit je.." Melisa pun menganggukkan kepala.

"Aunty rehat lah dulu ye." kata Melisa. Tengku Sofea pun melangkah pergi.

"Oh, Lisa. Mana cucu daddy?" Tanya Tengku Halim. Dia sudah teruja untuk berjumpa dengan cucu pertamanya.

"Ada dekat Lisa. Nanti ambil dia." Jawab Melisa.

"Daddy tak sabar nak dia." Melisa mengukirkan senyumannya. Damia sudah mencebik. Aryan pula mendiamkan diri daripada tadi.

****

Damia membaling semua barang barang ke atas lantai. Dia tidak berpuas hati dengan kedatangan Melisa. Tengku Sofea pula hanya mendiamkan diri dan memandang Damia.

"Melina? Melisa? Kembar?! " Damia ketawa sinis.

"Daddy tak bagitahu pun pasal ni. Takkan mummy lupa Melina ada kembar?" Tanya Damia kepada Tengku Sofea.

"Macam mana mummy nak ingat. 26 tahun lepas kot.." jawab Tengku Sofea. Damia mendengus dan meraup rambutnya.

"And sekarang...Melisa pula. Interesting" ujar Damia.

****

"Cucu tok ayah dah sampai" kata Tengku Halim dengan penuh teruja. Dia ingin memeluk cucunya tetapi cucunya itu hanya memandangnya dengan wajah yang dingin.

"Rys, kenapa pandang macam tu? Ni tok ayah lah..ayah kepada mummy." Tegur Melisa.

"Go. Salam dia and give him a hug." Aryssa pun mendengar cakap Melisa. Dia menghampiri Tengku Halim dengan langkah yang perlahan dan salam tangan Tengku Halim. Tengku Halim mengukirkan senyumannya dan memeluk cucunya itu.

Sebaik sahaja pelukan terlerai terus Aryssa kembali semula kepada Melisa.

"Sudahlah. Kamu masuk ke bilik kamu. Nanti Mak Mah tunjukkan." Kata Tengku Halim. Nampaknya, dia perlulah memikat hati cucunya yang tiada senyuman dibibirnya.

Tengku Halim menggelengkan kepalanya sambil memandang Aryssa yang sudah mengikuti Melisa untuk masuk ke dalam bilik.

"Macam Melina betul.." ujar Tengku Halim dengan perlahan. Tetapi Aryan yang berada di belakangnya mendengar apa yang Tengku Halim cakap. Aryan pun menganggukkan kepalanya.

Teringat pula dia, bagaimana kali pertama dia berjumpa dengan Melina...

FLASHBACK

Hari ini, Tengku Aisyah dan juga Tengku Alias akan menghadiri satu party harijadi.

"Ryan, kamu memang tak nak ikut ke?" Tanya Tengku Aisyah sebaik sahaja memasuki bilik anak lelakinya.

Aryan yang sedang bermain dengan telefonnya terus memandang Tengku Aisyah.

"Dekat mana ni, ma?" Tanya Aryan.

"Dekat rumah kawan mama. Tak jauh sangat pun." Jawab Tengku Aisyah.

"Tak nak lah ma...malas lah.." Aryan sambung balik bermain dengan telefonnya

"Kamu betul tak nak?? Anak kawan mama tu lawa orangnya. Kaya pun kaya. Very perfect.." puji Tengku Aisyah. Aryan terus bermain dengan telefonnya dan memandang semula ke arah mamanya.

"Really?" Tanya Aryan dengan penuh teruja.

"Yupp." Jawab Tengku Aisyah. Aryan terus mengukirkan senyumannya sebelum turun daripada katil.

"Okaylah ma. Ryan nak siap sekejap. Mama tunggu Ryan tau" Tengku Aisyah menggelengkan kepalanya. Pantang betul anaknya kalau dengar pasal perempuan. Lagi lagi yang lawa... Laju sahaja.

"Hai dah sampai pun kau." Kata Tengku Halim kepada kawannya iaitu Tengku Alias. Aryan yang berada di sebelah Tengku Aisyah sudah seperti mencari sesuatu.

"Sorrylah lambat sikit." Kata Tengku Alias sebelum memeluk tubuh Tengku Halim.

"Tak lambat pun. Just on time. Jomlah masuk." Keluarga Tengku Alias pun mengambil tempat duduk.

Aryan yang sedang bermain dengan telefonya terus memandang ke hadapan apabila ada seseorang yang sedang bersuara. Matanya terus terpana melihat perempuan yang berada di hadapannya. Jantungnya berdegup kencang.

"Lawa." Puji Aryan dengan perlahan sebelum mengukirkan senyumannya. Perempuan yang berada dihadapannya sekarang pasti akan nampak lebih cantik jika dia senyum.
Tengku Aisyah yang berada di sebelah Aryan sudah mengukirkan senyumannya. Bukan dia tidak dengar apa yang dikatakan Aryan tadi.

Selesai menjamu selera, keluarga Tengku Alias pergi berjumpa dengan keluarga Tengku Halim.

"Terima kasih sebab datang." Kata Tengku Halim sebelum berjabat tangan dengan Tengku Alias. Aryan pun turut bersalaman dengan Tengku Alias. Tengku Aisyah pula bersalaman dengan pihak perempuan kecuali Melina.

Aryan mencari cari perempuan tadi dan cuba melarikan matanya daripada bertembung dengan mata Damia.

"Err, ryan cari siapa?" Tanya Tengku Halim apabila melihat Aryan daripada tadi terjenguk jenguk. Soalan itu tidak dijawab oleh Aryan. Dia masih lagi leka mencari perempuan tadi.

Melihat kelekaan Aryan terus Tengku Aisyah menyiku pinggang Aryan. Aryan mengerutkan dahinya sebelum menoleh ke arah mamanya.

"Apa ma?" Tanya Aryan dengan suara yang perlahan.

"Tengku Halim tanya tadi...Ryan cari siapa?" Kata Tengku Aisyah. Aryan menoleh ke arah Tengku Halim yang sedang tersengih memandangnya. Dia pun turut mengukirkan senyuman.

"Birthday girlnya mana?" Tanya Tengku Alias.

"Ooo, dia pergi jumpa dengan kawan dia sekejap. Sekejap lagi dia datanglah tu.". Lepas beberapa minit mereka berbual, seseorang menghampiri Tengku Halim.

"Daddy" panggilnya.

"Haa, sampai pun..."

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now