chapter 10

777 63 1
                                    

Aryan mencangkungkan dirinya dihadapan Melina yang sedang duduk di atas sofa

"Mel, are you okay?" tanya Aryan dengan lembut.

"Okay." itu sahaja yang dibalas oleh Melina.

'Ada something wrong.' pikir Aryan.

"Hey, look at me." ujar Aryan dengan lembut.

Melina menggelengkan kepalanya.

"Hey, look at me. Look at me." suara Aryan sudah bertukar menjadi tegas. Aryan terus menganggak dagu Melina supaya memandangnya.

Ye, Melina sedang menangis.

"Hey, dont cry." pujuk Aryan. Bukan selalu untuk melihat Melina menangis. Kawannya itu suka menyorokkan perasaannya sendiri.

"Its okay." Kata Aryan dengan lembut. Nak je dia peluk Melina tapi tulah. Karang tak pasal pasal dia kene tidur dekat dalam wad.

"Ehem. Aku ada dekat sini lagi ni." tegur Alia.

'Dah bersemut mata aku ni tengok diaorang'

Alia pun menghampiri Melina dan memeluknya.

"Dah lah tu Mel. Kau kan kuat." pujuk Alia.

"Buruklah muka kau bila menangis." gurau Alia. Aryan pula mengangguk setuju.

"Betul tu" kata Aryan.

Melina mengukirkan senyumannya.
"Korang ni ada ada jelah" kata Melina.
Dia sudah boleh menenangkan dirinya semula.

"Kan okay tu, ni tak. At least buat muka sombong kau pun tak apa. Asalkan kau tak menangis " kata Alia kepada Melina yang sedang menyapu air matanya.

Melina mengeluarkan ketawanya.

"Rileks lah.." kata Alia dan terus memeluk Melina.

"Thanks." ucap Melina dan memandang Aryan.

"Apa yang ada dalam telefon tu??" tanya Melina kepada Aryan yang sedang bersandar pada pintu sambil berpeluk tubuh.

"Bukti." jawab Aryan dengan ringkas.

"Bukti?" Melina tidak dapat tangkap apa yang Aryan cuba bagitahu.

"Bukti yang kau tidak bersalah. Nanti kenelah betina tu" kata Aryan.

"Thanks." ucap Melina kepada Aryan.

"Yang kau tu. Pergi menangis kenapa?? Muka kau...perghh. Hodoh gila. Serious aku cakap. Patutlah kau single." kata Aryan dengan selamba.

"Yelah tu. Hodoh hodoh pun, kau juga yang bersweet sweet dengan dia tadi. Kau ingat aku tak nampak??" kata Alia.

Melina dan Aryan masing masing berdiam diri.

'aku terlebih risau ke tadi?? Mestilah aku risau. Bff aku kot.' monolog Aryan.

"Dahlah. Jom balik. Malas aku nak duduk sini lama lama." kata Mel.

Aryan merebahkan badannya ke katil. Tangannya di letakkan diatas kepalanya. Dia memikirkan apa yang Alia baru bagitahunya tadi.

FLASHBACK

Alia menyiku Aryan.

"Kenapa kau ni?" tanya Aryan dalam keadaan berbisik.

"Apa yang aku tengok tadi?" Tanya Alia.

Aryan mengerutkan dahinya.
"Apa bende pula yang kau tengok ni?" tanya Aryan. Dia tidak faham apa yang Alia tanya.

"Ala..kau tak payahlah buat tak tahu." kata Alia.

Aryan mengeluh.

"Masalahnya aku memang tak tahu" kata Aryan.

"Okay, kalau macam tu aku nak tanya ni." Kata Alia.

"Hmm, nak tanya apa?"

"Kau suka Mel kan??" tanya Alia dan terus menghalakan jari telunjuknya ke arah wajah Aryan.

Aryan tersentak.

"Mengaku jelah. Aku boleh nampak tadi. Kau punyalah risau dekat dia sampaikan lupa aku dekat dalam bilik." kata Alia dan menurunkan jarinya.

"Mana ada aku suka dia. Aku risaukan dia je. Kene tampar dengan Tengku Halim kot. Kau tahu kan tu first time dia kene." kata Aryan.

"Iye ke?" Alia menaikkan keningnya sebelah.

"Yelah. Dahlah kau ni. Lebih baik aku berjalan sebelah Mel daripada sebelah kau yang songsang ni" kata Aryan dan terus melajukan langkahnya.

"Eleh, nak duduk sebelah Mel cakap jelah." Kata Alia dan dia terus tersenyum.

FLASHBACK END

'aku suka Mel?? Ish, mengarutlah'
Aryan terus bangun daripada pembaringannya dan pergi ke bilik air untuk membersihkan diri

Selesai membersihkan diri, Aryan cuba untuk melelapkan matanya tetapi tidak boleh.

'Ish, apasal aku tak boleh tidur ni? Bosannya'

Aryan mencapai telefonnya dan terus mendail telefon Melina.

"Hello"

"Hello Mel. Kau tengah buat apa?" tanya Aryan.

"Aku tengah buat kerjalah. Kenapa call aku ni?" tanya Melina

"Hmm.. aku datang rumah kau boleh?"

"Datanglah. Lagipun Alia ada sekali ni"

"Ok. Lagi 10 minit aku sampai"

Terus Aryan mematikan panggilannya .

Aryan terus bersiap siap untuk keluar. Rumahnya dengan rumah Melina tidaklah jauh sangat. 5 minit sahaja sudah boleh sampai.

BERSAMBUNG

*****
Thank you for read my book!! Dont forget to vote and comment!!

☺️☺️☺️

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now