chapter 53

473 37 0
                                    

" haa, sampai pun." Semua mata memandang Melina yang sudah berada di sebelah Tengku Halim. Aryan terus mengukirkan senyumannya.

"Mel, ini keluarga Tengku Alias. Itu Tengku Aisyah and anak lelakinya Tengku Aryan." Tengku Halim memperkenalkan keluarga Tengku Alias kepada Melina.

Melina bersalaman dengan Tengku Aisyah. Aryan sudah menghulurkan tangannya. Pada mulanya Melina hanya memandang kosong huluran tersebut.

Akhirnya, Melina menyambut juga huluran itu. Aryan mengukirkan senyumannya kepada Melina tetapi hanya di balas dingin oleh Melina. Satu senyuman pun tak ada.

"Happy birthday. This is yours" ucap Tengku Aisyah kemudian menghulurkan sebungkus hadiah. Melina menyambut huluran tersebut dan mengucapkan terima kasih.

Mereka semua mengambil tempat duduk sebelum sambung berbual kosong. Aryan berasa tidak selesa apabila Damia merenungnya daripada tadi.

'apasallah dia pandang aku ni?? Meremang bulu roma aku.' monolog Aryan.

Aryan mula merenung ke arah Melina pula yang berada di hadapannya. Dia tersenyum melihat wajah Melina. Cantik. Melina perasan dengan pandangan Aryan. Dia yang sedang bermain dengan telefonnya terus membalas pandangan Aryan dengan pandangan yang kosong.

Mereka membalas pandangan antara satu sama lain agak lama. Melina dengan wajah kosongnya manakala Aryan dengan wajah manisnga. Tetapi tidak cukup untuk mencairkan hati Melina yang beku itu.

Melina melarikan pandangannya apabila dia sudah puas memandang Aryan. Dia bangun daripada tempat duduknya.

"Daddy. Mel, nak pergi tandas sekejap ye." Kata Melina sebelum melangkah pergi. Aryan masih setia memandang Melina sehingga Melina hilang daripada pandangannya.

Damia yang daripada tadi melihat Aryan yang khusyuk memandang Melina sudah menggenggam tangannya.

'kenapa mesti perempuan tu?' marah Damia di dalam hati. Dia tidak berpuas hati apabila Melina sahaja yang selalu mendapat perhatian bukan dirinya.

Sebaik sahaja Melina keluar daripada tandas, terus badannya terlanggar dengan seseorang. Melina memandang orang yang melanggarnya.

"Err, sorry." Kata Aryan. Sebenarnya dia sengaja mahu melanggar Melina.

Melina mengeluh sebelum..

"Its okay. Lain kali jalan tu elok elok sikit. " Pesan Melina sebelum melangkah pergi. Aryan mendiamkan diri apabila mendengar pesanan Melina. Kemudian dia memegang lengan Melina. Langkah Melina terbantut.

"What are you doing?" Tanya Melina dengan tegas dan memandang wajah Aryan dengan serious.

"Ooo, sorry." Aryan pun melepaskan pegangannya dan menggosok lehernya. Awkward.

"Sebenarnya, saya rasa kita tak introduce ourself properly. By the way, nama saya Tengku Aryan bin Tengku Alias." Kata Aryan dan  menghulurkan tangannya.

"Okay. Nama aku Tengku Melina binti Tengku Halim." Kata Melina sambil memeluk tubuh dan memandang kosong huluran Aryan. Aryan masih setia menghulurkan tangannya.

Akhirnya, Melina menyambut huluran tersebut. Aryan tersenyum walaupun dia tahu bahawa dia pasti akan di balas dingin oleh Melina.

"Ryan!!" Panggil seorang perempuan entah dari mana datang. Tiba tiba je.

Aryan memandang ke arah suara yang memanggilnya. Dia terus menjelingkan matanya ke atas.

"Habis lah aku.." kata Aryan dengan perlahan tetapi masih lagi dapat didengari oleh Melina.

"Haa?" Tanya Melina dan memandang Aryan.

"Aku minta maaf sangat sangat. Lepas ni kalau kau nak marahkan kau pun tak apa." Kata Aryan. Melina mengerutkan dahinya.

'apa yang mamat ni cakap?' soal Melina dalam hati.

Dia tersentak apabila Aryan mengunci pegangannya pada tangannya dan menarik tubuh Melina dekat dengannya.

"Siapa perempuan ni.?" Tanya Lya kepada Aryan dengan tegas. Dia bengang apabila Aryan bersama dengan perempuan lain.

"Tunang I." Jawan Aryan dengan selamba. Melina yang berada di sebelahnya sudah tercengang.

"What! Tunang. Sejak bila?" Terkejut Lya apabila mendengar Aryan kata seperti itu. Dia memandang Melina dengan tajam tetapi Melina hanya membalasnya dengan wajah dinginnya.

"Dah lama dah.." jawap Aryan dengan selamba...

Lya sudah mengetap giginya dan terus menghampiri Melina. Dia mengangkat tangannya. Aryan baru sahaja mahu menghalang tetapi Melina lebih pantas memegang tangan Lya. Lya mengerutkan dahinya apabila tangannya terasa sakit.

"Lepaslah!" Lya cuba menarik semula tangannya tetapi pegangan Melina terlalu kuat menyebabkan tangannya mula terasa sakit.

Melina mngukirkan senyuman sinisnya dan terus menarik tangan Lya sehinggakan Lya terpaksa menghampirinya.

"Aku lupa nak perkenalkan diri aku. Nama aku Tengku Melina." Terbeliak mata Lya. Mana taknya....dia hanyalah orang bawahan Melina. Bos besar dia ni...

"Boss" terus Lya menundukkan badannya. Aryan yang melihatnya terus terbeliak mata.

'kenapa pula dengan dia ni?' Pelik Aryan melihat Lya tiba tiba sahaja seperti orang yang sudah kehilangan nyawa...

"Saya minta maaf..." Kata Lya sebelum pergi meninggalkan Melina dan Aryan.

"Kenapa tu?" Tanya Aryan.

"Nothing..just some girl issues..." Jawab Melina. Aryan pun menganggukkan kepalanya.

"Okaylah...aku pergi dulu." Kata Melina sebelum melangkah pergi.

"Eeerr, Mel!" Panggil Aryan. Melina pun menolehkan badannya memandang Aryan.

"Thank you!" Kata Aryan sambil tersenyum. Melina tersenyum sinis.

"Your welcome." Balas Melina sebelum melangkah pergi. Aryan terpegun seketika sebelum bibirnya mengukirkan senyuman.

"Yes!" Sorak Aryan apabila Melina senyum kepadanya tadi. Kiranya dapatlah tu....

FLASHBACK END

Aryan tersenyum apabila teringat perkara itu.

'Rindunya dekat kau Melina...' monolog Aryan.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now