chapter 65

515 36 0
                                    

"hiks..hiks.." Melisa sudah menangis di atas katil. Kakinya dirapatkan ke tubuhnya dan tangannya memeluk kakinya. Dia menyembamkan mukanya dilutut.

Dum!

"Argh!" Menjerit Melisa. Sungguh dia takut.

"Ryan..." Dipanggilnya nama Aryan. Dia berharap sangat Aryan berada bersama dengannya sekarang.

"Ryan..."

Dum! Dum! Kali ini, Melisa menutup telinga pula. Matanya dipejamkan dengan kuat.

"Ryan!" Panggil Melisa dengan kuat.

Tiba tiba dia terasa ada sesuatu yang memegang kedua dua belah bahunya.

"Hey, Lisa! Look at me." Melisa dengan perlahan lahan mengangkat kepalanya untuk melihat siapakah yang menyelamatkannya sekarang.

"Ryan.." perlahan sahaja suara Melisa.

"Yes, im here. Jangan takut."  Terus tubuh Aryan dipeluknya. Aryan terdiam seketika sebelum dia membalas pelukan itu.

Dia mengusap lembut belakang badan Melisa.

"Its alright now. Im here." Kata Aryan.

Semakin erat pelukan di tubuh Aryan.

"Hey, look at me." Melisa melonggarkan sedikit pelukannya dan memandang Aryan. Tangannya masih elok melingkari tubuh Aryan.

"Its okay now." Ujar Aryan sebelum mengucup lembut kening dan juga mata Melisa.

Entahlah macam mana dia tiba tiba boleh membuat perkara itu.

Melisa pula terasa sangat selamat. Bunyi kilat tadi sudah tidak didengari.

Selepas sahaja ciuman Aryan terlerai, Melisa kembali memeluk tubuh Aryan.

Aryan pula hanya membiarkannya sahaja. Tak apalah. Kali ni kita lepaskan.

****

Melisa membuka matanya perlahan lahan apabila cahaya matahari pantul ke arah matanya.

Dia menggosok matanya sebelum pembaringannya bertukar menjadi duduk.

Aryan masuk ke dalam bilik tersebut dengan sepapan dulang.

"Nah, kau makan ni dulu. Aku tak nak kau gastrik lagi sekali." Kata Aryan sambil meletakkan dulang tersebut di atas meja kecil yang berada di sebelah katil.

Melisa hanya mendiamkan diri sebelum..

"Err, awak. Saya nak cakap terima kasih." Kata Melisa.

"Errm.." itu sahaja yang keluar daripada mulut Aryan.

"Awak dah habis kerja ke?" Tanya Melisa. Pelik juga tiba tiba semalam Aryan balik.

"Dah habislah...kalau tak, dah lama aku tak tolong kau semalam." Jawab Aryan.

"Oooo. Hari ni awak tak kerja ke?" Tanya Melisa sekali lagi.

"Ehh kau ni. Banyak tanyalah. Makan jelah." Marah Aryan. Melisa membuat muka cemberutnya.

"Ala saya tanya je."

Aryan baru sahaja mahu melangkah pergi tetapi tangannya tiba tiba dipegang oleh Melisa.

"Awak." Panggil Melisa. Aryan mengeluh.

"Apa lagi??"

Tanpa menjawab soalan daripada Aryan, Melisa terus berdiri dan...

Cupp!

Diciumnya pipi Aryan. Terbuntang mata Aryan.

"Thank you!" Terus sahaja dia berlari daripada situ. Cepat cepatlah melarikan diri.

Nanti gunung berapi nak meletus!! 😁😁

Aryan memegang pipinya yang dicium oleh Melisa tadi. Tanpa dia sedar, dia sudah mengukirkan senyuman...

Eleh, tak suka konon. Tulah..garang macam mana pun kau, dalam hati tetap ada taman.

***

Hari ini, Melisa kembali ke tempat kerjanya dan dia akan mula semula ke syarikatnya sendiri.

Melisa melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Argh..rindunya meja..." Kata Melisa sebelum meletakkan kepalanya di atas meja.

Beberapa minit kemudian, dia angkat semula kepalanya.

"Okay, ora è il momento di lavorare (now it's time for work)." Melisa bangun daripada kerusinya dan melangkah keluar daripada bilik kerjanya untuk ke bilik meeting memandangkan hari ini dia mempunyai banyak perjumpaan.

****

"Okay, saya rasa itu sahaja buat masa sekarang." Kata Melisa sebelum berjabat tangan dengan Haeykal.

Haeykal merupakan CEO bagi satu syarikat yang bergabung dengannya. Disebabkan itu, dia mungkin perlu berjumpa dengan Haeykal selalu.

"Oh, saya nak tanya ni. Awak nak lunch dengan saya tak?" Tanya Haeykal.

"Errr, saya rasa tak bolehlah. I have so many meeting for today. Im so sorry." Jawab Melisa.

"Ooo, its okay. Lain kalilah saya ajak awak. Tapi pastikan lepas ni, awak kena juga lunch dengan saya."   Kata Haeykal sambil tersenyum.

Melisa hanya menganggukkan kepalanya.

Sebaik sahaja Haeykal keluar daripada bilik meeting tersebut, Melisa terus mengemas barangnya.

Dia melangkah ke arah pintu tiba tiba langkah terbantut apabila ada 3 orang lelaki memasuki bilik tersebut.

"Korang siapa?" Tanya Melisa dengan serious.

3 orang lelaki tersebut hanya mengukirkan senyuman nakalnya. Perkara itu membuatkan Melisa semakin gelisah.

Langkahnya mengundur ke belakang apabila 3 orang lelaki tersebut menghampirinya.

Melisa terus berhenti melangkah apabila tubuhnya sudah berlanggar dengan meja.

Salah seorang daripada 3 orang lelaki itu menyuruh 2 orang lagi kawannya menahan ke dua dua belah tangan Melisa.

"Lepaslah!" Marah Melisa. Dia cuba meronta ronta tetapi tetap tidak dapat melepas pegangan tersebut.

Lelaki yang memberi arahan tadi turut menghampiri Melisa.

"Aku peliklah kenapalah suami kau bayar kitaorang padahal dia dah ada bini lawa macam kau." Kata lelaki itu.

'Ryan?'

"Tapi tak apalah. Elok aku ketepikan dulu soal tu. Sekarang aku nak menjamah." Kata lelaki itu serta mengeluarkan tawanya. Kawan kawannya juga ketawa.

Lelaki itu kemudiannya mendekatkan wajahnya ke wajah Melisa.

Buk!

Melisa terus menghantukkan kepala lelaki itu dengan kepalanya.

Lelaki itu mengaduh sakit.

"Kurang ajar punya perempuan!" Tengking lelaki itu.

Pang! Terteleng wajah Melisa apabila satu penampar dikenakan di pipinya.

Tanpa mereka sedar, Aryan melihat semuanya. Daripada awal sehinggalah akhir.

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now