chapter 43

543 41 0
                                    

"Macam mana dekat sana?" tanya Damia kepada konco konconya.

"Semuanya okay boss. Cuma tengah tunggu masa je." balas salah seorang konconya. Damia pun menanggukkan kepalanya.

"Get ready Mel. This is my present for you." kata Damia sambil mengukirkan senyuman sinisnya.

****

" Hey tengok cerita apa tu?" tanya Aryan dan melabuhkan punggungnya disebelah Melina yang sedang khusyuk menonton televisyen. Entah cerita apa yang dilayan Melina. Yang Aryan tahu mestilah cerita action.

"Mission impossible." jawab Melina. Aryan menganggukkan kepalanya. Dia pun melayan kan saja filem itu.

"Aryan, Mel." panggil Alia. Aryan dan Melina pun menolehkan kepalanya memandang Alia yang berada di belakang mereka.

"Aku kena balik dulu. Ada something yang aku kena uruskan." kata Alia. Melina sudah mengangkat keningnya.

"Ala...baru nak holiday dengan kau lama lama" kata Melina.

"Sorrylah. Aku tak boleh." kata Alia.

"hmmm, yelah. Tapi kau balik ni seorang je ke?" tanya Melina. Takkan kawannya itu balik seorang diri?

"Ehh, taklah. Rifqi pun balik sekali." jawab Alia. Melina memandang ke arah Rifqi yang sedang membawa turun beberapa barang. Melina dan Aryan masing masing menganggukkan kepala.

"boleh juga aku nak bermanja dengan Mel." kata Aryan dengan manjanya. Dia terus memeluk lengan dan membuat perangai kebudakannya. Melina dan Alia yang melihatnya sudah membuat reaksi menyampah. Rifqi pula sudah menggelengkan kepalanya.

"Okaylah. Aku balik dulu." kata Alia sebelum memeluk tubuh Melina. Melina membalas pelukan Alia.

"Rifqi, kau jaga Alia elok elok. Pastikan di selamat sampai ke rumah. Kalau tak, siap kau dengan aku." pesan Melina. 

"Yelah, aku tahulah." balas Rifqi. Alia mengukirkan senyumannya.

"okaylah. Bye Mel!! Dapatkan anak buah untuk aku!" kata Alia. Melina sudah menunjukkan penumbuknya ke arah Alia dan menjeling Alia.

Alia pula sempat ketawa sebelum berlalu pergi. Melina mengukirkan senyumannya dan menggelengkan kepala.

'apalah nasib dapat kawan macam tu.'

Melina menolehkan pandangannya ke arah Aryan yang berada disebelah yang hanya mendiamkan diri daripada tadi. Melina mengerutkan dahinya apabila melihat Aryan tersengih sengih macam kerang busuk.

"kau ni dah kenapa?" tanya Melina.

"jom" ajak Aryan. Melina semakin pelik dengan ajakan Aryan.

"jom apa ni?" tanya Melina.

"dapatkan anak buah untuk Alia." tak berlapit langsung Aryan bercakap.

"no!" bangkang Melina. Dia menggelengkan kepalanya berkali kali.

"ala Mel..." rengek Aryan. Melina pula berpeluk tubuh dan masih lagi dengan kata putusnya.

"No.". Aryan terus memandang Melina dengan serious. Melina pula buat tidak tahu sahaja.

"betul kau tak nak?" tanya Aryan.

"yes, betul. Aku memang tak nak." jawab Melina. Kemudian dia memandang Aryan. Dia menelan air liurnya apabila melihat Aryan seperti mahu memakannya. Aryan sengaja mendekatkan tubuhnya dengan senyuman nakalnya. Dia terus memeluk pinggang Melina supaya dekat dengannya.

"a..apa kau nak buat ni" cuak Melina apabila Aryan buat seperti itu. Aryan hanya mengukirkan senyuman nakalnya.

Tanpa memberi salam, terus sahaja Aryan menggeletek pinggang Melina menyebabkan Melina ketawa terbahak bahak.

"HAHAHAHA....Ryan, gelilah!" jerit Melina. Aryan hanya mengukirkan senyumannya. Seronok melihat Melina seperti itu. Melina terus terbaring di atas sofa kerana dia sudah tidak tahan dengan Aryan yang menggeletek pinggang.

 Selepas melihat Melina sudah seperti orang yang sudah kehilangan oksigen, terus Aryan berhenti menggeletek Melina dan menarik tubuh Melina supaya duduk.

Melina mengambil nafas sekejap. Penat ketawa tidak berhenti henti tadi. Dia membuka matanya dan memandang Aryan dengan pandangan yang tajam. Aryan pula hanya membuat muka tidak bersalahnya.

Sedang Melina memandang wajah Aryan, tiba tiba dia perasan sesuatu di luar tingkap. Dia mengecilkan sedikit matanya untuk melihat benda itu dengan jelas. Terbuntang matanya apabila dia melihat seorang lelaki yang berpakaian hitam menujukan pistolnya ke arah Aryan dan dirinya. Terus sahaja dia....

"tunduk!" jerit Melina dan menarik kepala Aryan supaya menunduk. Aryan sudah mengerutkan dahinya.' Kenapa pula dengan bini aku ni??' monolog Aryan.

Pang!! Terkejut Aryan apabila tingkap rumah itu sudah pecah. Melina mengetap giginya.

"Ryan, come!!" ajak Melina. Melina terus menjatuhkan meja di hadapannya lalu bersembunyi disitu bersama dengan Aryan. Jantung Aryan sudah berdebar debar.

 'Aku tak nak mati lagi!!' jerit Aryan di dalam hati. Beberapa peluru sudah ditembak ke meja yang disembunyi oleh Melina dan Aryan. Bahu Aryan sudah terhinjut apabila meja yang disembunyinya ditembak.

Entah mana datang semua peluru itu. Dia sudah pelik. Melina memandang ke arah Aryan yang sedang memejamkan mata.

"Ryan, kau dengar ni. Kau stay je dekat sini." kata Melina sambil memegang erat bahu Aryan supaya fokus kepadanya.

"Kau nak pergi mana?" tanya Aryan. Dia sudah menjadi risau apabila Melina berkata seperti itu.

"just stay here. Aku kena buat something." kata Melina. Aryan menggelengkan kepalanya berkali kali. Matanya sudah menjadi merah. Dia cuba tahan air matanya.

"hey, kau dengar je cakap aku. Aku akan okay. Kau cuma kene janji dengan aku kau duduk diam dekat sini." kata Melina dengan tegas dan mengusap lembut tangan Aryan. Akhirnya Aryan mengangguk juga kepalanya. Melina mengukirkan senyumannya.

"Pastikan kau selamat." pesan Aryan. Melina menganggukkan kepalanya dan terus melepaskan pegangannya daripada tangan Aryan.

Bang!!

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now