chapter 59

445 36 0
                                    

Mereka memandang satu sama lain. Terpaku masing-masing dan tidak sedar bahawa ada sepasang mata yang elok memerhatikan mereka.

Melisa hanya memandang anak mata Aryan dengan sangat dalam membuatkan Aryan terdiam dan berada di dalam lamunan.

Aryan tidak tahu benda apa yang merasuknya sehingga kan dia mengambil tindakan untuk mendekatkan wajahnya ke wajah Melisa. Dia seperti merindukan sesuatu.

"Omagod!! My eyes!!" Sedikit sahaja lagi bibir Aryan ingin bersentuh dengan bibir Melisa tetapi terhenti terus tindakannya apabila Aryssa yang daripada tadi melihat babak tersebut memotong perbuatannya.

Aryan dan Melisa terus tersedar dan memandang ke arah Aryssa yang sudah menutup matanya. Tak nak dia merosakkan mataya. Dia kecil lagi kot.

Melisa menggosok lehernya manakala Aryan berdehem.

"R..Ryss buat apa dekat sini?" Tanya Melisa. Tergagap juga dia. Maklumlah..kantoi 🤭🤭

"Mummy lupa ke...Rys nak gi school. Tak angka ulak apat engok drama kul 7." Kata Aryssa dalam keadaan pelatnya. Well, budak baru 5 tahun.

Melisa dan Aryan malu sendiri dengan apa yang dikatakan oleh Aryssa.

'drama pukul 7??'

"Err, daddy pergi dulu lah dear." Kata Aryan dan mengucup lembut dahi Aryssa.

Melisa hanya memandang pemergian Aryan sebelum menumpukan perhatian kepada anak daranya pula.

"Come. Let's go to school." Kata Melisa sebelum mendokong badan kecil Aryssa. Nasib baik ringan lagi.

****

Rifqi hanya memandang Aryan dengan reaksi yang pelik.

'apa kena dengan kawan aku seorang ni?? Daripada tadi mengelamun je..' monolog Rifqi.

"Oi, Ryan." Panggilan daripada Rifqi itu tidak dijawab oleh Aryan. Dia masih lagi menumpukan perhatian ke screen laptopnya tetapi tiada satu pergerakan pun yang bergerak.

Dia sudah seperti patung. Badannya ada je tetapi akalnya sudah melayang entah ke mana.

"Ryan!" Panggil Rifqi sekali lagi beserta dengan ketukan kuat di meja Aryan. Terhinjut bahu Aryan.

Aryan memandang Rifqi dengan pandangan yang blur.

"Haa..sedar pun. Dah sampai mana dah? Rusia? China?" Sindir Rifqi. Aryan mengerutkan dahinya.

"Apa yang kau cakap dia Rifqi?" Tanya Aryan. Rifqi mengeluh.

'subhanallah...kawan aku seorang ni.' monolog Rifqi.

"Kau ni kenapa? Daripada tadi termenung je. Tu laptop tu. Dah berbahang dah sebab kau tenung macam nak makan dia. Laptop pun tahu perasaan malu." Kata Rifqi sambil menunjuk nunjuk laptop Aryan.

Aryan mengeluh seketika.

"Tak ada apa apalah." Jawab Aryan. Suasana diam seketika sebelum Aryan mulakan perbicaraan dahulu.

"Ehh, Rifqi. Kau tahu tak yang Mel ada kembar?" Tanya Aryan.

"Tahu" jawab Rifqi sepatah.

"Ehh?? Macam mana kau tahu?" Pelik Aryan.

"Alia bagitahulah."

Aryan pun memuncungkan mulutnya 'o'.

Kemudian, Aryan kembali membuat kerjanya. Sebenarnya daripada tadi dia memikirkan tentang Melisa.

Baginya, Melisa terlalu seperti Melina. Sangat sama.

Dia rasa dia perlu buat sesuatu. Pasti ada sesuatu yang disorokkan okeh Melisa daripadanya. Dia mahukan identiti sebenar Melisa.

***

Ding! Dong!

Melisa terus berlari anak ke pintu utama rumah daddynya.

"Sekejap!" Ujar Melina.

'ishh, tak reti sabar betul.' rungut Melisa.

Dia membuka pintu tersebut.

Terkejut Melisa apabila Aryan tiba tiba sahaja jatuh ke atas badannya. Nasib baiklah Melisa tidak terjatuh sekali kalau tak patah pinggangnya nanti.

"Awak...euuww. Awak minum ke?" Melisa menutup hidungnya. Kuat gila bau alcohol.

Aryan masih lagi dalam keadaan mabuk. Dia hanya mengeluarkan sengihannya.

Melisa menutup pintu terlebih dahulu sebelum membawa Aryan ke dalam bilik. Dalam perjalanan untuk ke bilik, ada juga Melisa terasa seperti mahu muntah tetapi terpaksa ditahan.

Melisa terus menolak badan Aryan ke atas katil. Dia bercekak pinggang sambil memandang Aryan yang tersengih seperti orang mabuk. Well, memang dia mabuk pun. Hehehe...

'kau...nasib baiklah. Kali ni aku lepaskan kau.' monolog Melisa.

Baru sahaja dia mahu melangkah ke almari bajunya tiba tiba sahaja tangannya ditarik oleh Aryan.

Terjerit kecil Melisa apabila badannya jatuh keatas katil. Aryan terus menindih tubuh Melisa.

Gulp! Melisa sudah menelan air liurnya apabila Aryan memandngnya seperti mahu memakannya.

Aryan mendekatkan wajahnya ke wajah Melisa. Terus sahaja Melisa menahan dadanya.

'oh, no! Not today' kata Melisa dalam hati.

"Mel.." panggil Aryan.

'dia dah tahu ke?' tertanya tanya Melisa.

"Sorry? Im Melisa." kata Melisa.

Melisa menyedapkan hatinya. Dia tidak mahu kelihatan kalut dihadapan Aryan.

"Mel, tak payah sembunyikan lagilah...." kata Aryan

Terbuntang mata Melisa. Dalam hatinya, dia sudah menjerit.

'takkanlah macam tu je dia boleh tahu?' monolog Melisa.

"Aku dah tahu semuanya. Just be honest." Kata Aryan.

Lagilah Melisa berdebar.

Aryan mendekatkan wajahnya ke telinga Melisa.

"Kau..."

BERSAMBUNG

***

Jangan lupa vote ⭐ and comment!

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now