chapter 49

486 36 0
                                    

"No!!" Jerit Melina. Jeritan itu tidak dapat menghalang Damia daripada melepaskan lighter tersebut menyebabkan gudang itu sudah mula terbakar. 

"Bye! Bye!" Damia melambaikan tangannya sambil tersenyum sinis kepada Melina. Melina memandang Damia dengan tajam.

'Aku tak akan lepaskan kau' monolog Melina. Dia sudah tekad bahawa dia akan membalas balik apa yang Damia buat kepadanya termasuklah ibu kandungnya, Tengku Mariam. Damia sudah hilang daripada pandangannya.

Aryan sudah mengukirkan senyumannya apabila dia ternampak Melina tetapi dia perlu selamatkan Melina terlebih dahulu kerana api sudah semakin membara.

Baru sahaja dia mahu meneruskan langkahnya terus sahaja beberapa besi yang berada di dalam gudang itu jatuh di hadapannya. Langkahnya terbantut.

Semakin lama, semakin banyak barang barang yang jatuh. Aryan sudah mula panik. Dia perlu selamatkan. Baru sahaja dia mahu melangkah tiba tiba dia ditarik oleh Rifqi.

"Rifqi!" marah Aryan kepada Rifqi. Dia ditarik sekali lagi apabila dia mahu melangkah pergi menyelamatkan. Aryan menepis kuat tangan Rifqi yang menariknya.

"Ryan!!" jerit Rifqi.

"Sana lah! Mel ada dekat sana tu. Aku kena selamatkan dia." Kata Aryan. Suaranya sudah mula bergetar. Rifqi menggelengkan kepalanya.

"Bahaya Ryan. Api dah merebak sangat ni." kata Rifqi.

"No! I have to save her!". Laluannya untuk menyelamatkan Melina sudah penuh dihalang oleh pelbagai benda. Sedang Aryan cuba untuk mencari jalan lain tiba tiba matanya bertembung dengan mata Melina.

"Mel." perlahan sahaja Aryan kata. Matanya sudah mula bergenang air mata. Dia tidak mahu kehilangang Melina. Sempat dia melihat Melina tersenyum kepadanya sebelum dia ditarik oleh Rifqi dan beberapa pekerjanya. Aryan meronta ronta minta dilepaskan.

"Mel!!" jerit Aryan.

"Mel!!" Kali ini air matanya terus gugur. Dia dilepaskan sebaik sahaja dia telah di bawa keluar daripada gudang yang memang sudah dimakan oleh api yang sangat besar. Aryan menggelengkan kepalanya.

"Tak..tak...Melina akan okay." kata Aryan sambil menggelengkan kepalanya seperti orang yang hilang akal. Alia dan Rifqi memandang Aryan dengan pandangan yang sayu. Rifqi menghampiri Aryan dan meletakkan tangannya di atas bahu Melina.

"kenapa...kenapa korang halang aku!! Aku boleh selamatkan Melina dengan anak aku!!" tengking Aryan sambil menangis. Dia sudah tidak dapat buat apa apa pun kerana gudang itu memang sudah hancur.

Rifqi cuba untuk memeluk Aryan tetapi pantas ditepis oleh Aryan.

"Ryan." panggil Alia. Dia pun turut menangis melihat gudang yang sudah hancur itu. Sudah tentu Melina tidak dapat diselamatkan. Aryan menangis teresak esak. Rifqi memeluk Aryan sekali lagi. Kali ini Aryan tidak melawan.

"Anak aku...Melina.." sayu sahaja Aryan berkata. Mereka bertiga sama sama mengeluarkan tangisan.

Tanpa mereka sedar, sepasang mata sedang memerhatikan mereka...

5 tahun kemudian..

"Assalamualaikum daddy." sapa Aryan sebaik sahaja masuk ke dalam bilik Tengku Halim. Kini, kesihatan Tengku Halim semakin surut. Dia lebih banyak meluangkan masanya di atas katil. Syarikat Tengku Halim sekarang di uruskan oleh Aryan manakala syarikat Melina pula diuruskan oleh Damia buat sementara. Aryan tidak dapat menguruskan 3 syarikat sekali gus.

"Daddy sihat?" Tanya Aryan sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi sebelah katil Tengku Halim.

"Daddy sihat je." jawab Tengku Halim.

"Cuma...daddy tengok kamu yang tak okay Ryan." sambung Tengku Halim. Aryan menundukkan kepalanya. Dia sedar bahawa dia sudah berubah. Dia sudah mula pergi ke kelab malam, keluar dengan anak dara orang..dan paling teruk dia sudah mula minum minuman haram.

"Ryan, Mel sudah tiada nak..." ujar Tengku Halim.

"I know but.... dorang tak jumpa pun mayat dia daddy. Thats means she's still alive." kata Aryan. Tengku Halim hanya menggelengkan kepalanya.

"Kita doakan untuk dia je ye?" kata Tengku Halim kepada Aryan sambil menepuk perlahan bahu Aryan. Aryan hanya menganggukkan kepalanya.

" Oh, ye. Hari ini kamu kena jumpa dengan pengurus sebuah syarikat penghotelan daripada Italy." pesan Tengku Halim.

"Siapa?" tanya Aryan sambil mengerutkan dahinya. Tengku Halim hanya mengangkat bahunya.

"You will know her when you meet her" kata Tengku Halim sambil tersenyum.

"A girl??" 

"Abang Ryan!" panggil Damia dengan gedik sebaik sahaja melihat Aryan yang baru sahaja keluar daripada bilik Tengku Halim. Aryan hanya membuat muka menyampahnya dan tidak menghiraukan panggilan Damia.

Walaupun dia banyak kali bertukar tukar teman wanita tetapi dia tidak pernah berminat dengan adik iparnya itu. Damia memaut lengan Aryan tetapi ditepis kasar oleh Aryan.

"Ala abang ni...jual mahal betul." kata Damia dengan muka masamnya. Aryan menjeling Damia.

"Dont waste my time." Dingin sahaja Aryan berkata. Dia terus pergi meninggalkan Damia.

"Kau tunggulah...nanti kau akan datang juga dekat aku." kata Damia dengan perlahan sebelum mengukirkan senyuman sinisnya.

Aryan masuk ke dalam bilik meeting untuk perjumpaan dengan pengurus yang dikatakan oleh daddynya tadi. Sebaik sahaja dia masuk, dia memandang ke arah seorang perempuan yang sedang menulis sesuatu di buku notanya.

Perempuan itu berpakaian sangat kemas, rambutnya pula hanya separas bahu dan ada beberapa rambutnya yang diwarna blonde. Aryan tidak dapat melihat dengan jelas wajah perempuan itu.

"Hi." tegur Aryan dan menghampiri perempuan itu. Perempuan itu mengangkat wajahnya dan memandang Aryan. Dia mengukirkan senyumannya kepada Aryan.

Aryan pula sudah terkejut. Beg yang dipegangnya terlepas daripada pegangannya.

"Mel??"

BERSAMBUNG

From Ordinary To Extraordinary ✔︎Where stories live. Discover now