*
Aryssa Pov*
Pagi itu,aku memakai pakaian sport.Rambut diikat gaya messy bun.
Aku terus bergegas ke sekolah."Aduh,kenapa ni?Tiba tiba pulak buat hal?Aku dah lambat ni."Aku merungut seorang diri sambil keluar dari kereta.Kereta ni pulak buat hal.Dahlah orang dah lambat.Haih.
"Jom,naik dengan aku."Tiba tiba entah dari mana mamat sorang ni muncul pastu nak tumpangkan aku.Bila dia bukak helmet tu,baru aku perasan,Adzrin.Haih,pagi pagi lagi dah jumpa si mamat ni.
"Jomlah naik,nak ke taknak?"Adzrin masih di atas motornya.Aku teragak agak untuk naik sebenarnya."Err,tak apa ke?"Aku mencari kepastian.Dia mengangguk.
Aduh,sejujurnya aku taknak naik dengan dia.Takut tergoda lagi.
"Peluk kuat kuat."Adzrin mengusik aku apabila aku dah naik atas motor dia.Aku menepuk perlahan bahu dia.
"Eee,mengada lah,taknak lah aku.Nanti kau menggatal,Tengku Adzrin Hilmi!Kau nak mati ke?!"Aku menjerit sekuat hati.Adzrin membawa motor dengan sangat laju.
Memang terpaksalah aku peluk badan dia.Haih,siap kau Adzrin.
"Thank you,tumpangkan aku."Aku segera turun dari motor kerana banyak mata mata yang memandang kami berdua.Jealous lah tu.Ada jugak yang berbisik sesama sendiri.
Eee,aku jahit kang mulut tu.Baru aku berura ura nak pergi,Adzrin menarik tangan aku.
"Stop."Adzrin menahan aku.Dia merapatkan muka dia.Eish,dia ni suka sangat buat jantung orang berdebar.
"Jangan ikat rambut kau.Aku tak suka orang pandang leher kau."Adzrin berbisik di telinga aku lalu melepaskan ikatan rambut aku.Sumpah,aku terdiam.Tak tahu nak kata apa.
"Aku suka tengok kau blushing,haha."Adzrin beredar dari situ.Sah,muka aku memang dah merah.Tak guna punya Adzrin!Eeeee,geram!
"Hey,my friend!Rysasasaaa!"Asyraf melambai aku dari jauh.Haih,kawan siapalah ni.Dahlah sesuka hati ubah nama aku.
"Hey monyet!Mana yang lain?"Aku menghampiri Asyraf.Dari jayh aku dah nampak bibir Asyraf dah muncung sedepa!Hahaha,comel.
"Sampai hati awak panggil titew monyet.Yang lain ada dekat court tu ha.Tengah practice.Jom lah join."Belum sempat aku nak kata apa apa,Asyraf dah menarik tangan aku.Haih,redhalah ada kawan macam ni.
Asyraf berlari ke court.Tinggallah aku sorang dekat hujung court.Hmm.Sempat aku usha semua player.Sasa sasa oiii.Sedap mata memandang.
Tetapi aku lebih tertumpu kepada Adzrin.Aku tak tahu kenapa aku tak berkelip tengok dia.Dia lain and aku tak dapat ungkap apa yang lain tu.
Tengah syok-syok aku usha,tiba tiba kepala aku rasa berat.Aku memandang sisi aku.
Bola.Sah,aku kena bola.Aku memegang kepala aku yang sakit.Shit,berdarah."Damn,Aryssa!"Dari jauh kedengaran suara Adzrin dari jauh.Dia berlari ke arah aku.Baru aku nak bangun,badan aku dah terapung.
YOU ARE READING
Endless Love [C]
Подростковая литература[Completed] Ini kisah cinta di antara Tengku Adzrin Hilmi dan Tengku Aryssa Hanan.Kisah cinta yang luar biasa. --------🤍-------- Takdir mempertemukan mereka kembali.Golden Elite Highschool merupakan saksi pertemuan merek...