Miss you!

356 44 18
                                    

Adzrin ingin mengejar Aryssa yang semakin jauh itu,namun dihalang oleh Daniel.

"Biarkan,biarkan dia bertenang dulu.Jangan push dia."Daniel menepuk perlahan bahu Adzrin.

"Sarah,you pergi ikut Aryssa.Takut nanti jadi apa-apa kalau dia balik sorang."Arah Daniel.

Skip times

Tiba sahaja Aryssa dan Sarah di rumah,Aryssa segera masuk ke dalam bilik.Dia menyepahkan pakaiannya yang berada di dalam almari.

Luggage dibuka dan disumbat dengan pakaiannya.

"Aryssa,kau nak ke mana ni?"Pertanyaan Sarah tidak diendahkan oleh Aryssa.

"Aryssa,aku tanya ni.Kau nak ke mana?"Sarah menolak perlahan bahu Aryssa.

"Aryssa!Jawablah!"Sarah menutup kasar luggage kepunyaan Aryssa.

"Aku nak blah.Aku nak pergi jauh dari sini."Aryssa merenung tajam ke arah Sarah.

"Dalam keadaan macam ni?Kau gila ke?Fikirlah tentang diri kau.Tentang Ad.Tentang perkahwinan kau.Kau tak fikir ke semua tu?"Sarah menolak kasar bahu Aryssa.

"So,what?Aku tak kisah.Aku nak pergi jauh dari sini.Jangan halang aku."Aryssa menepis tangan Sarah.Nampaknya gadis itu memang sudah tekad untuk pergi jauh dari mereka semua.

"Ok,fine.Pergilah.Pergi sana.Tapi,kalau jadi apa-apa dekat suami kau,jangan salahkan kitorang.Salahkan diri kau.Kau yang pilih jalan ni."Sarah menolak kasar bahu Aryssa lalu pergi meninggalkan Aryssa.

Ketika Sarah hendak keluar dari rumah,Sarah terserempak dengan nenek tua tersebut.

"Tak apa,Sarah.Biar nenek pujuk.Insya allah semuanya akan kembali normal."Nenek tua tersebut tersenyum tipis ke arah Sarah sebelum berlalu pergi menuju ke bilik Aryssa.

"Aryssa."Aryssa terus mengelap air matanya sebaik sahaja namanya disebut.

"Eh,nek.Masuklah."Aryssa tersenyum lebar.Dia cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaan sebenarnya pada waktu itu.

"Meh sini.Duduk tepi nenek.Nenek nak cakap sikit."Nenek tua tersebut menepuk perlahan katil Aryssa.

"Ye nek.Nenek nak cakap apa?"Aryssa menyentuh perlahan tangan yang sudah berkedut itu sebaik sahaja dia melabuhkan punggung di birai katil.

"Sepanjang Aryssa tinggal di sini,nenek dah anggap Aryssa macam cucu kandung nenek.Nenek sayang sangat dengan Aryssa."Terpancar senyuman yang manis di wajah yang sudah berkedut dimamah usia.

"Aryssa pun sayang sangat dengan nenek.Terima kasih nek sudi bagi Aryssa tinggal di rumah nenek." Aryssa melentokkan kepalanya di bahu nenek tua tersebut.

"Aryssa gaduh dengan Adzrin ke?"Wajah Aryssa menjadi tegang sejurus selepas mendengar pertanyaan tersebut.

"Kenapa nenek tanya?"Soal Aryssa.

"Tak baik buat suami macam tu,berdosa Aryssa.Sejahat apa pun dia,dia tetap suami Aryssa.Aryssa kena ingat tu."Nenek tua tersebut mengusap perlahan pipi Aryssa.

"Tapi nek,Aryssa tak layak untuk dia."Aryssa menundukkan pandangannya ke lantai.

"Kenapa cakap macam tu?Nenek tengok Adzrin tu sayang sangat dekat Aryssa.Dia sanggup tinggalkan kerja demi cari Aryssa.Itu membuktikan bahawa cinta dia hanya untuk Aryssa seorang sahaja.Baliklah,Aryssa.Kesian pada Adzrin."Nenek tua tersebut berusaha sedaya upaya untuk memujuk Aryssa.

Endless Love [C]Where stories live. Discover now