*Aryssa Pov*
"Alaaa,rasa baru je sampai Langkawi.Tahu tahu dah nak balik KL.Hmm."Aku merungut perlahan.Tak puas lagi hati ni nak melanconggg.
"Next time kita pergi tempat lain pulak.Kalini lagi lama kita bercuti,ok."Adzrin berbicara denganku sambil membetulkan rambutnya di depan cermin.Haih laki aku ni,24/7 betulkan rambut je.Macam perempuan.
"Dahlah,tak payah duk betulkan rambut tuh."Aku bingkas berdiri dan memeluk erat tubuh Adzrin dari belakang.
"Kenapa,hm?Takut ada orang terpikat?"Adzrin memusingkan badannya.Dia terus memeluk tubuhku dengan erat.
"Yelah.Siapa je yang tak terpikat bila tengok abang?Aku mengelus perlahan dada Adzrin.
"Sayang mengandung ke?"Soalan Adzrin membuatku tersedak.
"Hah?Pregnant?"Aku menjarakkan sedikit diriku.
"Ya.Sebab abang tengok perangai sayang makin hari makin pelik je."Adzrin memandangku atas bawah.
"Eeee,mana adalah.Yang kuban-kuban je abang ni."Aku memukul perlahan bahu Adzrin.
"Menatang apa tu sayang?Kuban-kuban?Macam pelik je bunyi nya?"Soal Adzrin.Aku terus menepuk dahiku.
"Allah.Abang ni,harap je rupa ada.Tapi perangai old school.Kuban-kuban tu maksudnya bukan-bukan.Haih,dahla.Jom turun breakfast dengan yang lain."Aku menggeleng kepala perlahan lantas ingin pergi mengambil beg di atas katil.
Baru sahaja aku ingin melangkah pergi,tanganku ditarik oleh Adzrin.Tubuhku terus dibawa masuk ke dalam dakapannya.
"Maybe i'm old school.But,i know how to make you melt."Adzrin berbisik perlahan di telingaku.Wangian Adzrin membuat jiwaku meronta-ronta.Tak boleh jadi nih.
"Are you sure?What is it?Tell me the ways."Jari jemariku bermain di dada Adzrin.Aku berkata dengan nada yang menggoda.
"Betul nak tahu?"Adzrin merapatkan wajahnya dengan wajahku.Hidung kami bertemu.Aku tersenyum nakal.
"Sure."Aku berpaut pada leher Adzrin.
Adzrin mengukir senyuman yang nakal.Bibirnya semakin hampir denganku.Aku memejamkan mataku.
Tokk.Tokk.Tokk.Tiba tiba bunyi ketukan di pintu.Memang ada je kan gangguan?Haihh.
"Assalamualaikum.Kami dari Jabatan Agama Islam.Sila keluar."Kedengaran suara Asyraf di sebalik pintu.Mamat sorang ni memang kan?Otak selalu tertinggal.
Adzrin merengus perlahan.Dia menarik tanganku dan berjalan menuju ke pintu.
"Acap.Nak tahu sesuatu tak?"Soal Adzrin sebaik sahaja dia membuka pintu.
"Apa?"Asyraf senyum mengejek.
"Biasanya kalau kita berdua duaan,mesti ada yang ketiga kan?Biasanya yang ketiga tu syaitan.Tapi masalahnya sekarang syaitannya dah bertukar tempat dengan kau."Jawab Adzrin.
"Amboi kau.Dah berapa kali kau setankan aku?Kau tak tahu ke aku ada ramai peminat?Nanti dorang marah tau kau panggil aku setan.Hmph."Asyraf berkata dengan nada lembut.Mukanya saja dipalingkan ke tepi.
"Masya allah!Kau tak handsome pun,cap.Nak muntah aku tengok!"Adrian menjentik kuat dahi Asyraf.Baru sahaja Asyraf hendak membuat serang balas,Hannah memintas mereka.
"Eh,dah dah.Takpayah lah duk gaduh dekat sini.Malu lah orang lain dengar."Kata Hannah.
"Dahlah,jom breakfast.Tak payah nak buat perangai dekat sini."Kata Daniel lalu berlalu pergi.
![](https://img.wattpad.com/cover/274676071-288-k490846.jpg)
YOU ARE READING
Endless Love [C]
Teen Fiction[Completed] Ini kisah cinta di antara Tengku Adzrin Hilmi dan Tengku Aryssa Hanan.Kisah cinta yang luar biasa. --------🤍-------- Takdir mempertemukan mereka kembali.Golden Elite Highschool merupakan saksi pertemuan merek...