Gaduh II

243 37 6
                                    

*Aryssa Pov*

Saban hari, keadaan makin tegang.Hubungan aku dan Adzrin sudah tidak seperti dulu.Kami sudah tidak bertegur sapa.

"Rysa.Aku bukan nak masuk campur urusan kau.Tapi,aku terpaksa jugak."Sarah melabuhkan punggung di sebelahku.

"Kenapa hubungan kau dengan Adzrin semakin dingin?I mean hubungan korang dah macam bukan sebagai pasangan suami isteri.Korang dah macam stranger."Nada Sarah berubah menjadi perlahan.

"Memisahkan diri kami adalah pengakhiran yang diperlukan untuk kami berdua terus hidup.Hidup tanpa dihurungi rasa pilu dan derita."Aku tersenyum pedih.

"Apa maksud kau?"Riak muka Sarah berubah menjadi pelik.

"Aku tak sanggup nak bebankan Adzrin lagi."Aku menundukkan wajahku.

"Cukuplah Adzrin menderita selama ni selepas kehadiran aku dalam hidup dia.Aku cuma bawak nasib malang dalam hidup dia.Aku dah buat satu kesilapan yang besar."Mataku mulai berkaca.

"Memilih untuk sehidup semati dengan orang yang kita cintai,bukanlah satu kesalahan."Suara Adzrin menerpa gegendang telingaku.Aku mengangkat sedikit wajahku.Kini,Adzrin sudah berada di hadapanku.

"Cinta membawa kebahagiaan.Bukan membawa penderitaan."Aku mencuba untuk menahan air mataku dari mengalir di pipi.

"Aku yang bersalah.Aku yang bersalah kerana telah mencintai kau dengan sepenuh hati."Panggilan aku dan Adzrin sudah bertukar menjadi kau-aku.

"Cinta tak pernah salah.Manusia yang salah.Manusia terlalu mengejar kesempurnaan sehingga lupa makna cinta yang sebenar."Tiada senyuman yang terukir di wajah Adzrin.

"Cinta bukan tentang mencari kesempurnaan.Tetapi cinta adalah menerima kekurangan pasangan dengan sempurna."Adzrin berlutut di depanku.

"Cukuplah kau menjauh dari aku.Aku tak sanggup kehilangan kau.Tolong,jangan seksa jiwa aku."Adzrin mengusap perlahan tanganku.

"No,we can't.Ni semua hanya akan menambahkan derita dalam hidup kau."Aku menarik perlahan tanganku.

"Bukan cinta namanya kalau tak ada dugaan.Kita hadapi semua ni sama-sama,ok.Percaya cakap aku.Kita boleh hadapi semua ni."Adzrin masih berusaha untuk memujukku.

"Dahlah,Adzrin.Cukuplah.Kita tak boleh hidup bersama lagi."Aku bingkas bangun lalu pergi meninggalkan Adzrin.

"Kau sedang seksa jiwa kau sendiri,Aryssa!Kau sedang tipu hati kau."Suara Adzrin membuatkan langkahku terhenti.

"Mungkin ini takdir kisah cinta kita.Tiba masanya,kita perlu berpisah."Aku berbicara dengan Adzrin tanpa menoleh sedikit pun ke arahnya.

Aku takut.Aku takut aku tak kuat bila tengok wajah Adzrin.Aku takut pendirian aku akan goyah.Maafkan aku,Adzrin.

*Natasha Pov*

Aku menguak pintu bilikku perlahan-lahan sambil membawa masuk sebuah dulang berisi sarapan pagi.

"Anis.Jom makan."Aku melabuhkan punggungku di birai katil.Aku meletakkan dulang di sisi Anis.

"Tak.Nak."Anis membalut dirinya menggunakan selimut tebal.

"Anis.Sampai bila kau nak macam ni?Tak kesian ke dekat Ian?"Soalanku membuatkan Anis melompat dari katil.

"Sampai dia ceraikan aku!"Nada Anis naik seoktaf.

"Ya allah,Anis!Kau sedar tak apa kau cakap ni?Cerai bukan perkara main-main,Anis."Aku berdiri di hadapan Anis.

"Habistu?Kau nak tengok aku hidup dengan penuh kebohongan?Kalau macam tu,lebih baik aku mati!"Anis terus menggeledah mejaku.Dia mencapai gunting yang berada di atas meja.

Endless Love [C]Where stories live. Discover now