Ponteng

406 65 8
                                    

*Aryssa Pov*

Masa berlalu dengan begitu pantas.Pejam celik,pejam celik,dah hampir sebulan aku sekolah di Golden Elite Highschool.Hampir sebulan juga aku jadi girlfriend express Adzrin.

Aku teringat peristiwa aku dan Marissa.Aku tergelak ketika mengingat peristiwa itu.

Flashback

Cafe

"Hey perempuan.You ni memang tak tahu malu kan?Tak cukup dengan Adzrin,ahli Ice Knight yang lain pun you nak rampas.Dasar perampas."Marissa menyindir aku ketika aku masuk ke dalam cafe.

Aku berpusing ke arah Marissa lalu berpeluk tubuh di depan dia dan kawan kawannya."Excuse me?Are you talking to me?"Aku bertanya dengan nada sarkastik.

"Ala,you tak payah nak acah bagus sangat lah.I nak you tahu yang Ice Knight milik kitorang."Aku memandang name tag gadis itu,Sabrina.

"Sejak bila dorang tu hak you guys?Setahu aku,Ice Knight banyak kali reject korang.Korang tak pernah pun official dengan dorang kan?Macamlah aku tak tahu,yang korang tu nak kikis harta dorang kan?Hmph,kaki kikis.Dah dahlah tu menggedik.Jangan jadi murahan."Aku menepuk perlahan bahu Marissa sebelum melangkah pergi.

Marissa menghentak kaki.Mukanya sedang menahan malu.

Semua yang berada di kantin itu,bersorak dan menepuk tangan dengan gemuruh."Kau silap besar nak lawan dengan aku.Tengku Aryssa Hanan tak  akan pernah kalah dengan perempuan murahan macam kau"Aku berbisik perlahan.Aku tersenyum sinis.

End flashback.

"Oi sengal.Kau ni berangan je kerjanya."Suara Adzrin menyedarkan aku dari lamunanku.Aku hanya menjeling Adzrin yang sudah duduk itu.

"Kau ni,kalau sehari tak sakitkan hati aku,tak boleh eh?"Aku bertanya kepada Adzrin."Tak.Nanti aku sunyi."Adzrin mengenyitkan matanya ke arah aku.Adzrin,kau ni suka buat hati aku tak keruan.

"Sejak bila jadi sweet talker ni?Bukan selama ni beku macam ais ke?"Aku bertanya dengan nada sarkastik.

"Sejak jumpa kau."Adzrin menongkat dagu lalu memandang ke arah aku.Stop Adzrin,jantung aku dah nak terkeluar ni.

"Hahaha,aku suka tengok kau blushing."
Aku terus memukul lengan Adzrin.Dia ni,ada je idea nak malukan aku.

"Anyways,jom."Adzrin tiba tiba menghulurkan tangannya kepadaku."Jom?Jom ke mana?"Aku menggaru garu kepalaku yang tidak gatal itu.

"Jom kahwin,hahaha."Adzrin tergelak kecil."Bongok,siapa nak kawin dengan kau.Kau tu-" "Dahlah,ikut je.Kalau dengar kau membebel,sampai bila pun tak habis."Adzrin terus menarikku keluar dari kelas.

Aku hanya mengikuti dia dari belakang.Manalah mamat ni bawak aku?"Stor?"Tanyaku sebaik sahaja langkah kami terhenti di depan sebuah stor."This is not a store,baby girl.This is our port bila kitorang ponteng.Jom."Adzrin mencuit hidungku lalu mengajak aku masuk.

Aku tergamam sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik itu.Bilik ada aircond,siap ada sofa lepastu ada katil.Wow,bukan biasa biasa."So,korang lepak sini setiap kali korang ponteng?"Aku bertanya kepada Adzrin.

Adzrin hanya mengangguk kecil.Aku melabuhkan punggung di sebelahnya."So,what's your motive bringing me to here?"Aku mengangkat kening sebelah.

"Saja.Aku bosan.Dorang taknak ponteng harini.Nak jadi baik katanya."Adzrin hanya menumpukan perhatian kepada fon nya.

"Ouh,lepastu kau nak ajak aku jadi budak nakal lah ni? Naughty lah kau ni."Aku mencubit lengannya dengan kuat.Adzrin terjerit.

"Siapa tu?"Suara Cikgu Azri kedengaran dari luar.Shit,macam mana Cikgu Azri ada dekat sini?

Endless Love [C]Where stories live. Discover now