Chapter 5: Gaduh

5.7K 74 2
                                    

2 hari pertama orientasi syarikat yang pada mulanya bermula di pejabat AGV, kini mereka berpindah ke salah sebuah hotel milik AGV di Port Dickson. Orientasi mereka akan berakhir di hotel tersebut. Mereka semua sibuk dengan taklimat dan aktiviti yang dirancang oleh Pejabat Sumber Manusia itu. Sepanjang mereka disana Liya mendapat berita baik yang rumah kawannya Mia itu memiliki bilik kosong kerana rakannya mengambil keputusan untuk keluar lebih awal. Malam itu sewaktu mereka sedang berehat Liya menelefon Aiman.

"Assalamualaikum Aiman?" Liya memberi salam

"Waalaikumsalam... Orang dah dapat kerja baru... Ingat dah lupa nak call" kata Aiman

"Ala B... I kan tengah orientasi... Hari Sabtu pagi baru bertolak balik..." kata Liya.

"Kenapa?" tanya Aiman

"Nak minta tolong B... I nak pindah ke rumah kawan I... Hari Ahad boleh tak datang rumah Abang Long I dekat Cyberjaya" pinta Liya.

"Jauhnya rumah Abang Long Sayang... You tahukan B tinggal dekat Gombak" kata Aiman. Liya mengeluh perlahan sedikit kecewa dengan Aiman, sebelum ini dia tidak pernah begitu.

"Tak apalah... I minta tolong... kalau B busy... I minta tolong Abang Long je" kata Liya.

"Jangan lah merajuk... Pukul berapa nak I ambil you?" tanya Aiman

"Kalau you tak busy la... Datang la dalam pukul 11... Boleh I kenalkan B dekat Abang Long I..." kata Liya

"Okay..." kata Aiman.

"Mesti ramai yang mengorat you kan?" tanya Aiman lagi. Mendengar pertanyaan Aiman, Liya yang tertawa.

"Orang semua tengah sibuk la tak sempat pun nak berkenalan lebih – lebih... Lagipun I kena divide masuk business unit I... "cerita Liya.

"Yela dalam unit u tu takkan la tak ada lelaki" kata Aiman.

"Semua sibuk B... Tak ada masa nak mengurat pun" kata Liya lagi.

"Eleh nak cover la tu... Cakap je la ada orang yang tackle Sayang" kata Aiman memaksa. Liya mengeluh lagi.

"B... Tak ada siapa pun nak tackle I... I pun tak ada masa... Cuba la percaya... Selama kita in relationship ada I pernah curang dengan B?" tanya Liya sedikit meninggikan suaranya.

"Yela benda tak nampak... Sayang boleh cakap apa saja... B kena percaya bulat- bulat" kata Aiman mula meninggi suara.

"Dahla... orang penat tau... Kalau tak nak percaya ikut B lah... Kalau sibuk hari Ahad tu B tak payah datang lah" kata Liya mematikan telefonnya.

"Apasal Aiman jadi macam ni dulu tak macam ni pun" kata Liya didalam hati, televisyen yang dipasangnya menghiasi bilik itu. Tetapi Liya langsung tidak ambil pusing dengan tayangan cerita di televisyen itu. Didalam fikirannya hanya perubahan perangai Aiman yang mula berubah bila dia mendapat tawaran bekerja di situ.

Pagi Ahad itu Liya mengemaskan begnya, seperti yang dijanjikan dia akan berpindah kerumah rakannya Mia. Sejak dari malam itu, Aiman langsung tidak menghantar mesej mahupun menelefon Liya. Liya turun dari biliknya sambil membawa begnya turun ke bawah. Abang Longnya sedang berehat sambil menonton televisyen.

"Dah siap Liya?" tanya Abangnya.

"Dah barang semua dah siap" kata Liya

"Nak Abang hantar ke macam mana? Hari tu cakap dengan Abang... Aiman nak datang" kata Abang Longnya

"Tak kut dia kata dia sibuk... Kawan Liya yang Liya nak sewa ni nak datang ambil" kata Liya. Abangnya mengangguk. Lebih kurang pukul 11:30 ada kereta berhenti didepan rumah Abang Longnya. 2 orang gadis memberi salam.

"Assalamualikum" suara dua gadis memberi salam.

"Waalaikumsalam... Mia... Kak Nisa masuklah" jemput Liya kepada rakannya dan seorang gadis yang baru dikenalinya sewaktu dia datang interview dulu. Mia adalah seorang gadis yang berasal dari Johor sebaya dengan Liya manakala rakan yang datang dengannya bernama Nisa dia jauh lebih tua dari Liya dan Mia. Mia datang dari keluarga yang agak berada, rumah yang didukinya sekarang adalah rumah milik keluarga Mia. Mereka hanya perlu membayar sewa kepada Mia duit sewa itupun sebenarnya hanyalah wang pengurusan rumah sahaja. Disamping itu dia bekerja sebagai Pegawai Pemasaran untuk sebuah syarikat Media. Manakala Kak Nisa yang berumur dalam 30 tahun adalah seorang wartawan yang berkerja disebuah majalah perniagaan dan hiburan yang terkenal di Malaysia. Setelah mereka selesai menjamu selera makan tengahhari bersama keluarga Abang Longnya. Mereka bertiga terus menuju ke arah Damansara, dimana rumah Mia terletak.

"Masuklah Liya" ajak Mia yang membawa sebuah beg besar dan diikuti Kak Nisa membawa satu lagi beg besar dan Liya membawa beg sederhana besar. Mereka terus membawa beg ke sebuah bilik yang tersedia semuanya. Liya terus membuka begnya dan mula mengemas sambil dibantu oleh Mia dan Kak Nisa. Sambil dia mengemas.

"Mia... Sewa berapa? bila nak bayar?" tanya Liya.

"Kau bayar je kat aku dalam 700 sebulan... Duit sewa korang ni aku guna untuk bayar elektrik, air, bil pengurusan apartment ni okay... Bayar bila dapat gaji" kata Mia. Liya mengangguk.

"Kau jangan takut pula nak pakai aircond... Pakai je... Sewa korang lebih dari cukup" kata Mia lagi.

"Liya... Liya kerja dengan AGV kan?" tanya Kak Nisa. Liya mengangguk.

"Liya pernah jumpa dengan CEO AGV tak? tanya Kak Nisa lagi.

"Tak pernah Kak... Kenapa?" tanya Liya.

"Sebenarnya banyak reporter cuba nak dapatkan eksklusif interview dengan CEO baru tu... Tapi dah sebulan lebih pejabat dia asyik menolak. Akak pun try still tak dapat – dapat lagi, even cameraman kami pun tak dapat gambar dia" cerita Kak Nisa.

"Tapi kalau dah CEO mesti la dah berusia kan?" kata Liya lagi.

"Kalau dari siasatan akak... Umurnya dalam lewat 20an hingga awal 30an, tapi anak TanSri Amer Umar ni sangat misteri berbanding anak – anak dia yang lain, sehinggakan nama pun tak tahu." jawab Kak Nisa

Tiba – tiba telefon Liya berbunyi, nama tertera ditelefon jelas satu huruf B. Mia tersenyum melihat nama tersebut dan terus mengajak Kak Nisa keluar dari bilik.

"Salam... Nak ambil Sayang pukul berapa ni?" tanya Aiman

"Waalaikumsalam... Baru sekarang nak tanya... I dah sampai rumah Mia pun" balas Liya. Mendengar kata Liya Aiman terus melenting.

"Habis yang kau minta aku datang ambil kenapa? Nasib baik aku tak keluar lagi... Mentang – mentang la kau dah jadi orang hebat... Aku kau buat macam apa je..." kata Aiman.

"Aiman... You yang cakap rumah you dari rumah Abang Long I jauh la... Sibuk lah... Lepas tu kata I macam ni" Liya meninggi suaranya.

"Ahhh... Sudahlah Liya... I tahu you rasa you lagi hebat dari I... You mesti nakkan boyfriend yang lagi hebat dari you" kata Aiman yang mula mengomel. Liya makin geram terus mematikan telefonnya dan melemparkannya ke katil. Liya terus keluar dari bilik, dia dapat melihat Kak Nisa dan Mia sedang berlakon duduk di ruang tamu. Dia sedar mereka berdua mendengar perbualannya dengan Aiman.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang