Chapter 37: Berubah 180

5.7K 72 0
                                        

Pagi itu Iskandar bersiap seperti biasa, dia memilih untuk memakai 3-piece suits berwarna kelabu dipadankan dengan kemeja berwarna biru lembut dan tali leher biru gelap. Iskandar keluar dari biliknya. PakTam sedia menunggu Iskandar untuk menghantar Iskandar pada hari itu.

"PakTam awal siap nak pergi mana?" tanya Iskandar.

"Hantar kamu. TanSri dengan Puan Yana pesan mulai hari ni PakTam kena hantar dan jemput Is dari pejabat" kata PakTam.

"Tak mengapa PakTam... Is boleh pergi sendiri. Lagipun Is dah janji dengan Liya." kata Iskandar yang masih berdegil.

"Tapi... TanSri dan Pn Yana" belum sempat PakTam menghabiskan ayatnya.

"Tak apa PakTam saya pergi sendiri" kata Iskandar, dia terus keluar dari apartmentnya dan memula langkahnya ke station. Iskandar berjalan seperti biasa, tetapi tanpa dia sedari ada 3 buah motosikal dan 2 buah kereta mengikutnya dari jarak agak jauh. Ketika dia hampir tiba di stesyen MRT dia ternampak Liya sedang tersenyum melihat kearahnya. Iskandar membalas senyuman Liya, Iskandar menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Belum sempat Iskandar melintas jalan tiba – tiba Iskandar di serbu dengan cahaya lensa kamera bertubi - tubi. Iskandar juga diserbu dengan pelbagai soalan yang langsung tidak dapat didengarinya. Liya yang melihat dari seberang jalan panik dengan apa yang dilihatnya.

Liya cuba melintas jalan untuk membantu Iskandar, belum sempat dia melintas sebuah kereta berhenti didepannya. Satu suara yang cukup dikenali Liya memberikan arahan kepadanya.

"Liya masuk... Cepat" kata PakTam dengan tegas. Liya terus masuk tanpa berkata apa-apa. Kereta yang dipandu PakTam terus mengambil U-Turn dan terus ke arah dimana Iskandar diserbu oleh paparazzi dan wartawan. Kereta yang dipandu PakTam terus berhenti dan pintu kereta dibuka Iskandar terus masuk tetapi cahaya lensa kamera terus merakam dan mengambil gambar lelaki tersebut.

Kereta yang dipandu PakTam terus memecut laju kearah pejabat.

"Terima kasih PakTam" kata Iskandar yang terkejut dengan serbuan yang diterimanya tadi.

"Macam mana Liya ikut PakTam?" tanya Iskandar yang melihat kearah Liya, wajah Liya pucat melihat kejadian tadi.

"PakTam ambil dia sebelum dia sempat pergi kepada kamu Is" kata PakTam. Wajah PakTam masih belum tenang. Dia melihat ada beberapa motorsikal mengikut kereta yang dipandu PakTam. PakTam terus memandu dengan mahir. Pemanduan PakTam membuatkan Iskandar terkejut, Liya sudah lama menutup matanya kerana takut melihat jalanraya dengan PakTam membelah jalan, mengelak kereta yang ada dihadapannya. Kemahiran PakTam memandu membuatkan motorsikal yang cuba mengejar kereta mereka hilang dari pandangan.

PakTam terus memanggil seseorang.

"Assalamualikum... Man... Macam mana situasi dekat pejabat?" tanya PakTam.

"Waalaikumsalam... Kau bawa masuk Tn Iskandar terus masuk parking... Jangan bawa masuk ikut lobby. Terlampau ramai wartawan dekat lobby." Kata lelaki yang bernama Man. Iskandar dan Liya cukup mengenali suara itu. Suara Ketua Pengawal Keselamatan yang sentiasa menemani Liya ketika Liya menunggu Iskandar, lelaki itu juga bersama dengan Iskandar ketika Liya hampir diperkosa. Setahu Iskandar PakTam dan PakMan bekerja dengan keluarga mereka sejak dari ayahnya bekerja lagi dan menjadi orang kepercayaannya. Apabila mereka tiba di perkarangan pejabat, Liya matanya terbungkam, berpuluh – puluh wartawan dan paparazzi sedang menunggu di depan pintu lobby pejabat. Kereta yang dipandu PakTam terus masuk kebahagian parking, mereka berdua keluar dari kereta sambil ditemani oleh PakTam yang bergerak bagai bodyguard. Melihat wajah Liya, Iskandar tahu yang Liya sedikit tertekan dengan apa yang dilalui kali pertamanya.

"Liya... Okay?" tanya Iskandar. Liya hanya mengangguk tetapi wajah langsung tidak tenang.

"Liya... Is minta maaf ye... Hari ni Is tak boleh breakfast dengan Liya macam selalu." Kata Iskandar. Liya hanya mengangguk. Liya masih cuba menyerap dan membiasakan diri dengan suasana yang dia baru lalui. Liya terus keluar dari lift dan terus ke pejabatnya. Liya hanya mampu duduk dimejanya. Kak Ana yang baru tiba, melihat kearah Liya yang sedang duduk di mejanya dia begitu teruja.

"Liya... Wah tak sangka ye... Liya tengah berdating dengan Big Boss" kata Kak Ana. Liya hanya tersenyum simpul tapi wajah pucatnya tidak dapat diselindungi.

"Liya kenapa pucat sangat ni?" tanya Kak Ana. Liya Cuma menggeleng kepalanya.

"Liya... Jom... Kita pergi café. Liya tak breakfast lagi ni..." kata Kak Ana yang seperti memahami apa yang dilalui Liya ketika itu.

Pagi itu Pejabat AGV kelam kabut dengan kehadiran wartawan dari surat khabar dan majalah dari seluruh Malaysia dan juga majalah antarabangsa. Liya dapat melihat kesibukan Jabatan Public Relation yang mula berkejaran ke dewan utama. Ketika mereka berdua mula tiba di Café beberapa orang yang biasa Liya terjumpa mula menunjukkan pada rakan semeja mereka pada Liya dan ada yang sedang berbisik sambil melihat kearah Liya. Tingkah laku mereka membuatkan Liya rasa tidak selesa. Liya mula sedar apa yang dimaksudkan perubahan yang bakal dilaluinya. Liya juga mula sedar kenapa Iskandar tidak gemar menampilkan diri kepada umum.

Liya yang ditemani oleh Kak Ana cuba untuk tidak mengambil peduli dengan pandangan orang ramai kearahnya. Tiba – tiba seluruh televisyen yang berada di pejabat AGV bertukar ke logo syarikat dan pengumuman rasmi siaran langsung bersama CEO AGV terpapar dikaca televisyen. Liya dan Kak Ana menunggu dengan sabar. Tidak lama kemudian, Pengarah PR syarikat AGV muncul di kaca televisyen.

"Assalamualaikum... Good Morning... Today we will have an Emergency Press Conference. To all the media and press that attend to day. We would like to say Thank You. It is my great pleasure to welcome you to Amer Global Ventures (AGV Corporations) and introduce you to our CEO, Mr. Amer Iskandar. I would now invite Mr Amer Iskandar B. TanSri Amer Umar. Thank you very much." Kata Pengarah PR tersebut. Iskandar masuk ke dewan dengan langkah yang cukup yakin. Liya tersenyum melihat langkah lelaki tersebut. Liya sekali lagi dia sedar, lelaki itu sememangnya bukan lelaki biasa. Langkahnya, senyumannya, suaranya, keyakinannya membuatkan Liya sedar sedar yang lelaki bernama Amer Iskandar adalah seorang pemimpin organisasi terbesar di Malaysia dan juga dunia. Setiap persoalan dari wartawan Iskandar dijawab dengan meyakinkan. Liya juga dapat mendengar dari rakan unit pelaburan mengatakan saham syarikat AGV meningkat keparas tertinggi sejak TanSri Amer bersara. Iskandar amat berbeza apabila membawa personality CEOnya, apabila bersama dengan Liya dia menjadi orang yang sangat lemah lembut.

Sepanjang hari itu, pejabat AGV dikerumuni wartawan yang membuat liputan secara tidak putus – putus. Boleh dikatakan sepanjang hari itu cerita Iskandar menjadi pengganti memenuhi hampir setiap rancangan televisyen. Termasuklah rancangan wanita, yang membincangkan cara Iskandar berfesyen dan mengayakan fesyennya. Liya yang berada di pejabatnya melihat siaran televisyen tengah hari tadi pengacara mula membincangkan tentang "Potensi Kekasih Untuk Iskandar" dan mereka mula menggelarkan Iskandar sebagai "The Most Eligible Bachelor". Liya mula merasakan yang dia tidak layak untuk hidup disisi Iskandar.

Tiba – tiba handpone Liya berbunyi. Liya melihat kearah telefonnya.

Liya dah lunch? Jom teman Is lunch... Is dah minta boss Liya lepaskan Liya awal untuk harini.

Secara tiba – tiba datang Pengarah untuk department Liya datang ke arah meja Liya.

"Aliya... Awak boleh balik ye Liya... Big Boss panggil awak" kata Pengarah departmentnya sambil tersenyum.

"Tak apa ke Boss?" tanya Liya seperti sangsi.

"Ye tak apa..." kata Boss Liya lagi. Liya yang mula rasa serba salah mengemaskan barangnya dan mula menuju kearah lift.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang