Hujung minggu itu Liya duduk dirumah bersama dengan rakan serumahnya sambil menonton televisyen. Hari itu mereka hanya bersantai di rumah, Liya sejak dia pulang dari Cameron Highlands Liya banyak bermain dengan telefonnya sambil tersenyum. Setiap kali dia melihat gambar dia dengan Iskandar di Cameron dia akan tersenyum sendiri. Pada ketika rakan serumahnya sedang berada di dapur.
"Liya ni strawberry kau ke? Nak sikit boleh?" tanya Mia dari dapur.
"Ambillah bawa je bekas tu ke depan" kata Liya. Mia membawa bekas yang dipenuhi buah strawberry ke depan dan diletakkannya di meja ruang tamu. Mia mengambil sebiji dan diikuti Liya dan dimakannya perlahan – lahan. Mia melihat kearah Liya
"Kau sejak 4,5 hari ni kau asyik tersenyum sendiri je Liya" kata Mia.
"Tak ada apa lah" Balas Liya tersenyum.
"Tak ada apalah sangat... Ni mesti pasal Abang Iskandarkan?" usik Mia. Liya terus tersenyum.
"Hari tu kau balik lambat kau pergi mana?" tanya Mia tersenyum lagi.
"Aku keluar dengan Is... Dia yang hantar aku balik malam tu" kata Liya.
"Is dah jumpa parents kaukan? Bila dia nak bawa kau jumpa parents dia pula?" tanya Mia.
"Is kata tunggu adik aku cuti sem... Sebab ayah aku suruh bawa adik aku at least sebagai peneman." Kata Liya.
"Tak lama dah tu kan adik kau nak cuti semester" kata Mia. Tiba – tiba Kak Nisa terus masuk kerumah dengan tergesa – gesa.
"Uish Kak Nisa kenapa kelam kabut sangat ni... Masuk rumah tak bagi salam" kata Mia. Kak Nisa terus mengambil remote televisyen dan menukar siaran.
"Akak dengar ada gossip pasal Iskandar akan keluar hari ni" kata Kak Nisa. Hati Liya berdebar mendengar kata – kata Kak Nisa.
"Dengan siapa kak?" tanya Liya perlahan.
"Akak tak tahu... Kawan akak yang bagi tahu" kata Kak Nisa.
Rancangan hiburan mingguan yang popular mula bersiaran di kaca televisyen. Slot pertama yang ditunjukkan di televisyen Gossip. Gossip pertama yang dipaparkan adalah mengenai Eliza dan projek filem terbarunya, temuramah yang bermula dengan projek Eliza bertukar arah.
"Baru – baru ni ada gambar tersebar antara Eliza dengan Amer Iskandar. Apa hubungan Eliza dengan Amer Iskandar?" tanya wartawan tersebut.
"Gambar apa ni? Saya tak tahu pun" kata Eliza. Wartawan menyerahkan gambar tersebut.
"Owh ini gambar saya dengan Iskandar dengan kawan – kawan kami. Just a small reunion" kata Eliza sambil menunjukkan gambar di mana Eliza memeluk tangan sambil meletakkan kepalanya dibahu Iskandar tersebut pada kamera.
"Tapi gambar ni macam Eliza lebih daripada mesra sahaja" kata Wartawan tersebut sambil tersenyum kearah kamera.
"Saya dengan Iskandar kami memang rapat." Kata Eliza.
"Teman istimewa?" tanya wartawan itu lagi.
"Itu saya tak boleh jawab... Yang saya boleh kata kami berkawan baik. Kalau itu jodoh saya. Kita tak boleh menolak bukan." kata Eliza tersenyum.
"Tetapi kami ada juga dapat gambar lain. Amer Iskandar bersama dengan seorang gadis lain" kata wartawan tersebut. Tersentap Liya mendengar kata – kata wartawan tersebut rasa cemburunya membuak. Dia bertanya pada dirinya sendiri samada Iskandar ikhlas dengannya atau tidak.
"Siapa?" tanya Eliza. Wartawan tersebut memberikan gambar tersebut pada Eliza, wajah Eliza berubah apabila melihat gambar tersebut.
"Saya tiada comment pasal perempuan ini. Saya tak kenal dia." Kata Eliza yang cuba tersenyum.
"Nampak gaya... Eliza ada pencabar untuk memenangi hati Iskandar ye?" kata wartawan tersebut sambil tersengih. Eliza dari tersenyum tadi terus berubah.
"Ini kisah hidup peribadi saya. Rasanya tak perlulah melebih ye. Maaf ye Pengurus saya dah panggil saya perlu pergi" kata Eliza dan terus pergi meninggalkan wartawan tersebut. Wartawan itu tersenyum.
"Siapakah yang bakal menjadi pemilik hati Tn Amer Iskandar, the most eligible bachelor yang menjadi perhatian semua. Kita sudah menemuramah Eliza, kini kita ingin mengenali gadis yang terdapat dalam gambar ini. Siapakah gadis ini? Dari maklumat yang kami tahu kami gelarkan gadis ini sebagai Miss AA, gadis misteri yang mungkin telah mencuri hati Amer Iskandar." Kata wartawan dan pada masa sama gambar tersebut dipaparkan dikaca Televisyen. Kak Nisa, Mia dan Liya sendiri terkejut melihat gambar yang dipaparkan. Walaupun sedikit kabur dan kurang jelas kerana gambar tersebut diambil pada waktu malam, mereka tahu siapakah gadis tersebut. Kak Nisa dan Mia memandang tepat ke arah Liya. Liya hanya memandang ke arah mereka berdua.
Liya tidak menyangka yang dia kini bakal menjadi carian media. Itulah nasihat Kak Nisa pada dirinya, sebelum ini Iskandar sahaja yang menjadi buruan media. Liya bersiap untuk ke pejabat, sejak dari hari Iskandar dikejar oleh Paparazzi dia sentiasa mengambil Liya agar Liya tidak perlu menghadap media yang menjadi pengacau. Kereta yang dipandu PakTam tiba di perkarangan apartment Liya. Liya terus membuka pintu belakang dan terus masuk. Liya tersenyum melihat Iskandar sedang menantikannya didalam kereta.
"Terima kasih PakTam... Hari – hari ambil Liya" kata Liya.
"Tak apa... Memang tugas PakTam, Liya... Lagipun Tn Iskandar tak akan senang hati kalau Liya pergi atau balik kerja sendiri" kata PakTam tersenyum. Iskandar seperti tidak mendengar kata – kata Pak Tam dia terus melihat jadualnya pada hari ini.
"Is ada tengok rancangan hiburan semalam?" tanya Liya.
"Secara jujurnya Is tak pernah tengok cerita – cerita macam tu" jawab Iskandar. Liya tersenyum
"Dah agak..." kata Liya sambil tersenyum.
"Ada gossip pasal Is... dengan Eliza" kata Eliza. Wajah Iskandar terus berubah. Dia terus menghadap kea rah Liya.
"Liya jangan percaya dengan gossip ye... Please... Is tiada apa – apa hubungan dengan Eliza. Selain dari Keluarga dia berkawan dengan parents Is... Itu saja." Iskandar memberi penjelasan.
"Is... Liya percayakan Is... Tetapi ada satu perkara lain yang Is kena tahu" kata Liya.
"Is ingat masa kita balik lewat hari itu yang masa Is bawa Liya tu" tambah Liya. Is hanya mengangguk.
"Ya" balas Iskandar.
"Ada paparazzi or media dapat tangkap gambar kita berdua masa PakTam hantar balik" kata Liya. Wajah Iskandar terus berubah apabila mendengar kata – kata Liya.
"Kenapa Is?" tanya Liya.
"Is sebenarnya taknak Liya terdedah dengan media. They can and will create anything from nothing" kata Iskandar. Liya mengangguk yang dia faham.
"Minggu ni Achik dah start cuti semesterkan?" tanya Iskandar.
"Ya... Achik habis paper hari Rabu" kata Liya.
"Boleh lepas kerja Liya bagi passport Liya dengan Achik dekat Is...." pinta Iskandar.
"Kenapa Is...?" Liya bertanya kembali
"Kita pergi Aspen hari Jumaat ni lepas kerja. Apply cuti... Tak apa Is akan uruskan tu" kata Iskandar tersenyum. Liya terkesima dengan kata – kata Iskandar.
KAMU SEDANG MEMBACA
Kau Pengakhiranku
RomansaAliya Adina berkenalan dengan seorang lelaki misteri. Lelaki yang dikenalinya dalam tempoh yang cukup singkat. Lelaki yang misteri. Sejauh mana lelaki itu mampu menyimpan misterinya dari Liya. Sesengguhnya hatinya sendiri terpaut pada Liya.