Chapter 16: Janji Iskandar

4.6K 62 2
                                    

Kepulangan Iskandar dan Julia merupakan satu kejutan yang ingin Iskandar lakukan kepada ibunya. Iskandar pada asalnya boleh sahaja menggunakan jet peribadi keluarganya, tetapi dia mengambil keputusan untuk menaiki syarikat penerbangan Malaysia sahaja. Tapi bagi Julia menaiki penerbangan di Business Class adalah satu perkara baru buatnya. Sedangkan semasa Julia kali pertama datang ke US dia hanya menaiki Economy kelas. Ben dan Naz juga bersama dengan mereka berdua. Apabila mereka tiba di Lapangan Terbang Pulau Pinang. Ben dan Naz dijemput oleh pemandu keluarga mereka.

"Is nak tumpang aku? Aku boleh hantarkan" tanya Ben. Is mengelengkan kepalanya dia tidak mahu meyusahkan sahabatnya itu. Iskandar mengambil sebuah teksi bersama dengan Julia mereka terus menuju pulang kerumah Iskandar. Perjalanan menyeberangi Jambatan Pulau Pinang membuatkan Julia gemuruh, Iskandar sentiasa memberi kekuatan kepada Julia.

Akhirnya mereka berdua tiba di persimpangan jalan masuk ke rumah Iskandar. Pemandu sempat bertanya.

"Encik betul ke alamat ni? Tak ada rumah dalam kawasan ni" tanya pemandu tersebut.

"Ya teruskan sampai jumpa pagar" kata Iskandar.

Pemandu itu terus memandu tetapi dia masih sangsi, akhirnya mereka tiba di pintu pagar dan pengawal keselematan yang bersuit hitam memeriksa kenderaan yang dinaiki mereka. Selepas mendapat kebenaran pemandu tersebut terus memandu kedalam kawasan estet tersebut.Bagi sesiapa yang kali pertama melihat rumah milik Iskandar pasti akan tergamam begitu juga Julia dan juga pemandu teksi tersebut.

Ketika mereka berada didepan rumah, Julia memerhatikan rumah yang tersergam indah itu. Dia sedar tentang kekayaan keluarga Iskandar tetapi dia tidak pernah menyangka betapa beradanya keluarga Iskandar. Menyedari betapa bezanya dia dengan Iskandar itu membuatkan dia rasa rendah diri, membuatkan dia rasa terlampau kecil.

"Ju... Kita masuk" ajak Iskandar sambil menghulurkan tangannya. Julia menarik nafas panjang dan menyambut tangan Iskandar.

"Asalamualikum... Is" kata PakCikDin tersenyum tetapi bila melihat Julia wajah PakCik Din berubah.

"Waalaikumsalam... PakCik Din kenalkan ini Julia" balas Iskandar tersenyum. Tiada langsung perubahan wajah dari PakCik Din. Is sedikit pelik melihat reaksi PakCik Din. Iskandar dengan Julia terus memasuki kedalam rumah. Pada fikirannya dia yang akan membuat kejutan, tetapi yang mendapat kejutan ialah Iskandar apabila melihat Kak Yana dan Kak Aria berada di ruang keluarga.

"Kak Yana. Kak Aria. Bila sampai? Mana Abang Akmal dengan Abang Dzakir?" tanya Iskandar pada kakaknya. Kakaknya langsung tidak menjawab pertanyaan, yang pasti wajah kedua kakaknya amat terkejut apabila melihat Julia disisinya. Kak Yana terus meminta PakCik Din membawa Julia ke bilik tetamu.

"Is siapa yang Is bawa balik ni?" tanya Kak Aria jelas diwajah kakaknya ada rasa panik begitu juga Kak Yana.

"Bakal adik ipar akak la" jawab Is dengan selamba

"Habis Eliza?" tanya Kak Yana.

"Kenapa dengan Eliza? Apa kena mengena Is dengan Eliza?" tanya Iskandar.

"Is sayang budak tu?" tanya Kak Yana

"Kak Yana... Budak tu ada nama. Nama dia Julia" kata Iskandar dengan tegas.

"Ya... Is sayang dia... Is dah proposed Julia. Is balik nak kenalkan dia pada Mak dengan Ayah" kata Iskandar.

"Is. Kak Yana dengan Kak Aria tak tahu cerita sebenar. Kak Yana tak boleh cerita lebih – lebih. Tapi apa sahaja yang Is akan dengar malam ni, Is kena sabar, tahan marah kamu. Kak Yana dengan Kak Aria akan fikirkan macam mana nak terangkan pada Mak dengan Abah." Kak Yana terus menuju keatas dan menuju ke bilik tetamu dimana Julia sedang berada.

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang