Chapter 29: Persediaan Kenduri

4.6K 65 0
                                    

Iskandar terjaga awal pagi itu melihat Usu yang masih nyenyak tidur membuatkan Iskandar keluar dari bilik perlahan – lahan. Dia terus menuju kebilik air dan mandi. Iskandar terus bersiap untuk mengerjakan solat subuh. Tiba – tiba dia dikejutkan oleh Pak Bakar yang baru keluar dari biliknya.

"Awal kamu bangun Is. Tak selesa ke tidur?" tanya PakBakar.

"Taklah Pakcik... Ini memang waktu saya jaga. Cuma terawal sikit dari biasa" kata Iskandar.

"PakCik nak ke masjid?" tanya Iskandar.

"Ya... Kamu nak ikut?" Pak Bakar bertanya kembali.

"Boleh juga... Pak Cik tunggu kejap saya ambil kunci kereta" kata Iskandar terus kembali ke bilik Ghazi dan terus mengambik kunci keretanya. Mereka berdua menaiki kereta Iskandar dan terus bergerak menuju kearah Masjid Kampung yang berada di jalan masuk utama kampung tersebut.

"Is kamu selalu ke Masjid ke? Tanya Pak Bakar.

"Hari – hari tu tidaklah... Selalu hujung minggu saya pergi dengan PakTam pembantu saya. Hari bekerja memang dekat rumah sajalah" kata Iskandar.

"Dekat KL kamu tinggal seorang ke?" tanya PakBakar.

"Tidak... Saya ada pembantu PakTam dengan isterinya tinggal sekali dengan saya" kata Iskandar. Pak Bakar mengangguk. Setibanya mereka di masjid azan Subuh berkumandang. Mereka terus masuk dan mengerjakan solat subuh. Selepas selesai Pak Bakar berbual dengan imam masjid tersebut.

"Pukul berapa nak sembelih imam?" tanya Pak Bakar.

"Kita mula 8:30... Kambing dah sediakan" kata Imam tersebut sambil memerhati Iskandar dari atas sampai kebawah.

"Siapa ni Cikgu?" tanya Imam sambil tersenyum.

"Ini Iskandar namanya, saudara jauh saya" kata Pak Bakar tersenyum. Iskandar terus bersalam dengan Imam tersebut. Imam tersebut hanya tersenyum kearah Pak Bakar dan Iskandar. Mereka terus bergerak untuk pulang kerumah.

"Is kita singgah kedai kopi depan simpang ye" minta Pak Bakar. Iskandar hanya mengangguk. Apabila tiba disitu mereka berdua terus menuju kearah tuan punya kedai.

"Assalamualaikum Cikgu... Tempahan Cikgu. Nasi lemak 100, Kuih 100 biji. Untuk orang nak bekerja pagi ni ke?" tanya Tauke kedai kopi itu sambil meletakkan raga diatas meja. Iskandar tanpa menunggu terus membayar untuk makanan tempahan tersebut.

"Allahuakbar Is... Ni kan kenduri Kak Ngah... Abang Ngah kamu dah bagi duit ni" kata Pak Bakar.

"Tak apa PakCik... Is tumpang juga buat kenduri ni" kata Iskandar. Pak Bakar tidak sudah – sudah mengucapkan terima kasih pada Iskandar. Apabila sampai Iskandar terus menganggkat raga tersebut ke dapur tanpa disedarinya Liya yang tidak bertudung sedang menunggu untuk mandi. Iskandar terhenti langkahnya dan terus berpatah balik ke depan sambil memegang raga.

"Eh... Is kenapa tak bawa masuk dapur" kata Pak Bakar. Is hanya tersenyum malu. Pak Bakar faham dia mengambil raga tersebut dan terus ke dapur.

"Kamu pun Liya, tutup kepala kamu tu" kata Pak Bakar. Liya terus menutup kepalanya dengan tuala.

"Is... mari sini" panggil Pak Bakar. Is berjalan perlahan – lahan menuju ke dapur dan melihat Liya masih disitu dengan bertuala sebagai tudungnya. Iskandar hanya senyum kepada Liya.

"Ayah bila orang kampung nak datang?" tanya Liya.

"Tak lama lagi diorang datang Imam nak datang sembelih pukul 8:30. Abang dan Kakak kamu dah siap ke?" tanya Pak Bakar.

"Liya, Acik dengan Usu je belum siap lagi Ayah. Abang Ngah tengah bagi mandi Lukman" kata Liya.

"Minta diorang cepat sikit nak breakfast lagi." Arah Pak Bakar. Orang kampung mula memenuhi kawasan rumah Pak Bakar. Lelaki dan perempuan mula berbahagi tugas, lelaki ditugaskan untuk melapah daging dan melakukan persediaan lain lagi. Mengerjakan kerja kenduri secara bergotong royong adalah pengalaman baru buat Iskandar, dia amat seronok dengan pengalaman yang dilaluinya. Sikap Iskandar yang ringan tulang membuatkan dia amat disenangi oleh penduduk kampung. Kerja penyembelihan yang bermula sedikit awal dari waktu yang dirancang membuatkan proses penyiapan daging kambing selesai lebih kurang pukul 9:30 pagi.

"Kamu betulke anak TanSri Umar, pandai kamu melapah dan siang daging" bisik PakBakar dengan nada bergurau.

"Setakat siang dan lapah je PakCik." balas Iskandar sambil tersenyum. Tidak dinafikan Iskandar mencuri banyak hati pada hari tersebut. Sehinggakan ada orang bertanyakan pada MakLeha dan PakBakar tentang Iskandar. Sementara Iskandar menghantar daging kambing yang disembelih dan dilapah dia melihat ada beberapa makcik sedang sibuk menyiang ikan. Iskandar yang pernah menjadi nelayan semasa berkelana mula bertanya.

"MakCik... Banyak lagi ikan nak kena siang?" tanya Iskandar sambil tersenyum.

"Ada sebesen lagi ni kena siang" kata seorang MakCik yang tersenyum melihat Iskandar. Iskandar terus mengambil pisau dan papan pemotong dan terus duduk bersama MakCik MakCik tersebut dan menyiang ikan bersama dengan mereka. Liya melihat Iskandar menyiang sambil dilihat Liya dan Mak Leha dengan rasa penuh kagum, kerana kepantasan Iskandar menyiang ikan. Tidak sampai setengah jam hampir setengah besen Iskandar selesaikan.

"Pandai kamu siang ikan pantas benar Iskandar" kata salah seorang Makcik yang berada disitu.

"Kamu single lagi Iskandar? Makcik ada anak dara seorang boleh nak kenalkan pada Iskandar" kata Makcik tersebut. Liya yang mendengar secara tiba – tiba menumbuk cili dan bawang dengan kuat. Iskandar tersenyum sahaja melihat tingkah laku Liya.

"Maaf Makcik saya dah berpunya" kata Iskandar ringkas. Liya yang mendengar tersenyum sendiri, Kak Long dan Achik tergelak melihat aksi Liya yang cemburu. Sepanjang pagi itu sememangnya Iskandar banyak membantu keluarga Liya dalam penyediaan kenduri aqiqah yang dirancang tersebut. Iskandar sememangnya menjadi tarikan gadis – gadis kampung tersebut. Ketika menunggu lauk siap dimasak

"Suka la tu banyak peminat" bisik Liya yang berdiri disebelah Iskandar.

"Memang suka pun... Rasa macam artist." balas Iskandar tersenyum.

"Jangan mengatal sangat. Okay... Nanti Liya bagi kenal Is dengan Nek Dara baru tahu" kata Liya. Nek Dara adalah seorang anak dara kampung yang dari dulu tidak pernah berkahwin walaupun mencecah umur 70 tahun.

"Eh... Cemburu ke?" kata Iskandar yang cuba mengusik Liya.

"Tak cemburu pun... Marah ja" kata Liya tanpa dia sedari dia menumbuk bahu Iskandar. Iskandar tersenyum dengan tindakan Liya. Memang ada orang kampung sedar dengan kemesraan Liya dengan Iskandar, dan ada yang mula bergossip tentang mereka berdua.

"Leha... Bukan ada orang nak merisik si Liya ke?Tapi tengok Si Liya dengan Iskandar tu lain macam je" tanya seorang jiranmereka. Mak Leha tidak mampu berkata apa – apa. Mak Leha hanya mampu tersenyumsahaja. Begitu juga dengan Pak Bakar ada juga yang bertanya tentang Iskandardia pun tidak menjawab banyak tentang soalan apabila melibatkan Iskandarataupun tentang anaknya

Kau PengakhirankuTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang